omniture

Huawei buka DIGIX Lab pertama di Asia Pasifik perkasa pembangun bina masa depan digital

Huawei Mobile Services
2021-02-25 09:00 257

SINGAPURA, 25 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini Huawei Mobile Services (HMS) mengumumkan pembukaan DIGIX Lab di Singapura, yang pertama olehnya di rantau Asia Pasifik untuk bertindak sebagai hab inovasi kepada pembangun aplikasi mudah alih di rantau berkenaan bagi tujuan memacu pertukaran idea, pertumbuhan perniagaan dan juga kolaborasi.

Huawei DIGIX Lab @ Singapore equipped with AR, VR, AI, HMS Core kits and other open technological capabilities, offers a space for developers across APAC to experience the full range of HMS developer resources. Visitors can tour the lab virtually via the DIGIX Lab website and access featured remote services such as Cloud Debugging and Cloud Testing.
Huawei DIGIX Lab @ Singapore equipped with AR, VR, AI, HMS Core kits and other open technological capabilities, offers a space for developers across APAC to experience the full range of HMS developer resources. Visitors can tour the lab virtually via the DIGIX Lab website and access featured remote services such as Cloud Debugging and Cloud Testing.

Dilengkapi dengan AR, VR, AI, kit HMS Core serta keupayaan teknologi teras yang lain, Makmal berkenaan menawarkan ruang kepada pembangun untuk berhubung dan mengalami rangkaian penuh sumber pembangun HMS. Perkhidmatan DIGIX Lab juga boleh diakses secara dalam talian, yang membolehkan pembangun di seluruh rantau tersebut memanfaatkan sumber secara maya.

"Dalam era 5G, HMS menyasarkan untuk membina ekosistem mudah alih semua-senario '1+8+N' dan memperkasa pembangun serta rakan kongsi di Asia Pacifikt untuk berinovasi dan membina masa depan digital. DIGIX Lab baharu tersebut bertindak sebagai hab inovasi yang merangkumi semua bagi memberi pembangun dengan dorongan yang diperlukan oleh mereka untuk berjaya. Huawei akan terus mengukuhkan kolaborasi kami bersama rakan kongsi dan institusi dalam komuniti dan memupuk kumpulan bakat teknologi yang berdaya tahan dan berkembang di rantau Asia Pasifik," kata Shane Shan, Pengarah Perkhidmatan Awan Pengguna Huawei Asia Pasifik.

Di bawah strategi Kehidupan AI yang Lancar "1+8+N", telefon pintar berperanan sebagai Satu (1) pusat dan rakan kongsi ekosistem Huawei berhubung melalui Lapan (8) peranti Huawei sokongan bagi mewujudkan persekitaran IoT terhubung sepenuhnya yang merangkumi perkhidmatan yang Berterusan (N). HMS menyokong strategi ini dengan menghubungkan aplikasi mudah alih yang inovatif dan produk IoT melalui keupayaan perkakasan dan perisian Huawei. Bersama-sama sistem berkuasa AI dan penyelesaian pengkomputeran awan Huawei, akhirnya ia dapat mewujudkan kehidupan AI semua-senario kepada pengguna akhir Huawei.

HUAWEI DIGIX Lab @ Singapore’s “Experience Zone” showcases Huawei all-scenario products. Developers, partners, and tech enthusiasts can look forward to a series of Residency Programmes like developer workshops, knowledge sharing sessions, and onsite consultation with tech experts hosted by Huawei online and offline.
HUAWEI DIGIX Lab @ Singapore’s “Experience Zone” showcases Huawei all-scenario products. Developers, partners, and tech enthusiasts can look forward to a series of Residency Programmes like developer workshops, knowledge sharing sessions, and onsite consultation with tech experts hosted by Huawei online and offline.

