omniture

Raoul Wallenberg Institute of Human Rights and Humanitarian Law Ambil Tindakan Lindungi Hak Asasi Manusia daripada Risiko Alam Sekitar

Raoul Wallenberg Institute
2021-03-19 14:56 207

JAKARTA, Indonesia, 17 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Raoul Wallenberg Institute of Human Rights and Humanitarian Law (RWI) menyeru agar kemerosotan alam sekitar dianggap sebagai isu hak asasi manusia. Ini berlaku selepas laporan oleh institusi berpangkalan di Sweden mendapati bahawa masalah seperti pencemaran udara dan bencana yang berkaitan dengan perubahan iklim semakin menjejaskan kehidupan orang ramai.

Prosperous and Green in the Anthropocene: The human right to a healthy environment in Southeast Asia
Prosperous and Green in the Anthropocene: The human right to a healthy environment in Southeast Asia

Siri penerbitan terkini RWI bertajuk 'Makmur dan Hijau dalam Antroposen: Hak asasi manusia terhadap persekitaran yang sejahtera di Asia Tenggara' ('Prosperous and Green in the Anthropocene: The human right to a healthy environment in Southeast Asia') mendapati bahawa Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) terjejas teruk akibat impak daripada perubahan iklim dan penyusutan sumber alam semula jadi.

Didapati bahawa 39% daripada penduduk bergantung pada biojisim pepejal seperti kayu api, arang dan sisa pertanian untuk memasak di rumah - kebergantungan yang berlebihan mengakibatkan 3.8 juta kematian setiap tahun ekoran pencemaran udara dalaman yang disebabkan oleh pembakaran biojisim pepejal dan peningkatan kadar kanser peparu dalam kalangan wanita.

"Bencana alam yang semakin teruk dan pencemaran yang semakin meningkat lebih ketara di Asia Tenggara. Kami melancarkan siri penerbitan ini bagi mengatasi cabaran sosial-ekologi yang belum pernah terjadi sebelum ini, kepentingan hak asasi manusia dan kesaksamaan gender agar kami dapat berganding bahu untuk menangani cabaran ini," kata Victor Bernard, Pegawai Program di RWI.

Bersama-sama ASEAN, negara-negara di rantau ini mengaplikasikan rangka dasar baharu, yang terdiri daripada udara, air dan sanitasi yang bersih, iklim yang selamat, sistem makanan yang mampan, persekitaran tidak beracun, ekosistem yang sejahtera dan kepelbagaian bio, bagi meminimumkan impak alam sekitar ke atas individu, khususnya kumpulan yang rentan.

Negara-negara Asia Tenggara telah mula mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi hak asasi manusia dan kesaksamaan gender dalam menghadapi bahaya alam sekitar. Sebagai contoh, memperkenalkan langkah-langkah dan sistem perundangan bagi melindungi wanita, kanak-kanak, masyarakat orang asli dan komuniti kurang upaya yang lebih terdedah kepada risiko alam sekitar. Namun begitu, masih banyak yang boleh dilakukan.

Selain daripada rangka dasar ini, laporan RWI - ditulis oleh 11 peguam dan penyelidik dasar - menyeru pelbagai langkah yang lebih luas termasuk peningkatan penglibatan langsung bersama komuniti bagi menangani isu alam sekitar melalui sokongan dalam talian dan media sosial.

Memimpin melalui teladan, RWI kini menjalankan kempen kesedaran alam sekitar dengan kerjasama Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia.

Kempen tersebut melibatkan pempengaruh serantau Martin Anugrah, Hessel Steven dan Wilda Octaviana, yang menjemput generasi muda secara maya untuk melindungi hak asasi manusia dan meningkatkan kemampanan melalui amalan harian.

Akses Siri Penerbitan tersebut DI SINI

Hubungan Media: 

Yudha Pratama
yudha.pratama@rwi.lu.se
+6227092823

Victor Bernard
victor.bernard@rwi.lu.se
+6227092823

Source: Raoul Wallenberg Institute
Keywords: Environmental Products & Services