omniture

Karya Seni Media diinspirasikan oleh "pergerakan" samurai dan ninja Jepun dipamerkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair mulai 9 Februari

Agency for Cultural Affairs, Government of Japan CULTURE GATE to JAPAN Initiative
2021-02-18 12:16 184

Agensi Hal Ehwal Kebudayaan mempersembahkan "CULTURE GATE to JAPAN"

AICHI, Jepun, 18 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Pada 9 Februari 2021, Agensi Hal Ehwal Kebudayaan membuka tirai pameran seni baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair sebagai sebahagian daripada inisiatif "CULTRE GATE to JAPAN" mereka, bermula dengan karya oleh jurugambar video SHIGETA Yusuke. Pada 26 Februari, karya oleh penyumbang kedua, kumpulan kreatif EUPHRATES, akan ditambah untuk pameran tersebut. Karya oleh kedua-dua artis ini akan dipamerkan di lapangan terbang tersebut selain di laman web, dengan tujuan untuk menggalakkan daya tarikan terhadap budaya Jepun dan berkongsi tarikan tersebut bersama dunia.

‘Sekigahara-Sansui-zu-Byobu (Folding Screen of Painted Sekigahara Landscapes)’ oleh SHIGETA Yusuke
‘Sekigahara-Sansui-zu-Byobu (Folding Screen of Painted Sekigahara Landscapes)’ oleh SHIGETA Yusuke

Gambaran Keseluruhan Acara Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair
Tema pameran di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair ialah "PERGERAKAN". Dua kumpulan artis akan mempamerkan karya yang diinspirasikan oleh pergerakan pahlawan samurai dan ninja purba Jepun

Centrair berkhidmat untuk wilayah Chubu Jepun, yang mana di tengah-tengahnya terletak Wilayah Aichi. Semasa tempoh "Negara-negara Berperang" yang bergolak di Jepun antara akhir abad kelima belas dan akhir abad keenam belas, kawasan tersebut menjadi tumpuan beberapa samurai paling terkenal yang pernah wujud—individu seperti ODA Nobunaga, TOYOTOMI Hideyoshi dan TOKUGAWA Ieyasu. Wilayah berkenaan mempunyai banyak istana dan medan perang lama termasuk tapak Pertempuran Sekigahara 1600 yang dianggap sebagai salah satu pertempuran yang paling muktamad dalam sejarah Jepun.

Askar upahan bawah tanah dalam era huru-hara ini ialah ninja yang sering dihubungkan dengan bandar Iga di Wilayah Mia dan Koka di Wilayah Shiga. Kedua-dua bandar tersebut terletak berhampiran kawasan Chubu.

EUPHRATES, sebuah kumpulan kreatif yang terlibat dalam pameran tersebut mencipta pengalaman visual yang inovatif berdasarkan kajian mereka mengenai kaedah-kaedah yang mendasari peraturan ekspresi termasuk bentuk dan pergerakan. Pemasangan mereka memfokuskan isyarat yang diberikan oleh ninja ketika mereka terlibat dalam aktiviti pengintipan.

SHIGETA Yusuke, seorang lagi artis yang terlibat dalam projek tersebut, mencipta hasil animasi primitif dengan jalan cerita beraneka menggunakan seni piksel. Beliau pernah mencipta semula pemandangan terkenal yang menunjukkan samurai terlibat dalam pertempuran dengan gaya skrin lipat tradisional. Diinspirasikan oleh pergerakan pahlawan samurai yang dinamik, kini beliau menggambarkan pemandangan ini melalui animasi.

