omniture

Huawei pamer barisan penuh penyelesaian kuasa digital di PV EXPO Tokyo 2021 buat julung kalinya

Huawei
2021-03-03 18:00 282

TOKYO, 3 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Huawei mengadakan pameran di PV EXPO TOKYO 2021 menerusi barisan penyelesaian yang lengkap daripada perniagaan kuasa digital buat julung kalinya, mencakupi lima bidang utama: PV Pintar, Tenaga Pusat Data, iSitePower, Kuasa Modular dan mPower.

Huawei mempamerkan barisan penuh penyelesaian kuasa digital di PV EXPO Tokyo 2021 buat julung kalinya
Huawei mempamerkan barisan penuh penyelesaian kuasa digital di PV EXPO Tokyo 2021 buat julung kalinya

Dunia pintar dan terhubung sepenuhnya dalam segenap erti konsep ini kini sudah dapat digapai. Terdapat permintaan yang semakin meningkat terhadap sumber tenaga mesra alam terutamanya fotovolta bagi menangani cabaran transformasi digital di samping turut mengambil kira impak terhadap alam sekitar dan perubahan iklim. Proses transformasi perlu menghadapi cabaran bermula dengan pengurusan data raya, jumlah trafik yang amat besar dan tahap penggunaan tenaga yang tinggi. Barisan produk Kuasa Digital Huawei merebut peluang untuk berkembang daripada penyelesaian bekalan kuasa tradisional kepada Internet tenaga, memberi tumpuan pada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di samping menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan produk infrastruktur tenaga termasuk penyelesaian untuk komunikasi, Pusat Data, PV Pintar, mPower dan Kuasa Modular. Sejak menjadi sebuah unit perniagaan yang berasingan dalam Huawei pada tahun 2008, perniagaan kuasa digital telah berkembang pesat, namun stabil, melalui purata kadar pertumbuhan tahunan mencecah 29%, dengan output yang utama dalam industri dan bahagian pasaran dalam Pusat Data modular pasang siap, UPS modular dan PV Pintar. Huawei membuat penembusan yang berjaya dalam pasaran Jepun pada tahun lalu apabila ia memperkenalkan barisan penuh penyelesaian kuasa digitalnya, memberi peluang kepada pelanggan dan rakan kongsi Jepun untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai kedudukan kepimpinan Huawei dalam sektor berkenaan. 

PV EXPO TOKYO 2021

Tarikh

3~5 Mac

Tempat

Pusat Konvensyen Antarabangsa Ariake, Tokyo, Jepun

Reruai Huawei

W7-62, Tingkat 1, Bangunan Pameran Barat

Dewan
Pameran Dalam Talian

4~5 Mac 10pagi~12tengah hari
Pautan Strim Langsung Dalam Talian

"Kami berbesar hati dapat membawa rangkaian penuh penyelesaian kuasa digital Huawei ke PV Expo Tokyo," kata Zhang Weiwei, Pengurus Besar Unit Perniagaan Kuasa Digital Jepun Huawei. Jepun sentiasa menjadi pasaran yang mempunyai kepentingan yang besar kepada kami. Pasaran fotovolta turut berkembang dengan ketara di Jepun selama bertahun-tahun dan Huawei berharap dapat terus menyumbang kepadanya. Di pameran ini, selain daripada loji janakuasa berskala besar di atas tanah tradisional kami dan senario industri serta komersial, kami turut mempamerkan portfolio produk penuh yang terkini dalam senario kediaman. Ini merupakan kemasukan pertama Huawei ke dalam pasaran penyimpanan tenaga kediaman Jepun. Produk ini telahpun mendapat pensijilan JET dan jualan telahpun bermula secara rasminya."

Penyelesaian PV Pintar Terkini Huawei
Penyelesaian PV Pintar Terkini Huawei

Tenaga boleh diperbaharui perkukuh lagi kedudukannya dalam pasaran

Tenaga boleh diperbaharui akan menjadi tumpuan bagi pemasangan akan datang dan PV akan menjadi bentuk bekalan kuasa yang utama. Dengan tarif galakan untuk penjanaan kuasa fotovolta terus menurun, membantu pelanggan mengurangkan kos dan meningkatkan pendapatan telahpun menjadi misi Huawei, bermula daripada pembinaan loji janakuasa kepada O&M (operasi dan penyelenggaraan). Huawei telah mengoptimumkan seluruh proses hujung-ke-hujung, bermula daripada integrasi rentas sempadan maklumat digital, Internet dan teknologi fotovolta, kepada operasi dan penyelenggaran automatik yang dipermudah, digital sepenuhnya dan global serta perkhidmatan inovatif yang lain dan dengan berbuat demikian, telah dapat mencapai penjanaan kuasa yang cekap bersama-sama O&M (operasi dan penyelenggaraan) pintar yang menghasilkan penyelesaian loji janakuasa fotovolta pintar yang selamat dan andal yang akhirnya memberi nilai maksimum kepada pelanggan yang merupakan pemilik serta pengurus kemudahan pengagihan kuasa.

Loji janakuasa kediaman, C&I (komersial dan industri) teragih menunjukkan prestasi yang baik, dengan keselamatan sistem menjadi perhatian yang paling utama. Huawei membawakan pelanggan dengan pengalaman keselamatan yang unggul melalui inovasi dan integrasi AI serta teknologi yang lain.