Berhubung, Berkomunikasi dan Berkolaborasi di Huawei DIGIX Lab

DIGIX Lab dibahagikan kepada tiga zon utama yang membolehkan pembangun, rakan kongsi dan peminat teknologi berhubung, berkomunikasi dan berkolaborasi dalam komuniti:

  1. Zon Pengalaman: Ruang untuk pengunjung mengalami ekosistem semua-senario "1+8+N" Huawei. Ruang ini memaparkan model telefon pintar terkini dan lapan jenis peranti Huawei yang berbeza termasuk tablet, komputer peribadi (PC), peranti boleh pakai pintar dan cermin mata pintar VR. Selain itu, produk kediaman IoT pihak ketiga yang disokong oleh HUAWEI HiLink turut dipamerkan di sini.
  2. Zon Penglibatan: Zon pelbagai guna dengan ruang kolaboratif dan bilik latihan bagi menyokong pembinaan komuniti. Program pembangun seperti latihan, bengkel, industri dan acara perangkaian akan diadakan di ruang ini. Sementara itu, peminat teknologi atau pembangun individu juga boleh menempah ruang tersebut untuk menganjurkan acara komuniti yang berkaitan dengan pembangunan aplikasi mudah alih.
  3. Zon Pemboleh: Zon ini terdiri daripada tiga bilik mesyuarat yang mana pembangun yang menghadapi cabaran semasa membangunkan aplikasi boleh bertemu jurutera atau pasukan perniagaan Huawei untuk mendapatkan sokongan langsung. Empat terminal nyahpepijat juga disediakan di makmal tersebut untuk menyokong pembangun menerusi keperluan sumber.

Pengunjung dari seluruh rantau ini boleh melawat DIGIX Lab secara maya melalui https://developer.huawei.com/consumer/en/DIGIXLab-Offline?page=0. Selain melawat ruang tersebut secara digital, pengunjung dalam talian boleh mempelajari mengenai sumber dan penawaran pembangun HMS yang terkini, menyertai Program Pembangun Huawei dan webinar serta berhubung dengan sokongan teknikal. Selain itu, pembangun boleh mengakses perkhidmatan jarak jauh yang ditampilkan seperti Penyahpepijatan Awan dan Pengujian Awan, yang membolehkannya menyahpepijat dan menguji aplikasi yang beroperasi secara jarak jauh pada mana-mana peranti Huawei yang terkini, termasuk HUAWEI P Series dan HUAWEI Mate Series yang popular.

Mendorong inovasi pembangun melalui Ekosistem Huawei Mobile Services

Pembukaan DIGIX Lab melengkapkan alat dan program lain yang disediakan kepada pembangun di rantau tersebut untuk mendorong inovasi melalui ekosistem HMS.

Baru-baru ini, HMS melancarkan aplikasi HUAWEI Developers, platform terbuka rasmi untuk pembangun Huawei mengurus sistem bahagian belakang aplikasi mereka, mengakses aktiviti pembangun yang terkini dan menerima pemberitahuan acara di mana-mana sahaja.

Di samping itu, HMS akan memperkenalkan tiga program komuniti pembangun di APAC tahun ini, termasuk Pembangun Pelajar HUAWEI (HSD), Kumpulan Pembangun HUAWEI (HDG) dan Pakar Pembangun Huawei (HDE) bagi membantu pembangun pada semua peringkat untuk berkembang dengan ekosistem HMS. Pembangun di APAC juga berpeluang untuk mendaftar kursus latihan untuk mempelajari bagaimana untuk mengatur alat pembangunan HMS ke dalam aplikasi mereka dan menerima "Sijil Pembangun Huawei" setelah tamat kursus.

Menambah nilai kepada pemilik dan pembangun aplikasi dengan HMS

Ekosistem HMS telah mencapai pertumbuhan pesat secara global dan kini merupakan ekosistem mudah alih terbesar tiga teratas di dunia dengan lebih 700 juta pengguna global. Setakat penghujung tahun 2020, terdapat kira-kira 2.3 juta Pembangun Huawei mendaftar, satu peningkatan sebanyak 77% dalam lebih setahun.

Pemilik aplikasi yang ingin mengintegrasikan aplikasi mereka ke dalam ekosistem HMS, akan dapat mendekati kumpulan pengguna HMS yang mantap melalui platform berbilang pengedaran hibridnya, seperti HUAWEI AppGallery, HUAWEI Browser dan Petal Search.

Versi terkini HMS Core 5.0 yang terdiri daripada 56 keupayaan terbuka dan 12,981 API menyediakan fungsi lengkap untuk menyokong pembangun mengintegrasikan aplikasi dengan mudah. Selain itu, pembangun juga boleh mengakses pasukan teknikal tempatan HMS bagi mendapatkan bantuan semasa proses tersebut.

Menuju ke hadapan, HMS akan meneruskan pelaburannya dalam keupayaan teknologi dan memberi sokongan operasi setempat kepada pembangun bagi memupuk inovasi mudah alih dalam landskap yang semakin berkembang. 


 

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services