omniture

CGTN: Pembasmian kemiskinan, janji setia dipenuhi oleh kepimpinan Cina

CGTN
2021-02-24 01:53 115

BEIJING, 24 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Dengan tujuan asasnya untuk berkhidmat kepada rakyat sepenuh jiwa dan raga, Parti Komunikasi China (CPC) telah berbakti untuk memimpin negara ke arah membina masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek dan membantu negara ini mencapai hasil yang luar biasa dalam mengurangkan kadar kemiskinan.

"Melihat orang miskin dan kawasan miskin bakal menjadi masyarakat sederhana makmur bersama-sama seluruh pelosok negara merupakan janji setia yang dibuat oleh Parti kami," kata Presiden Cina Xi Jinping.

Baru-baru ini, CMG menyiarkan satu siri televisyen rencana "Poverty Alleviation", mengimbau kembali bagaimana China telah membebaskan berjuta-juta orang daripada kepompong kemiskinan. Episod pertama menampilkan gambaran keseluruhan bagaimana kepimpinan Cina memenuhi janji setianya untuk membebaskan semua penduduk luar bandar yang menjalani kehidupan di bawah garis kemiskinan semasa keluar daripada kemiskinan menjelang tahun 2020.

'Bebas dan Keluar daripada Kemiskinan' 

China melancarkan program bantuan kemiskinan besar-besaran pada tahun 1982. Xi Jinping telah dihantar untuk bertugas di daerah Zhengding, Wilayah Hebei pada ketika ini. Mulai Mac 1982 hingga Mei 1985, Xi berkhidmat sebagai timbalan setiausaha dan seterusnya setiausaha Jawatankuasa CPC Daerah Zhengding. Beberapa ucapan dan artikel beliau dalam tempoh ini diterbitkan dalam buku beliau "Up and Out of Poverty."

Seperti yang ditulis oleh Xi: "Saya bekerja keras sepanjang dua tahun di Daerah Ningde, bersama-sama penduduk dan anggota Parti di sana. Saya sentiasa berasa tidak senang. Pembasmian kemiskinan merupakan satu tugas besar yang memerlukan usaha beberapa generasi."

Kemudian, beliau membawa impian pengurangan kemiskinan beliau ini menjadi tumpuan dalam hayat politik China.

Pembasmian kemiskinan bersasaran, satu strategi baharu 

Jumlah penduduk miskin yang dikenal pasti oleh kerajaan Cina berjumlah 99.89 juta orang pada penghujung tahun 2012, satu populasi yang lebih besar berbanding semua kecuali beberapa negara.

Pada November 2013, semasa satu lawatan pemeriksaan ke Hunan, Presiden Xi mula mengemukakan konsep "pembasmian kemiskinan bersasaran."

Konsep untuk menyesuaikan dasar bantuan kepada keadaan tempatan yang berbeza ini menjadi prinsip panduan dalam perjuangan China membasmi kemiskinan.

Pada November 2015, di Persidangan Pusat mengenai Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan, Xi menyatakan selanjutnya bahawa pembasmian kemiskinan harus memberi tumpuan kepada empat isu – siapa yang benar-benar memerlukan bantuan, siapa yang harus melaksanakan inisiatif pembasmian kemiskinan, bagaimana pembasmian kemiskinan harus dilaksanakan dan standard serta prosedur yang harus diterima pakai untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.

Bagi menangani isu-isu ini sekali gus melaksanakan langkah pembasmian kemiskinan bersasaran, kira-kira 800,000 orang pegawai dihantar dalam misi bantuan kemiskinan barisan hadapan yang bertugas di peringkat tempatan.

'Tiada sesiapa akan dipinggirkan' 

Menjelang akhir tahun 2016, terdapat lebih daripada 43 juta orang atau kira-kira 3 peratus penduduk China, hidup dalam kemiskinan. Walau bagaimanapun, bagi membebaskan penduduk miskin yang masih ada, kebanyakannya tinggal di kawasan-kawasan tanpa jalan raya, air minuman yang bersih atau kuasa, akan menjadi yang paling sukar.

