omniture

Di AlUla, ahli arkeologi temui bukti terawal tentang seekor anjing yang dibela jinak di Arab

Royal Commission for AlUla for Saudi Arabia
2021-03-26 17:16 30

- Penyelidikan perintis mentarikhkan tulang kanin yang dijumpai di kawasan perkuburan barat laut Arab Saudi sekitar tahun 4000 dan 4200 SM

- Kerja lapangan menunjukkan penduduk purba di wilayah ini adalah lebih kompleks daripada yang dipercayai sebelum ini, dengan pelbagai perkuburan yang berusia melebihi ratusan tahun dalam monumen yang dibina dengan jelas bagi menandakan landskap tersebut

ALULA, Arab Saudi, 26 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Sepasukan ahli arkeologi di barat laut Arab Saudi telah menemui bukti terawal tentang pembelajinakan anjing oleh penduduk purba di wilayah ini.

 

This burial site in a badlands area of AlUla in north-west Saudi Arabia is currently rare for Neolithic-Chalcolithic Arabia in being built above-ground and meant to be visually prominent.
This burial site in a badlands area of AlUla in north-west Saudi Arabia is currently rare for Neolithic-Chalcolithic Arabia in being built above-ground and meant to be visually prominent.

 

Penemuan ini diperoleh daripada salah satu projek peninjauan dan penggalian arkeologi berskala besar di wilayah yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU).

Para penyelidik menjumpai tulang anjing tersebut di tapak perkuburan yang merupakan salah satu daripada makam monumental terawal yang dikenal pasti di Arab dan dianggarkan sezaman dengan makam seumpamanya yang terletak di sebelah utara di Levant.

Bukti menunjukkan bahawa penggunaan terawal makam ini adalah pada sekitar tahun 4300 SM dan dijadikan kawasan pengebumian sekurang-kurangnya selama 600 tahun semasa era Neolitik Kalkolitik – suatu petunjuk bahawa penduduk mungkin berkongsi memori tentang orang, tempat dan hubungan sesama mereka.

"Penemuan kami akan merevolusikan cara kita melihat zaman seperti zaman Neolitik di Timur Tengah. Untuk memiliki memori sebegitu, mereka mungkin telah mengetahui selama ratusan tahun tempat ahli keluarga mereka dikebumikan – sesuatu yang belum pernah didengar pada zaman ini di rantau ini," kata Melissa Kennedy, Penolong Pengarah Arkeologi Udara Kerajaan Arab Saudi (Aerial Archaeology in the Kingdom of Saudi Arabia, AAKSAU) – projek AlUla.

"AlUla telah menyedarkan kita betapa pentingnya ia dalam sejarah perkembangan manusia di Timur Tengah," kata Pengarah AAKSAU, Hugh Thomas.

Ini merupakan bukti terawal seekor anjing yang dibela jinak di Arab yang dianggarkan berusia sekitar 1,000 tahun yang lalu.

Penemuan ini diterbitkan dalam 'Journal of Field Archeology' (Jurnal Lapangan Arkeologi).

Pasukan projek tersebut yang mengandungi ahli dari Arab Saudi dan antarabangsa memfokuskan usaha mereka terhadap dua buah tapak perkuburan pada milenia ke-4 dan ke-5 SM dan berjarak 130 kilometer antara keduanya, satu di tanah tinggi gunung berapi dan satu lagi di tanah usang yang gersang. Tapak-tapak tersebut terletak di atas permukaan tanah dan diletakkan agar ia terlihat secara maksimum, sesuatu yang unik bagi zaman tersebut dalam sejarah Arab.

Pasukan penyelidik mengesan tapak-tapak tersebut dengan menggunakan imej satelit dan kemudiannya melalui fotografi udara yang diambil daripada helikopter. Kerja di lapangan bermula pada akhir tahun 2018.

Di tapak tanah tinggi gunung berapi inilah, 26 serpihan tulang daripada seekor anjing berserta tulang daripada 11 orang manusia – enam orang dewasa, seorang remaja dan empat orang kanak-kanak telah ditemui.

Tulang anjing tersebut menunjukkan tanda-tanda artritis yang mencadangkan bahawa haiwan itu telah hidup bersama manusia pada usia pertengahan atau tua.

Setelah mengumpul tulang-tulang tersebut, pasukan itu kemudian perlu menentukan bahawa tulang-tulang tersebut adalah daripada seekor anjing dan bukannya daripada haiwan yang serupa seperti serigala padang pasir.

Ahli arkeologi zoo untuk pasukan tersebut, Laura Strolin berjaya menunjukkan bahawa ia memang seekor anjing dengan menganalisis satu tulang khusus daripada kaki kiri depan haiwan tersebut. Lebar tulang ini adalah 21.0 mm yang berada dalam julat saiz anjing purba Timur Tengah yang lain. Sebagai perbandingan, serigala pada zaman itu dan di kawasan tersebut mempunyai kelebaran antara 24.7 hingga 26 mm untuk tulang yang sama.

