omniture

Nam Ngai Hong Group Terima Pakai Label Mesra Alam Millad® NX™ 8000 disahkan UL untuk Maksimumkan Kelestarian Barang Rumah

Produk-produk Nam Ngai Hong yang menggunakan penjernih Millad® NX™ 8000 jimat tenaga daripada Milliken menerima label Pengesahan Tuntutan Alam Sekitar (ECV) UL untuk kelestarian.
Nam Ngai Hong Group
2021-02-08 23:33 185

BANGKOK, 8 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Pengeluar barang rumah, Nam Ngai Hong, yang telah menerima pakai penjernih Millad® NX™ 8000 dari Milliken yang disahkan oleh UL, akan mula memaparkan label Pengesahan Tuntutan Alam Sekitar (ECV) UL pada produk-produk mereka bermula pada bulan ini. Label yang diluluskan oleh UL itu merupakan perakuan berharga bagi mengesahkan pematuhan produk-produk dengan pelbagai kod mesra alam serta sumbangan dan komitmen mereka terhadap kelestarian alam sekitar.

Nam Ngai Hong Group Adopts UL validated Millad® NX™ 8000 Green Label to Maximise Houseware Sustainability
Nam Ngai Hong Group Adopts UL validated Millad® NX™ 8000 Green Label to Maximise Houseware Sustainability

Penggunaan teknologi boleh diperbaharui mesra alam dan pelaksanaan label ECV menunjukkan komitmen syarikat terhadap ekonomi pusingan yang mampan dan lebih besar, selain meningkatkan keterlihatan produk dan membolehkan produk-produk Nam Ngai Hong menonjol berbanding produk-produk pesaing. Ia juga membantu menanam keyakinan dalam kalangan pengeluar dan pelanggan yang telah menumpukan kehidupan mereka untuk memupuk kelestarian terhadap alam sekitar.

"Selain daripada meningkatkan kecekapan dan prestasi, penggunaan penjernih Millad® NX™ 8000 menunjukkan kesungguhan kami terhadap pembuatan lestari," kata Pengurus Eksport Nam Ngai Hong, Wanlaya Namsirvivat. "Label UL memperkasa pelanggan kami untuk membuat keputusan pembelian bermaklumat bagi menjamin kelestarian alam sekitar," tambah beliau. 

Pengesahan UL diberikan kepada penjernih Millad® NX™ 8000 daripada Milliken pada tahun 2013 atas faedah-faedah penjimatan tenaga serta alam sekitar yang positif. Sebagai salah satu daripada banyak syarikat yang telah menerima teknologi tersebut, produk barang rumah Nam Ngai Hong, yang kini disediakan di lebih 30 negara, akan turut diperakui dan dilabel UL.

Underwriters Laboratories, yang merupakan unit perniagaan UL Environment, telah mendokumentasikan sebelum ini bahawa penjernih Millad® NX™ 8000 membolehkan penukaran suhu diturunkan semasa dalam pengacuan suntikan, lantas dapat mengurangkan penggunaan tenaga antara 8 hingga 12 peratus. Ia juga membantu mengurangkan emisi karbon dioksida yang berkaitan. 

Ketahui lebih lanjut mengenai bekas simpanan makanan dan barang rumah Nam Ngai Hong di namplas.com, https://www.weareboxbox.com/ atau Facebook.

Latar Belakang Nam Ngai Hong Group

Nam Ngai Hong Group ditubuhkan pada tahun 1961 oleh Sinn Namsirivivat. Bermula dari bawah sebagai sebuah kilang kecil dengan hanya empat mesin pengacuan suntikan, perniagaan ini berkembang kepada 400 pekerja mahir dengan produk-produk tersedia di seluruh Thailand dan 37 negara lain. 

Kunjungi www.namplas.com untuk maklumat lanjut.

Hubungan Media

Wanlaya Namsirivivat
wanlaya@namplas.com
02 - 4389988

Source: Nam Ngai Hong Group
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics