omniture

Zoomlion Lapor Peningkatan 20 Peratus dalam Pendapatan Jualan Antarabangsa pada 2020, Sasar Perkukuh Penyetempatan pada 2021

Zoomlion
2021-02-11 23:52 759

CHANGSHA, China, 10 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) telah menerbitkan keuntungan bersih yang boleh diagihkan sebanyak 7 hingga 7.5 bilion yuan ($US1.08-1.16 bilion) menerusi ramalan prestasi tahun 2020 yang dikeluarkan pada 20 Januari lalu, mencapai 60-72 peratus pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan selepas penolakan laba dan rugi tidak berulang meningkat sebanyak 74-93.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Biarpun terdapatnya arah aliran menurun dalam ekonomi global, pendapatan jualan Zoomlion dalam pasaran antarabangsa menyaksikan trend menaik yang kukuh pada tahun 2020. Li Bin, timbalan pengurus besar Zoomlion Overseas Company, mengaitkan pencapaian tersebut dengan daya saing utama syarikat, terutamanya pelaburan besar dalam penyelidikan dan pembangunan serta pelaksanaan strategi penyetempatan bersepadu.

Program R&D Zoomlion untuk jentera pintar 4.0 telah membawa barisan teknologi dan produk yang utama dalam industri kepada pelanggan di seluruh dunia dan memandangkan kakitangan Cina tidak dapat melakukan perjalanan ke luar negara ekoran pandemik COVID-19, Zoomlion menggaji lebih ramai kakitangan tempatan untuk mengembangkan perniagaan dalam pasaran antarabangsa.

"Kami akan terus melabur dalam R&D untuk pasaran antarabangsa, kami mempunyai lebih ramai jurutera untuk mengkaji pasaran luar negara dan membangunkan model yang boleh digunakan," kata Li. "Ini merupakan masa yang tepat untuk menggaji lebih ramai kakitangan tempatan bagi membantu perniagaan kami di seluruh dunia."

Semasa berlakunya pandemik ini, Zoomlion menggaji lebih 200 kakitangan tempatan daripada pasaran antarabangsa yang berbeza termasuk Indonesia, Thailand, Rusia, UAE, Arab Saudi dan banyak lagi. Kadar penyetempatan syarikat dari segi bakat telah melangkaui 85 peratus.

Bagi Zoomlion, ia merupakan suatu cabaran yang besar untuk mengurus bakat antarabangsa daripada budaya dan latar belakang agama yang berbeza dan syarikat menunjukkan rasa hormat sepenuhnya kepada setiap kakitangan. Zoomlion menggunakan platform internet seperti Zoom dan WeChat untuk mesyuarat dan berkongsi nilai teras serta visi syarikat melalui plaform media sosial termasuk Facebook, Twitter dan YouTube.

"Pada tahun 2021, menurut anggaran kami, akan adanya pemulihan dalam ekonomi global. Kami merancang untuk memperluaskan perniagaan global kami dengan lebih banyak sumber. Kami akan terus berkolaborasi dengan rakan kongsi, rakan setugas dan pelanggan kami di seluruh dunia bagi mencipta masa depan yang indah dan mampan bersama-sama," ujar Li.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih daripada 600 produk canggih daripada 56 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori penting.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY Shenzhen:000157
Related Links:
Keywords: Mining/Metals Transportation Earnings Sales reports