omniture

E-Prix Diriyah akan berlangsung sebagai acara perlumbaan malam Formula E elektrik sepenuhnya pertama yang menyinari ruang angkasa Arab Saudi

Diriyah Gate Development Authority
2021-03-01 10:57 39

DIRIYAH, Arab Saudi, 1 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Formula E, sebuah acara Kejuaraan Dunia Formula E ABB FIA elektrik sepenuhnya, menerangi jalan-jalan di Diriyah apabila ia kembali buat kali ketiga berturut-turut ke bandar padang pasir At-Turaif, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang bersejarah. Perlumbaan malam ini, yang bermula pada 26 Februari 2021 bakal menyaksikan dua perlumbaan serentak yang menakjubkan pada waktu malam. Ini merupakan kali pertama perlumbaan sukan bermotor mencuba teknologi pencahayaan LED berprestasi tinggi, lestari dan boleh diperbaharui sepenuhnya

Formula E drivers light up the streets as part of the inaugural all-electric night race for Diriyah E-Prix, the first motor sporting event to attempt and successfully use high performance, sustainable and fully renewable LED lighting technologies

Jerry Inzerillo, Ketua Pegawai Eksekutif, Diriyah Gate Development Authority berkata: "Formula E merupakan salah satu sukan tontonan yang paling pesat berkembang di dunia dan Diriyah berbangga menjadi tuan rumah acara ini yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sukan Arab Saudi untuk tahun ketiga. Tahun ini sungguh mengagumkan kerana ini merupakan kali pertama bandar ini menganjurkan perlumbaan elektrik sepenuhnya pada waktu malam, menerangi litar perlumbaan dan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang menakjubkan di At-Turaif dengan penyelesaian tenaga yang cekap. Ia akan menjadi suatu tontonan yang mengagumkan dan bakal mempamerkan potensi penerapan nilai-nilai alam sekitar masa hadapan dalam suatu acara sukan utama, sebagaimana yang termaktub dalam Visi 2030. Kejuaraan Dunia Formula E ABB FIA berjanji untuk mempersembahkan sebuah acara yang menarik dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang terlibat."

Acara E-Prix Diriyah akan berlangsung pada jam 17:00 GMT (20:00 waktu tempatan) pada 26 dan 27 Februari. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1445627/diriyah_gate_development_authority.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1445628/diriyah_gate_development_authority_e_prix.jpg?p=medium600

Formula E drivers light up the streets as part of the inaugural all-electric night race for Diriyah E-Prix, the first motor sporting event to attempt and successfully use high performance, sustainable and fully renewable LED lighting technologies
Formula E drivers light up the streets as part of the inaugural all-electric night race for Diriyah E-Prix, the first motor sporting event to attempt and successfully use high performance, sustainable and fully renewable LED lighting technologies

Source: Diriyah Gate Development Authority
Keywords: Auto Sporting Events Sports Transportation New products/services