omniture

ZTE Lancar Penyelesaian RAN Jitu dan Penggunaan Komersial NodeEngine Pertama dalam Industri Perkasa Transformasi Digital

ZTE Corporation
2021-03-08 07:47 2349

SHENZHEN, China, 8 Mac 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengeluarkan Kertas Putih Penyelesaian RAN Jitu bagi tujuan penaiktarafan ekonomi digital dan Kertas Putih Teknologi NodeEngine bersama-sama China Mobile untuk transformasi digital taman perindustrian serta penggunaan komersial NodeEngine yang pertama dalam industri.

Dengan tema pemerkasaan industri jitu, persidangan pelancaran RAN Jitu ZTE & NodeEngine telahpun diadakan secara dalam talian. Di persidangan ini, wakil-wakil daripada perusahaan yang terkemuka dalam industri seperti Xinfengming Group (salah satu pengeluar terbesar dalam industri poliester) dan China Southern Power Grid, berkongsi pencapaian terkini dalam penaiktarafan digital berbantu 5G dalam internet industri dan industri kuasa, memberi tumpuan pada transformasi digital, pembangunan aplikasi 5G dan ekologi industri.

RAN Jitu Bantu Bina Asas Ekonomi Digital

Ekonomi digital kini menerajui trend. Pembinaan infrastruktur baharu merupakan pemacu teras pembangunan ekonomi digital yang berterusan. 5G telah menjadi enjin yang penting bagi infrastruktur baharu. Sebagai pembina jalan untuk ekonomi digital, ZTE memberi tumpuan pada tiga bidang teknologi: rangkaian utama, awan jitu dan pemerkasaan rangkaian dan platform serta membuka jalan untuk penaiktarafan industri dengan inovasi, kebijaksanaan dan kesabaran bagi memperkasa semua industri untuk mempercepatkan transformasi digital mereka dan menyuntik 5G ke dalam industri sebagai pembina jalan ekonomi digital.

Aplikasi dalam industri vertikal mempunyai keperluan yang pelbagai, melibatkan media, kuasa, perlombongan, pengangkutan, rawatan perubatan, pendidikan dan banyak lagi bidang lain. Rangkaian telekomunikasi perlu menyediakan pengalaman perkhidmatan terbeza dan berketentuan serta memberi jaminan prestasi yang utama dari segi kependaman, keandalan dan kelajuan. Berlatarbelakangkan hal ini, ZTE mencadangkan Penyelesaian RAN Jitu. Melalui perancangan jitu, penghirisan jitu, pengenalpastian jitu, penjadualan hitu, pengukuran jitu dan O&M jitu, RAN Jitu dapat memperuntukkan sumber tanpa wayar yang paling munasabah dan fungsi tanpa wayar yang paling sesuai untuk aplikasi 5G dalam industri vertikal, seraya dapat memberi jaminan perkhidmatan yang tepat dan penggunaan sumber tanpa wayar yang cekap serta menyediakan asas kukuh untuk perkhidmatan 5G dalam pelbagai industri.

NodeEngine Percepatkan Transformasi Digital Taman

Dalam menghadapi gelombang masa depan transformasi digital perusahaan berskala besar, mempercepatkan pembinaan taman pintar menjadi satu keutamaan tertinggi. ZTE melancarkan penyelesaian NodeEngine, yang dijangka dapat membantu perusahaan untuk menyetempatkan aplikasi digital dengan kos dan masa seminimum mungkin dengan menyediakan pengasingan dan perlindungan perkhidmatan, menyelaraskan keupayaan QoS, kedudukan berketepatan tinggi dan pengurusan layan diri.

Di samping itu, penyelesaian berkenaan memastikan keselamatan maklumat pengeluaran perusahaan dan mewujudkan rangkaian pintar dan atas-permintaan setempat yang berorentasikan aplikasi vertikal untuk operator dan perusahaan, seraya mempercepatkan inkubasi aplikasi 5G di taman perindustrian dan menggalakkan transformasi digital serta proses penaiktarafan taman perindustrian.

Pada tahun 2019, ZTE, Xinfengming Group dan China Mobile bersama-sama menggunakan penyelesaian digital 5G menyeluruh di kilang pintar 5G di Wilayah Zhejiang, China, termasuk aplikasi seperti robot pemeriksaan 5G dengan visi mesin 8K berasaskan AI, AGV 5G tanpa pemandu, pengawasan vido HD panorama dan sebagainya.

Tambahan pula, ketiga-tiga pihak telah berjaya mencapai penggunaan komersial NodeEngine yang pertama dalam industri baru-baru ini bagi merealisasikan penggunaan pesat rangkaian persendirian dengan kos yang rendah sekali gus menjamin keselamatan data. Dalam masa yang sama, portal O&M setempat NodeEngine boleh digunakan untuk melihat kualiti rangkaian pada masa sebenar agar dapat mencapai pengurusan dan kawalan yang fleksibel. Ini dapat meningkatkan keupayaan pengurusan pengeluaran untuk perusahaan dan meningkatkan kecekapan pengeluaran serta pengurusan dan kawalan kualiti produk.

Kilang pintar 5G ini telah memenangi hadiah pertama dalam pertandingan aplikasi 5G terbesar China "Blooming Cup" daripada antara 3731 projek. Xinfengming Group, diperkasakan oleh 5G, membina sepenuhnya sebuah ekosistem, yang terdiri daripada Internet, gentian kimia dan koordinasi empat-rantaian (rantaian industri, rantaian bekalan, rantaian perkhidmatan dan rantaian nilai). Ini dapat menyokong dengan pantas pelaksanaan rancangan penggandaan kapasiti perusahaan. Dalam tiga tahun yang lalu, jumlah kapasiti telah meningkat dua kali ganda kepada 10 juta tan setahun. Pada tahun 2025, kapasiti komprehensif akan meningkat kepada 20 juta tan setahun.

Pada masa kini, 5G telah memasuki peringkat integrasi dan inovasi yang penting. Trend kolaborasi pelbagai pihak termasuk operator telekomunikasi, vendor peralatan dan industri vertikal telahpun muncul. ZTE komited untuk menjadi pembina jalan menuju ekonomi digital dan akan terus mengukuhkan laluan ke arah penaiktarafan industri untuk semua rakan industri dan bekerjasama dengan rakan kongsinya dalam mendepani era baharu transformasi digital yang komprehensif bagi ekonomi dan masyarakat.

Berikut merupakan pautan untuk mengakses Kertas Putih NodeEngine:
https://res-www.zte.com.cn/mediares/zte/Files/PDF/white_book/202102251538.pdf

Berikut merupakan pautan untuk mengakses Kertas Putih Penyelesaian RAN Jitu:
https://res-www.zte.com.cn/mediares/zte/Files/PDF/white_book/202103050922.pdf

Hubungan Media:
Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services