  • Keselamatan Aktif: Perlindungan kerosakan arka yang pantas dengan menghentikan penyongsang dalam 0.5s
  • Peralatan andal: tiada fius atau bahagian lain yang boleh rosak ekoran haus dan lusuh, mengurangkan kadar kegagalan kepada kurang daripada 0.5%; satu-satunya pengeluar yang peralatannya diuji untuk respons terhadap kilat yang dicetuskan oleh roket.
  • Sambungan grid andal: algoritma AI yang terkemuka, kebolehsuaian yang mantap terhadap grid yang lemah, penjanaan kuasa yang berkekalan tanpa masa henti.

Sementara itu, penyongsang 20kw untuk pasaran pengguna rumah telah mula dihantar secara rasminya. Output AC penyongsang 20kw daripada 200V tiga fasa boleh menandingi secara langsung sistem 200V asal tanpa memerlukan penggantian transformer.

Penyimpanan tenaga kediaman menjadi sorotan utama

ESS (Sistem Penyimpanan Tenaga) rentetan pintar kediaman Huawei yang baru dilancarkan dapat memenuhi keperluan persediaan menghadapi bencana Jepun dalam konteks keneutralan karbon. Sejak dilancarkan pada tahun lalu, produk ini diulas dengan pujian yang baik dalam banyak negara Eropah. Produk penyimpanan tanag kediaman boleh digunakan bukan sahaja di rumah, tetapi juga di kemudahan awam termasuk sekolah, bangunan perbandaran, pusat persediaan dan kedai kecil, dengan menyambungkan berbilang unit secara selari bagi menyediakan penyelesaian persediaan menghadapi bencana. Bateri simpanan tenaga kediaman Huawei mempunyai reka bentuk modular dan amat sesuai digunakan secara selari, dengan sistem pengurusan bateri (BMS) disepadukan ke dalam setiap pek bateri.

Sistem Penyimpanan Tenaga (ESS) rentetan pintar Huawei LUNA2000-5/10/15 mendapat perhatian yang besar di pameran tersebut
Sistem Penyimpanan Tenaga (ESS) rentetan pintar Huawei LUNA2000-5/10/15 mendapat perhatian yang besar di pameran tersebut

  • Pengembangan kapasiti yang dipermudah: pek bateri tidak memerlukan pengecasan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sistem bateri sedia ada. Hanya pasangkan dan gunakan serta merta setelah dikeluarkan daripada bungkusan.
  • Satu ciri pek bateri yang diketahui ialah komponennya merosot pada kadar berbeza semasa digunakan (seperti rintangan dalaman pada bateri). Walau bagaimanapun, BMS terbina dalam menormalkan voltan output bagi setiap pek bateri, mencegah kesan tong yang disebabkan oleh perbezaan dari segi kepantasan pengecasan serta penyahcasan dan dalam masa yang sama meningkatkan kelajuan yang mana seluruh sistem mengecas dan menyahcas. Ciri ini berperanan untuk memaksimumkan kuasa yang tersedia semasa hayat bateri, meningkatkan kuasa yang tersedia dengan berkesan kira-kira sebanyak 25%.
  • Seni bina reka bentuk modul yang selari membolehkan pengasingan automatik bagi segmen yang gagal dan penyambungan operasi normal bagi pek yang tinggal, memastikan operasi normal untuk seluruh sistem bateri dan mengelakkan masa henti sistem.

Jepun mengumumkan draf pelan tindakan penyahkarbonan pada penghujung tahun 2020, mengesahkan "emisi sifar bersih menjelang tahun 2050" dan menyasarkan untuk mempercepatkan peralihan kepada masyarakat rendah karbon melalui inovasi teknologi dan pelaburan mesra alam. Pendigitalisan tenaga berjalan dengan baik, manakala integrasi teknologi digital dan tenaga yang inovatif akan membolehkan pengurusan pintar infrastruktur tenaga yang boleh dilihat, boleh diurus dan boleh dikawal hujung-ke-hujung, bersama-sama kecekapan tenaga yang dipertingkat. Sumber tenaga "hijau" yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar akan memberi manfaat bukan sahaja kepada beribu-ribu industri tetapi juga isi rumah yang tidak terkira banyaknya, dengan PV, mewakili tenaga mesra alam, menjadi sumber utama tatkala era pariti harga PV yang komprehensif terserlah. Pertukaran Huawei dengan pelanggan Jepun di PV EXPO Tokyo mengesahkan lagi bahawa penjanaan kuasa PV dan integrasi penyimpanan tenaga pastinya akan menjadi titik pertumbuhan yang kukuh untuk tenaga boleh diperbaharui dalam tahun-tahun mendatang.

Latar Belakang Huawei FusionSolar

Huawei menawarkan penyelesaian PV Pintar terkemuka yang memanfaatkan kepakaran selama lebih daripada 30 tahun dalam teknologi maklumat digital.

Dengan mengintegrasikan AI dan Awan, Huawei menggabungkan selanjutnya banyak teknologi ICT terkini dengan PV untuk penjanaan kuasa yang optimum, menjadikan loji janakuasa solar Amat Cekap, Selamat & Andal dengan keupayaan O&M Pintar dan Sokongan Grid serta membina asas untuk tenaga solar menjadi sumber tenaga utama.

Bagi pengguna tenaga solar, Huawei melancarkan penyelesaian canggih untuk pelanggan C&I serta kediaman berdasarkan konsep 'Kos Tenaga Elektrik Optimum dan Keselamatan Aktif'. Dengan meningkatkan penggunaan kuasa solar, Huawei membantu memberi kuasa kepada berjuta-juta penduduk dan beratus-ratus industri di seluruh dunia.

Huawei akan terus berinovasi dan mendayakan tenaga boleh diperbaharui untuk memperkasa setiap individu, kediaman mahupun organisasi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di https://solar.huawei.com/ atau ikuti kami di LinkedinYouTubeFacebook dan Twitter.

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities Trade show news