omniture

RS Components jalin kerjasama dengan Phoenix Contact South East Asia sediakan pelanggan pengautomatan kilang dengan penyelesaian kawalan industri hujung-ke-hujung dipertingkat di seluruh SEA

Pembina panel peroleh akses kepada rangkaian lengkap produk kawalan daripada 'COMPLETE Line' Phoenix Contact SEA, membantu mereka menjimatkan masa dan wang
RS Components
2021-03-01 10:46 1619

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Mac, 2021 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE: ECM), rakan penyelesaian omnisaluran bertaraf global untuk pelanggan dan pembekal industri, hari ini mengumumkan satu jalinan kerjasama bersama Phoenix Contact Southeast Asia, salah satu pembuat teknologi pengautomatan industri berorientasikan masa depan yang terkemuka di dunia.

Kolaborasi ini akan menyaksikan pengembangan ketara portfolio produk 'COMPLETE Line' dan aksesosri penting untuk aplikasi kabinet kawalan, mempunyai lebih 9000 produk dalam kesemua aspek kabinet kawalan pembinaan yang utama.

Sebanyak lebih 2500 peranti baharu dalam rangkaian berkenaan akan disediakan pada platform RS Asia Tenggara, menjadikan RS sebagai pengedar servis tinggi yang pertama menawarkan 'COMPLETE Line' yang penuh di rantau ini. Pelanggan akan mendapat manfaat dengan adanya akses penuh kepada portfolio yang unik, mengurangkan kos pengendalian keseluruhan dan meminimumkan masa perancangan dan pemasangan untuk pembinaan serta penyelenggaraan kabinet kawalan.

Sistem 'COMPLETE Line' terdiri daripada suit produk perkakasan dan perisian terlaras keseluruhan yang menyasarkan aplikasi penukaran, penyambungan dan pemutusan serta pengukuran, pengawalan dan pengautomatan. Melalui reka bentuk, haptik dan fungsian yang seragam, pembina panel berupaya untuk mengoptimumkan proses kerja dalam pembangunan kabinet kawalan. Sistem ini menggabungkan kesemua produk panel kawalan dan aksesori penting pengeluar dalam satu rangkaian. Ia turut mengurangkan masa yang dihabiskan terhadap pemasangan, penyelenggaraan dan pengendalian penyelesaian kabinet kawalan sedia ada dan baharu.

"Dengan adanya 'COMPLETE Line' yang penuh pada platform RS Asia Tenggara membolehkan kami untuk menyediakan pelanggan pengautomatan kilang dengan penyelesaian kawalan industri hujung-ke-hujung yang dipertingkat, bermula daripada pembinaan hinggalah penyelenggaraan," kata Sean Fredericks, Presiden, Asia Pasifik di RS. "Pelanggan kami di Asia Tenggara akan serta merta menyedari manfaat daripada penggunaannya, membantu mereka mengurangkan ruang dan mempercepatkan reka bentuk serta pemasangan kabinet kawalan yang baharu."

"Kami menikmati perkongsian yang erat selama lebih daripada 15 tahun bersama RS, iaitu rakan saluran pengedaran yang telah lama terjalin untuk Phoenix Contact," kata Lars Kleinegees, Pengurus Rakan Saluran Antarabangsa di Phoenix Contact. "Melalui semua salurannya yang pelbagai, RS menawarkan kumpulan pelanggannya yang besar dan global dengan capaian yang pantas dan mudah kepada lebih 25,000 produk daripada Phoenix Contact."

"Capaian digital RS Components yang luas digandingkan dengan rangkaian produk dan penyelesaian berkualiti yang ekstensif daripada Phoenix Contact membentuk perkongsian yang sempurna bagi membawa nilai dan manfaat 'COMPLETE Line' kepada pelanggan di Asia Tenggara," kata Charlie Lim, Pengarah Segmen di Phoenix Contact.

Kesemua peranti dalam portfolio 'COMPLETE Line' dihantar sekarang dari RS Components di Malaysia.

Latar Belakang RS Components

RS Components ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, rakan penyelesaian omnisaluran bertaraf global untuk pelanggan dan pembekal industri yang terlibat dalam mereka bentuk, membina atau menyelenggara peralatan dan kemudahan industri. Kami bermatlamat untuk menawarkan pelanggan kami dengan pilihan teknologi produk yang tiada tandingan, menyelesaikan masalah dengan penyelesaian inovatif dan membawa pengalaman pelanggan bertaraf dunia, menjadikannya mudah untuk menjalankan perniagaan bersama kami.

Kami membekalkan lebih daripada 500,000 produk industri dan elektrik, diperoleh daripada lebih 2,500 pembekal terkemuka. Kami menyelesaikan masalah dan menyediakan pelbagai jenis penyelesaian bernilai tambah kepada lebih satu juta pelanggan. Menerusi operasi dalam 32 negara, kami berdagang melalui pelbagai saluran dan menghantar lebih 50,000 bungkusan sehari.

Electrocomponents plc is disenaraikan di Bursa Saham London dan dalam tahun kewangan lalu yang berakhir pada 31 Mac 2020 melaporkan pendapatan sebanyak £1.95 bilion. Electrocomponents plc mempunyai enam jenama operasi; RS Components, Allied Electronics & Automation, RS PRO, OKdo, DesignSpark dan IESA.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini:

Twitter: @RSComponents; @designsparkRS
Linkedin: https://www.linkedin.com/showcase/rs-components-asia-pacific/

RS Components
https://my.rs-online.com/web/

DesignSpark
www.rs-online.com/designspark

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

Source: RS Components
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Licensing/marketing agreements