omniture

Persidangan Pengedar Antarabangsa GAC MOTOR 2021 Dijalankan Dalam Talian, Bermula Dengan Tema - "Berusaha Lebih Baik, Bersama-sama"

GAC MOTOR
2021-02-25 16:42 2033

GUANGZHOU, China, 25 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Pada 28 Januari, GAC MOTOR mengadakan Persidangan Pengedar Antarabangsa 2021 secara besar-besaran. Bersatu dengan tema persidangan "Together, Go Better" ("Berusaha Lebih Baik, Bersama-sama"), pengedar dari 26 negara berhimpun "dalam awan", merentasi perbezaan masa dan lokasi, untuk berinteraksi secara langsung bersama GAC MOTOR secara dalam talian.

Dengan sokongan padu daripada rakan kongsi global pada tahun 2020, GAC MOTOR berjaya menangani pandemik seluruh dunia dan kemelesetan ekonomi. Syarikat ini berjaya mencatatkan pertumbuhan eksport sebanyak 18% berbanding tahun sebelumnya, yang meletakkannya sebagai salah satu daripada tiga teratas bagi pengeksport automobil berkembang paling pantas di China.

Bagi mengesahkan dan mengiktiraf prestasi yang cemerlang oleh pengedar, GAC MOTOR menyampaikan Anugerah Berlian Pengedar Cemerlang kepada Al Jomaih Automotive Company. Pada tahun 2020, perkongsian yang produktif antara Al Jomaih dan GAC MOTOR menyaksikan keputusan yang hebat dalam pasaran Arab Saudi.

Semasa berlangsungnya persidangan berkenaan, GAC MOTOR mengumumkan rancangannya bagi tahun 2021 berhubung pertumbuhan komprehensif untuk memperkasa aktiviti jualan dan memastikan pertumbuhan yang lebih pantas apabila GAC MOTOR bekerjasama dengan pengedar di seluruh dunia.

Dari segi strategi produk, GAC MOTOR merancang untuk memperkenalkan empat model bahan api dan dua model tenaga baharu secara global. Ini akan menjadi penambahan kepada model-model yang disesuaikan mengikut kecenderungan serantau.

GAC MOTOR akan turut meneroka saluran baharu seperti kereta komersial, kereta terpakai berjenama dan pilihan perjalanan mudah alih.

Pengerusi GAC MOTOR, En. Yu Jun, menyatakan bahawa GAC MOTOR akan mara ke hadapan dalam segenap aspek bagi meningkatkan kedudukannya dalam industri ini. GAC MOTOR akan dibangunkan dan diberi kedudukan sebagai "jenama sederhana-mewah premium dari China yang mendapat pujian antarabangsa."

Pengurus besar GAC MOTOR, En. Zeng He Bin menyatakan, "GAC MOTOR akan terus memberi tumpuan pada pembinaan jenama dengan pendekatan berorientasikan pasaran melalui nilai jenama teras kami."

GAC MOTOR turut mengadakan persidangan serantau bersama pengedar masing-masing bagi merangka dasar perniagaan dan strategi pasaran yang terperinci untuk setiap pasaran. Begitu juga dengan persidangan pengedar wilayah Rusia yang diadakan secara dalam talian pada 25 Februari.

Persidangan Pengedar Antarabangsa GAC MOTOR 2021 memperlihatkan cita-cita dan tenaga GAC MOTOR, lantas membangkitkan keyakinan semua pengedar dan rakan kongsi. Menuju ke hadapan, GAC MOTOR akan memberi tumpuan pada pasaran yang strategik dan model kereta, membawa nilai jenamanya dan meningkatkan reputasi jenamanya. Hasilnya, pengguna akan dapat menikmati produk yang berkualiti lebih tinggi, pengalaman yang canggih dan gaya hidup automotif yang lebih memuaskan.

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation Trade show news