■Tempoh: Pameran dibuka pada 9 Februari (Karya oleh SHIGETA)
27 Februari (Karya oleh EUPHRATES)
■Lokasi: Lobi Ketibaan Terminal 1
Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair
■Bayaran masuk: Percuma
■Tema: PERGERAKAN Mengekspresikan pergerakan samurai dan ninja Jepun
■Tajuk: Sekigahara-Sansui-zu-Byobu (Folding Screen of Painted Sekigahara Landscapes) SHIGETA Yusuke
Kehai no Hako (A Box of Signs) EUPHRATES
■Artis: Kumpulan Kreatif EUPHRATES

Kumpulan Kreatif EUPHRATES
Kumpulan Kreatif EUPHRATES

EUPHRATES ialah sebuah kumpulan kreatif yang ditubuhkan pada tahun 2005 oleh siswazah-siswazah SATO Masahiko Laboratory di Keio University. Aktiviti-aktivitinya adalah berasaskan pelbagai bentuk penyelidikan. Berakar umbi daripada idea bahawa bentuk ekspresi yang terlahir daripada hasil kajian adalah menarik secara intrinsik, kumpulan berkenaan terlibat dalam pembangunan jenis representasi dan reka bentuk media baharu melalui imej, animasi, karya bertulis, pameran dan banyak lagi. Projek-projek terkini termasuk mencipta imej untuk program pendidikan NHK PitagoraSwitch, 2355/0655, Kangaeru Karasu dan Texico, selain Me de Miru Sansu, program pembelajaran visual untuk kanak-kanak sekolah rendah yang diterbitkan oleh Kyoiku Shuppan. Anugerah-anugerah cemerlang yang diterima termasuk Hadiah Emas New York ADC dan Yellow Pencil Prize di D&AD Awards.

Jurugambar video SHIGETA Yusuke

Juruvideo SHIGETA Yusuke
Juruvideo SHIGETA Yusuke

Dilahirkan pada tahun 1981, SHIGETA Yusuke ialah seorang jurugambar video yang mengusahakan pemasangan animasi, didorong oleh minat yang mendalam terhadap prinsip-prinsip pengimejan. Aktiviti-aktiviti beliau menonjolkan cara orang ramai menggunakan imej dalam dunia digital. Kebanyakan karya animasi beliau sejak beberapa tahun kebelakangan ini memberi tumpuan terhadap representasi piksel dan banyak yang telah dipamerkan di pameran dan acara. Anugerah-anugerah utama yang diterima oleh beliau termasuk Pemilihan Juri dalam Bahagian Seni di Festival Seni Media Jepun ke-16 untuk Pixel Forest dan Pemilihan Juri dalam Bahagian Seni di Festival Seni Media Jepun ke-12 untuk Narrative Kinetics.

<Latar Belakang CULTURE GATE to JAPAN> 
Bermula pada Februari 2021, Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun akan melancarkan sebuah projek promosi budaya inovatif yang dikenali sebagai "CULTURE GATE to JAPAN". Diadakan di tujuh lapangan terbang di serata Jepun selain Terminal Pelayaran Antarabangsa Tokyo, para artis dan pencipta yang aktif dalam bidang Seni Media akan mempamerkan karya seni mereka yang diinspirasikan oleh budaya unik setiap kawasan dengan matlamat untuk menyampaikan daya tarikan budaya Jepun yang lebih luas.

Kesan global akibat novel coronavirus menjadikannya sukar untuk bertemu individu baharu serta mengalami sendiri budaya baharu. Walau bagaimanapun, ia tidak seharusnya mengganggu pertukaran antara seni, idea dan budaya. Melalui projek ini, kami berharap agar dapat terus memberikan orang ramai di seluruh dunia dengan erti keajaiban dan kegembiraan yang sama apabila menemui budaya baharu.

Imbas di sini untuk maklumat lanjut tentang pameran di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair
Imbas di sini untuk maklumat lanjut tentang pameran di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair

Penganjur: Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun 
Laman Sesawang Rasmi: https://culture-gate.jp/ 
Mempamerkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair: https://culture-gate.jp/ja/exhibition/motion

--------------------------------------------------------------------------------------------

Perhubungan Awam "CULTURE GATE to JAPAN" diurus oleh wondertrunk & co. Inc.

 

Source: Agency for Cultural Affairs, Government of Japan CULTURE GATE to JAPAN Initiative
Related Links:
Keywords: Art Entertainment Travel New products/services