omniture

AWE2021 dibuka, mulakan dekad baharu kehidupan pintar

Appliance and Electronics World Expo
2021-03-24 13:15 69

BEIJING, 24 Mac 2021 /PRNewswire/ -- AWE2021 dibuka di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC), Hongqiao, Shanghai, China pada 23-25 Mac 2021. Di bawah tema "Pintarkan Masa Depan" ("Smartize the Future"), ia memaparkan sepenuhnya inovasi terkini daripada industri perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global serta kehidupan pintar saling hubung dalam era digital dengan skalanya yang belum pernah terjadi sebelum ini, senarai pempamer yang mantap serta puluhan ribu produk dan penyelesaian yang mempunyai teknologi canggih dan reka bentuk bergaya.

AWE2021
AWE2021

Meliputi kawasan seluas 150,000 meter persegi, AWE2021 menghimpunkan hampir seribu pempamer dari dalam dan luar negara termasuk syarikat-syarikat berpengaruh antarabangsa seperti Gaggenau, Miele, GE Appliances, Bosch, Siemens, Fisher & Paykel, Panasonic, Sony, Sharp, AEG, Gorenje, ASKO, SMEG, Whirlpool, Hitachi, Philips, Laurastar, 3M, Pentair, Westinghouse dan Shark, nama-nama besar domestik seperti Haier, Hisense, TCL, Skyworth, Konka, Meling, Gree, Aux, Fotile, Robam, Vatti, Vanward, Macro, Galanz, Joyoung, Supor, Lexy, Ecovacs, Meida, Golden Home, Marssenger, Sanfer, HEGII, Airmate dan Flyco, syarikat-syarikat gergasi teknologi dan syarikat-syarikat IoT unikorn seperti JD.com, Flytek, 360, Tuya, Topband, Ayla, Xingluo Technology, Aispeech dan SoundAI serta pembekal-pembekal komponen dan bahan utama seperti LGD, CSOT, GMCC & Welling, Jiaxipera, Nidec, Donper, Highly, Schott, Higasket dan Saite.

Pertunjukan Malam Strim Langsung AWE akan dilancarkan di Tmall, JD.com dan Kuaishou mulai jam 19:00 hingga 22:00 pada 23 Mac 2020. Ia diwujudkan bagi memacu penggunaan melalui penjualan strim langsung. Dengan beratus-ratus perusahaan bersiaran secara langsung serentak, presiden-presiden perusahaan akan mengesyorkan perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna terbaik kepada pengguna bersama-sama selebriti, selebriti internet dan selebriti strim langsung.

AWE2021 adalah lebih daripada sekadar pameran teknologi. Ia melambangkan permulaan dekad serba baharu untuk AWE, suatu era baharu berciri digital dan pintar untuk industri perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global serta kehidupan saling hubung pintar masa depan buat pengguna.

Jiang Feng, Presiden Eksekutif bagi penganjur AWE China Household Electrical Appliances Association berkata, AWE akan mengekalkan dedikasinya untuk memajukan pertumbuhan industri perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna yang berkualiti tinggi serta melakukan inovasi bersama-sama rakan-rakan kongsinya di seluruh dunia dalam era digital. Ia akan menyediakan produk inovatif dan penyelesaian kehidupan pintar buat pengguna bagi mewujudkan kehidupan penuh kebahagiaan dan menawarkan kebijaksanaan serta penyelesaian China kepada industri perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global.

Source: Appliance and Electronics World Expo
Keywords: Computer/Electronics Retail Trade show news