omniture

Sydney Alu-alukan Satu Lagi Ikon - Hamilton

Destination New South Wales
2021-03-18 05:54 148

SYDNEY, 18 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Hamilton ialah salah satu muzikal yang paling banyak mendapat pujian pengkritik dan berjaya pada zaman kita. Sejak julung kali diperkenalkan pada tahun 2015, muzikal yang memenangi Anugerah Tony®, Grammy®, Olivier dan Hadiah Pulitzer ini telah menjual lebih 2.6 juta tiket, dipersembahkan di teater ikonik bermula dengan Broadway New York sehinggalah West End. London. Setakat Mac 2021, fenomena global ini hanya akan dipersembahkan di satu lokasi – Sydney's Lyric Theatre

 

Sydney ialah ibu kota New South Wales, Australia yang meriah. Pusat kepada Panggung Opera Sydney dan Jambatan Pelabuhan Sydney yang ikonik, Bandar Pelabuhan yang luar biasa ini terkenal dengan keindahan alam semula jadinya, tempat menjamu selera bertaraf dunia, hiburan malam hari yang meriah, warisan berbilang budaya dan seni serta pertunjukan acara yang beraneka dan mengujakan, menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang dicari-cari di seluruh dunia. Amat bertepatan apabila bandar raya global ini kini mengatur pentasnya untuk menganjurkan ikon dunia teater muzikal – Hamilton. 

Mengulas mengenai Sydney sebagai bandar tuan rumah bagi tayangan perdana Australia, penerbit asal Hamilton Jeffrey Seller berkata: "Sydney merupakan cahaya sinaran dan matahari terbit kami. Sydney menonjolkan apa yang saya harapkan akan menjadi kelahiran semula teater dan Hamilton di seluruh dunia. Terima kasih kepada Sydney, kami dapat membuka tirai Hamilton mengikut jadual seperti yang telah kami rancangkan sejak lebih 3 tahun yang lalu bersama Michael Cassel Group."

Hamilton akan dibuka tirainya pada Mac ini di Sydney Lyric Theatre dengan 2,000 tempat duduk yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Australia. Dimiliki oleh Keluarga pengasas Foundation Theatres, Sydney Lyric Theatre ialah tempat utama bagi pertunjukan teater muzikal NSW.

Pelakon teater berbakat dan pelbagai seramai 35 orang terdiri daripada pelakon tempatan Sydney Chloe Zuel, yang melakonkan watak Eliza Hamilton. Tiket untuk pertunjukan tersebut terdapat hampir setiap malam dalam seminggu, dengan pertunjukan secara berturutan dipersembahkan pada hujung minggu, untuk sepanjang musim tersebut mulai Mac 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW Steve Cox berkata: "Kami sangat berbangga kerana Hamilton dibuka secara eksklusif di Sydney pada bulan ini – bukti selanjutnya bahawa Sydney bukan sahaja salah sebuah bandar paling hebat di dunia, tetapi juga tempat tumpuan yang popular ketika ini. Ini merupakan cara yang hebat untuk Sydney menunjukkan kepada dunia bahawa kami mula beroperasi, mengalu-alukan pengunjung dan benar-benar mendepani tahun 2020-an yang hebat."

Hamilton akan dibuka tirainya di Sydney Lyric Theatre mulai 17 Mac 2021.

Catatan untuk editor 
Video sedia dimuat turun
di sini*
*
Penghargaan yang diperlukan: Tayangan Perdana Hamilton Australia kini ditayangkan di Sydney Lyric Theatre di Sydney, Australia 

Untuk maklumat lanjut, kunjungi  www.visitnsw.com.   

Kongsikan percutian Sydney dan NSW kegemaran anda di media sosial menggunakan tagar #LoveNSW atau #NewSouthWales.  

Kunjungi Media Sosial NSW   
 
Twitter Sydney #ilovesydney #LoveNSW @sydney_sider  
Twitter NSW #LoveNSW #NewSouthWales @NewSouthWales  
Instagram Sydney #ilovesydney #LoveNSW @sydney  
Instagram NSW #LoveNSW #NewSouthWales @VisitNSW  
Facebook Sydneyfacebook.com/sydney #ilovesydney #LoveNSW  
Facebook NSWfacebook.com/visitnsw #LoveNSW #NewSouthWales   

Sila ikuti perkembangan terkini mengenai nasihat kesihatan Kerajaan NSW yang terbaharu berhubung COVID-19 dan perjalanan dalam NSW, di sini.

 

Source: Destination New South Wales
Keywords: Entertainment Music Travel New products/services