omniture

Usaha Tanggungjawab Sosial Korporat Berterusan Shanghai Electric Terima Anugerah daripada All-Pakistan Chinese Enterprises' Association

Shanghai Electric
2021-03-05 21:38 108

SHANGHAI, 4 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ("Syarikat") (SEHK: 02727, SSE: 601727), pengeluar dan pembekal yang terkemuka di dunia bagi peralatan penjanaan kuasa elektrik, peralatan perindustrian dan perkhidmatan integrasi, menerima Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat Tahunan daripada All-Pakistan Chinese Enterprises' Association (APCEA) cawangan Karachi. Anugerah berkenaan mengiktiraf sumbangan Syarikat berkenaan terhadap pembangunan sosial wilayah berkenaan pada tahun 2020 serta komitmen aktifnya terhadap CSR.

 

 

"Kami benar-benar berbesar hati menerima pengiktirafan daripada APCEA ini. Shanghai Electric akan terus menggalakkan pembangunan Koridor Ekonomi China-Pakistan pada masa akan datang dan berusaha memastikan pembinaan dan operasi yang lancar untuk projek Perlombongan-Kuasa Bersepadu Blok-1 Thar. Dalam masa yang sama, kami tetap komited dengan bersungguh-sungguh bagi menggalakkan kemajuan projek tenaga Pakistan, demi memberi manfaat kepada lebih ramai orang dalam komuniti tempatan," kata Meng Donghai, Ketua Pegawai Eksekutif Thar Coal Block-1 Power Generation Company.

Projek Perlombongan-Kuasa Bersepadu Blok-1 Thar ("Projek") berkenaan terjejas oleh pandemik COVID-19 pada tahun lalu, yang seterusnya memberi kesan ke atas komuniti tempatan di Bandar Mithi dan Wilayah Sindh yang lebih luas. Sebagai pemaju projek, Shanghai Electric bertindak balas dengan pantas apabila kerajaan Pakistan melaksanakan langkah-langkah sekatan pergerakan pada Mac 2020 serta bekerjasama erat dengan Kerajaan Sindh bagi membantu penduduk setempat sepanjang tempoh yang mencabar.

Pada bulan April, Syarikat berkenaan menyumbang barang keperluan kepada 441 Briged Infantri Pakistan bagi menjamin keselamatan tentera. Shanghai Electric turut menyumbang bekalan kepada Bandar Mithi dan mengagihkan bahan pelindung, bijirin dan minyak bagi membantu pasukan tempatan menangani masalah kekurangan makanan dan pakaian di kampung-kampung yang miskin. Kemudian pada bulan Julai, Thar Coal Block-1 Power Generation Company bersama-sama Sino Sindh Resources Company bagi pihak Shanghai Electric menderma 6 juta rupee kepada Wilayah Sindh bagi menubuhkan Corona Virus Emergency Fund yang bertujuan untuk membantu kerajaan tempatan dan komuniti mengatasi cabaran wabak berkenaan.

Dalam masa yang sama, Projek berkenaan berusaha untuk menangani pelbagai kesukaran dan mempercepatkan pelaksanaan sekali gus memastikan pematuhan terhadap langkah-langkah pencegahan dan kawalan pandemik. Kemasukan dan pembukaan struktur keluli loji utama tersebut diselesaikan pada Julai 2020, meletakkan asas yang kukuh untuk penyempurnaan nod projek seterusnya tepat pada masanya.

Sekatan pergerakan dan sekatan perjalanan seluruh negara memperlahankan kemajuan pembinaan projek berkenaan semasa kemuncak pandemik di Pakistan tahun lalu. Untuk bertindak balas dengan pantas terhadap keadaan kecemasan tersebut. Shanghai Electric mengatur penerbangan carter untuk menghantar jurutera dan pekerja bagi mempercepatkan kemajuan projek, berserta 4 tan peralatan perlindungan diri, bekalan keperluan, bekalan pejabat dan juga ubat-ubatan kecemasan kepada pekerja di lapangan.

Sepanjang tahun lalu, Shanghai Electric melakukan usaha yang berterusan untuk menggalakkan peluang pekerjaan tempatan di Wilayah Sindh. Setakat Januari 2021, Projek berkenaan mempunyai lebih daripada 5,000 pekerja yang bekerja di tapak - lebih 75% terdiri daripada kakitangan tempatan. Shanghai Electric mengatur latihan prapekerjaan khusus bagi membantu pekerja meningkatkan kemahiran kerja mereka dan membawa juruteknik kanan Cina dalam projek tersebut bagi menyampaikan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman mereka kepada pekerja tempatan. Pada Oktober 2020, syarikat kuasa berkenaan mengadakan pertandingan pematerian bagi menggalakkan pengimpal tempatan menunjukkan kepakaran profesional mereka dalam semangat mengejar kesempurnaan.

Projek Perlombongan-Kuasa Bersepadu Blok-1 Thar dibangunkan oleh Shanghai Electric di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan serta merupakan sebuah projek kerjasama tenaga yang diberi keutamaan di bawah Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC). Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Pakistan untuk meningkatkan keselamatan tenaga dan mengurangkan purata kos penjanaan kuasa dengan beralih daripada bahan api import kepada arang batu tempatan.

Projek berkenaan dibangunkan dengan kapasiti pengeluaran tahunan mencecah 7.8 juta tan arang batu dan mempunyai dua loji janakuasa arang batu 660-megawatt yang dapat memberikan kuasa elektrik yang berpatutan dan andal kepada kira-kira 4 juta isi rumah Pakistan dengan teknologi mesra alam.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Electrical Utilities Utilities Awards Corporate Social Responsibility