"Membasmi kemiskinan sentiasa menjadi suatu pertarungan yang sukar sementara membasmi kemiskinan di kawasan-kawasan yang amat miskin merupakan perjuangan paling sukar antara semua," kata Xi.

Pada tahun 2017, negara telah menandakan tiga wilayah dan tiga daerah termasuk Wilayah Autonomi Tibet dan Daerah Autonomi Nujiang Lisu di Wilayah Yunnan sebagai kawasan paling miskin di negara ini. Lebih banyak sumber diperuntukkan ke kawasan-kawasan ini.

"Menerusi langkah ke arah kesejahteraan bersama, tiada sesiapapun yang akan dipinggirkan," janji Xi.

'Dua janji dan tiga jaminan' 

Pada penghujung tahun 2018, penduduk miskin negara berkenaan telah dapat dikurangkan kepada 16.6 juta orang, yang membawa perjalanan pembasmian kemiskinan ke "peringkat terakhir". Namun begitu, usaha pembasmian kemiskinan di China masih menghadapi banyak cabaran.

Beberapa pihak berkuasa dan jabatan tempatan memalsukan atau membesar-besarkan statistik pembasmian kemiskinan mereka bagi mendapat kelebihan politik.

Berucap di sebuah simposium mengenai perjuangan membasmi kemiskinan pada April 2019, presiden Cina menyeru usaha untuk menyelesaikan masalah yang menonjol dengan memastikan keperluan makanan dan pakaian penduduk miskin luar bandar dipenuhi dan memberi jaminan agar mereka mendapat akses kepada pendidikan wajib, perkhidmatan perubatan asas dan perumahan yang selamat, yang dirujuk sebagai "dua janji dan tiga jaminan".

Seterusnya, kementerian-kementerian tersebut melancarkan satu kempen yang ekstensif bagi menyelesaikan masalah yang belum selesai dan pada penghujung tahun 2019, isu-isu "dua janji dan tiga jaminan" 5.2 juta orang telahpun diselesaikan.

Mencapai matlamat antikemiskinan meskipun berdepan dengan COVID-19

Tahun 2020 bukanlah tahun yang biasa buat China dan dunia. Pandemik COVID-19 digandingkan dengan banjir di China selatan menimbulkan cabaran getir terhadap perjuangan negara dalam membasmi kemiskinan.

Menurut Bank Dunia, pandemik COVID-19 dianggarkan telah memaksa tambahan 88-115 juta orang ke dalam belenggu kemiskinan melampau pada tahun 2020 yang bererti kemiskinan melampau global dijangka meningkat buat kali pertama dalam tempoh lebih 20 tahun.

Presiden Xi menegaskan di sebuah simposium mengenai usaha memperoleh kemenangan muktamad terhadap pembasmian kemiskinan pada Mac 2020 bahawa pembebasan semua penduduk luar bandar yang menjalani kehidupan di bawah garis kemiskinan semasa daripada belenggu kemiskinan menjelang tahun 2020 merupakan satu janji setia yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat CPC dan ia harus dipenuhi tepat pada masanya.

Negara ini mengambil langkah-langkah yang lebih mantap dan lebih berkesan bagi memastikan pembasmian kemiskinan penuh dilaksanakan mengikut jadual. Lebih banyak usaha dilakukan bagi mengurangkan kerugian yang disebabkan oleh bencana alam dan mempercepatkan pemulihan pengeluaran dan aturan kehidupan di kawasan miskin yang dilanda bencana.

Menteri-menteri turut meningkatkan pemantauan dan memberi bantuan yang tepat pada masanya bagi mencegah orang ramai daripada jatuh kembali ke dalam jurang kemiskinan.

Pada bulan Disember 2020, Presiden Xi mengumumkan bahawa selepas melaksanakan usaha tanpa henti selama lapan tahun, kesemua penduduk miskin luar bandar telah dibebaskan daripada kemiskinan dan hampir 100 juta penduduk miskin telah dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.

Artikel asal : di sini.

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Publishing/Information Service Television Economic news, trends, analysis