omniture

Visang Education, K-Edu Terbang Tinggi dengan Platform EdTech Generasi Seterusnya

- Menerokai pasaran Asia, Timur Tengah, Amerika Tengah/Selatan dengan platform pendidikan kreatif AllviA
- Melancarkan Penyelesaian Matematik Sekolah Rendah dan Perkhidmatan Pembelajaran Jarak Jauh tahun ini
Visang Education
2021-02-23 09:00 142

SEOUL, Korea Selatan, 23 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Visang Education, kini berkedudukan mantap sebagai jenama bertaraf antarabangsa, menyasarkan untuk mengeksport platform Teknologi Pendidikan (EdTech) generasi seterusnya "AllviA" ke lebih banyak negara, lalu membawa nilai kecemerlangan K-Edu ke tahap yang baharu.

Visang Education_ ELiF, menyasarkan murid-murid sekolah rendah
Visang Education_ ELiF, menyasarkan murid-murid sekolah rendah

AllviA ialah platform pendidikan kreatif yang menggabungkan sistem pembelajaran digital berorientasikan pelajar dengan kaedah pengajaran yang inovatif, seraya dapat melengkapi buku teks, bilik darjah atau persekitaran bahasa sedia ada serta memanfaatkan kekuatannya bagi mencetuskan impak didikan yang lebih besar.

Melalui AllviA, pelajar-pelajar dapat menyibukkan diri mereka secara proaktif dalam pelbagai mata pelajaran, sementara guru-guru boleh memantau penyertaan mereka pada waktu sebenar bagi memaksimumkan kesan penyelesaian pembelajaran berorientasikan pelajar dengan membawa transformasi yang inovatif ke persekitaran bilik darjah masa depan.

Visang Education turut mengeksport "Wings", iaitu program pembelajaran Bahasa Inggeris peringkat awal kanak-kanak ke China, Vietnam, Myanmar dan Qatar. "ELiF", satu lagi program Bahasa Inggeris yang menyasarkan murid-murid sekolah rendah, diperkenalkan di Vietnam, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir.

Dalam perkembangan semasa, penyelesaian matematik sekolah rendah berasaskan AllviA "MATH ALIVE" dan perkhidmatan pembelajaran jarak jauh yang lain disediakan untuk memenuhi keperluan persekitaran pendidikan ketika ini.

MATH ALIVE ialah alat pembelajaran dua hala yang dibangunkan untuk mewujudkan interaksi antara guru dan pelajar yang akan mengambil bahagian dengan papan pintar serta PC tablet peribadi melalui pendekatan yang berorientasikan aktiviti.

Perkhidmatan pembelajaran jarak jauh tanpa bersemuka akan dilaksanakan melalui Pembelajaran Jarak Jauh AllviA, iaitu platform berasaskan awan yang baru ditubuhkan yang menyediakan kandungan Wings serta ELiF dalam format yang dapat memenuhi tujuan pembelajaran dalam talian. Ia dirancang untuk dilancarkan bersama MATH ALIVE lewat tahun ini.

"Kami akan mengembangkan perniagaan kami di luar negara secara aktif dengan menawarkan penyelesaian pembelajaran berkesan yang menjadikan persekitaran pendidikan tanpa bersemuka suatu kaedah yang berkesan dan kami juga akan membangunkan lebih banyak model perniagaan berasaskan EdTech untuk masa depan," kata Wookun Hur, pengarah Pembangunan Perniagaan & Perikatan Strategik Global.

Source: Visang Education
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education New products/services