omniture

Risen Energy tingkatkan bahagian pasaran dengan modul siri Titan berasaskan wafer 210

Risen Energy Co., Ltd
2021-02-25 08:00 138

NINGBO, China, 25 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Tahun ini bermula dengan permulaan yang baik bagi pembuat panel solar Risen Energy Co., Ltd., menerusi penghantaran eksport pertama modul siri Titan berasaskan wafer 210, yang meramalkan prospek pertumbuhan yang cemerlang untuk firma berkenaan dalam pasaran global.

Risen Energy telah menyempurnakan penghantaran pesanan modul 210 pertama dunia yang mencakupi modul 500W Titan berkecekapan tinggi yang dihantar secara berkumpulan kepada penyedia tenaga berpangkalan di Ipoh, Malaysia, Armani Energy Sdn Bhd.

Di samping itu, setakat ini syarikat berkenaan telah menyempurnakan penghantaran hampir 200MW daripada 600MW pesanan modul yang diterima olehnya daripada pengeluar sistem pelekap fotovolta berpangkalan di Poland, Corab pada tahun 2020. Pesanan berkenaan merangkumi rangkaian penuh produk 210mm Risen Energy yang akan digunakan dalam pemasangan yang dilekap pada bumbung dan di darat, antara senario aplikasi lain.

Pelanggan Brazil Risen Energy menunjukkan penghargaan mereka melalui pesanan untuk modul 54MW dan 160MW. Modul siri 210 Risen Energy telah menjadi pilihan utama dalam kalangan pembeli Brazil, seraya memperlihatkan penembusan firma tersebut yang semakin meningkat dalam pasaran pengedaran negara berkenaan. Organisasi penyelidikan tenaga Brazil yang terkemuka, Greener baru-baru ini mengeluarkan senarai kedudukan terkini import pembuat modul fotovolta ke Brazil pada tahun 2020, dengan Risen Energy meraih tempat ketiga dalam barisan yang terdiri daripada 10 jenama yang membentuk 87% import.

Di Korea Selatan, Risen Energy mendapat pesanan bernilai 130MW pada tahun 2020 dengan kerjasama SCG Solutions Co., Ltd, salah satu pengedar yang terbesar dalam pasaran tempatan. Semua pelanggan akhir merupakan firma-firma Korea yang utama, termasuk Korea Institute of Solar Energy (untuk projek Loji Kuasa Solar Jeonnam) selain pembuat makanan dan minuman Nongshim (untuk pemasangan yang dilekap pada bumbung di atas kemudahan pengeluarannya). Pencapaian berkenaan meletakkan asas yang kukuh untuk pengembangan berterusan Risen Energy dalam pasaran Korea.

Selain daripada jalinan kerjasama dengan SCG Solutions, Risen Energy telah membentuk perkongsian bersama beberapa pengusaha terkemuka yang lain dalam sektor tenaga Korea, menunjukkan keputusan terbukti firma ini dalam pasaran tempatan. Pembuat peralatan kuasa elektrik LS Electric memilih modul siri 210 Risen Energy untuk seluruh projek bumbung teragih di salah sebuah pejabat konsul kerajaan Korea di Jepun. LS Electric turut menyatakan hasratnya untuk berkolaborasi dengan Risen Energy dalam projek-projek berskala besar yang akan datang.

Sebagai pengeluar modul PV global yang terkemuka, Risen Energy meneruskan tumpuannya terhadap inovasi teknologi dan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatannya di samping bekerjasama dengan banyak rakan kongsi di seluruh dunia bagi memperbaharui dan mentransformasikan bagaimana tenaga dihasilkan dan diagihkan.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Sales reports