omniture

Casio Bakal Lancar G-SHOCK Aloi Titanium Serba Baharu

CASIO COMPUTER CO., LTD
2021-03-11 00:06 311

Kemasan Luaran Tingkatkan Kecantikan Bahan

Jam Tangan Istimewa dengan Bezel dan Tali Jam Bersadur Ion Pelbagai Warna

TOKYO, 10 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran GMW-B5000TR, penambahan baharu kepada jam tangan tahan hentakan siri 5000 logam penuh segi empat sama yang diperbuat daripada aloi titanium baharu yang dibangunkan khusus untuk G-SHOCK.

GMW-B5000TR
GMW-B5000TR

Komponen luaran GMW-B5000TR menggunakan aloi titanium baharu daripada jenama titanium reka bentuk TranTixxii™. Selaras dengan semangat Casio yang tidak berbelah bahagi terhadap bahan-bahan canggih untuk G-SHOCK, aloi titanium baharu tersebut dibangunkan bersama Nippon Steel Corporation sepanjang tempoh enam tahun menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Aloi istimewa ini memberikan kira-kira dua kali ganda kekerasan titanium tulen, namun masih mempunyai sifat-sifat ringan, antikakisan dan hipoalergenik yang sama. Kekerasan yang cukup kuat ini memungkinkannya untuk menghasilkan kemasan cermin yang setanding dengan keluli tahan karat pada titanium, yang biasanya sukar diproses dengan cara ini. Hasilnya ialah G-SHOCK titanium pertama dengan bezel dan tali jam kemasan cermin.

Sifat-sifat sama yang memungkinkan kemasan cermin seakan-akan keluli tahan karat juga memberikan keekspresian baharu yang menonjolkan kecantikan penyaduran ion. Casio memanfaatkan teknologi bahan canggih ini bagi mencipta jam tangan logam penuh yang pertama dengan penyaduran ion pelbagai warna. Bekas jam bersadur ion emas mengimbangi penyaduran ion polikromatik untuk segmen individu pada tali jam dan butang dengan warna merah, kelabu cerah dan gelap, berserta lebih banyak emas, selain biru gelap yang baru dihasilkan, menerapkan model logam ini dengan keceriaan reka bentuk G-SHOCK. Muka jam pelbagai warna memberi penambahan kepada rasa menonjol.

GMW-B5000TR dilengkapi dengan fungsi Smartphone Link bagi tujuan pelarasan waktu automatik, waktu dunia dan banyak lagi fungsi yang mudah digunakan. Reka bentuk yang inovatif disertai dengan sifat praktikalnya yang luar biasa, hasil daripada sistem kuasa Casio Tough Solar asli, penerimaan gelombang radio Berbilang Jalur 6 (Multiband 6) dan lampu belakang LED automatik sepenuhnya.


TranTixxii™

Jenama titanium yang bersama-sama dibangunkan oleh Nippon Steel Corporation dan syarikat-syarikat rakan kongsi, bahan titanium TranTixxii™ menekankan sifat-sifat estetik unggul yang dihasilkan dengan mengaplikasikan teknologi pembangunan bahan Nippon Steel telah terkumpul dalam perniagaan pengeluaran kelulinya. Nippon Steel ialah pengeluar ketiga terbesar di dunia bagi keluli mentah dan pengeluar keluli terbesar di Jepun.

Tanda kata Tran Tixxii™ ialah cap dagang NIPPON STEEL CORPORATION dan sebarang penggunaan tanda berkenaan oleh Casio Computer Co., Ltd. mendapat kebenaran.

Laman sesawang rasmi G-SHOCK: https://world.g-shock.com/

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Mining/Metals Retail New products/services