Tulang anjing tersebut berusia sekitar 4000 dan 4200 SM.

Seni batu yang ditemui di wilayah ini menunjukkan bahawa penduduk Neolitik menggunakan anjing ketika memburu kambing gurun, keldai liar dan haiwan lain.

Kerja lapangan tersebut telah menemui artifak lain yang menarik perhatian seperti loket induk mutiara berbentuk daun di lokasi tanah tinggi gunung berapi dan manik karnelian yang dijumpai di tapak tanah usang yang gersang.

Para penyelidik menjangkakan lebih banyak penemuan pada masa hadapan sebagai hasil tinjauan besar-besaran dari udara dan di atas tanah serta pelbagai penggalian yang disasarkan di wilayah AlUla yang dijalankan oleh AAKSAU dan pasukan lain yang beroperasi di bawah naungan Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU). Pasukan AAKSAU diketuai oleh para penyelidik daripada University of Western Australia di Perth, Australia.

Para penyelidik mendapati bahawa AlUla merupakan sebuah kawasan yang luas yang masih belum diterokai di satu sudut dunia ini dan mempunyai warisan arkeologi yang kaya dengan nilai global yang diiktiraf.

"Artikel daripada usaha RCU di AlUla ini menjadi penanda aras. Terdapat banyak lagi yang akan ditemui sementara kami merungkai warisan arkeologi yang kaya dan luas di kawasan ini," kata Rebecca Foote, Pengarah Arkeologi dan Penyelidikan Warisan Budaya RCU.

Aspek lain tentang aktiviti arkeologi yang intensif di AlUla akan didedahkan dalam rancangan baharu Discovery Channel iaitu Architects of Ancient Arabia yang akan melakukan debut pada 31 Mac.

Ini mencerminkan komitmen Suruhanjaya Diraja AlUla untuk menonjolkan sejarah dan warisan wilayah ini serta mengubah AlUla menjadi muzium hidup terbesar di dunia, sejajar dengan objektif Wawasan 2030 Arab Saudi.

Tentang AlUla
Terletak sejauh 1,100km daripada Riyadh di barat laut Arab Saudi, AlUla merupakan tempat warisan manusia dan alam semula jadi yang luar biasa. Kawasan yang besar ini meliputi keluasan 22,561 km² yang terdiri daripada sebuah lembah oasis yang subur, pergunungan batu pasir yang menjulang tinggi serta tapak warisan budaya purba yang wujud sejak ribuan tahun dahulu.

Tapak yang paling terkenal dan diiktiraf di AlUla ialah Hegra iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama di Arab Saudi. Hegra ialah sebuah bandar purba seluas 52 hektar dan merupakan bandar selatan yang utama bagi Kerajaan Nabata serta mempunyai hampir 100 makam yang terpelihara dengan baik dengan fakad terperinci yang dipotong menjadi singkapan batu pasir. Penyelidikan semasa menunjukkan bahawa Hegra merupakan kota kara Empayar Rom yang paling selatan setelah penaklukan Nabata pada tahun 106 SM.

Selain Hegra, AlUla memiliki sejumlah tapak-tapak bersejarah dan arkeologi yang menarik seperti: Dadan Purba, ibu negara Kerajaan Dadan dan Lihyan, yang dianggap sebagai salah sebuah bandar milenia pertama SM yang termaju di Semenanjung Arab; ribuan tapak dan inskripsi seni batu purba; dan stesen Kereta Api Hijaz.

Tentang Suruhanjaya Diraja AlUla
Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) ditubuhkan oleh dekri diraja pada bulan Julai 2017 untuk memelihara dan membangunkan AlUla, sebuah wilayah yang mempunyai alam semula jadi yang luar biasa dan budaya yang signifikan di Barat Laut Arab Saudi. Pelan jangka panjang RCU menggariskan pendekatan yang bertanggungjawab, lestari dan sensitif terhadap pembangunan bandar dan ekonomi yang mengekalkan warisan semula jadi dan bersejarah di kawasan ini di samping menjadikan AlUla sebagai lokasi yang menarik untuk didiami, bekerja dan dilawati. Ini mencakup pelbagai inisiatif yang merangkumi arkeologi, pelancongan, kebudayaan, pendidikan dan seni yang mencerminkan komitmen untuk memenuhi kepelbagaian ekonomi, pemerkasaan komuniti tempatan dan keutamaan pemeliharaan warisan dari program Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi.

Usaha pembangunan RCU yang lain
Selama tiga tahun kebelakangan ini, RCU telah menjalankan usaha pembangunan yang lain dengan pelbagai rakan kongsi di seluruh dunia. Ini termasuk meningkatkan kapasiti sebanyak 300 peratus di lapangan terbang AlUla dan membina Maraya iaitu sebuah tempat persidangan dan hiburan pelbagai kegunaan yang memenangi anugerah. Maraya, sebuah bangunan bercermin terbesar di dunia dan mempunyai 500 tempat duduk, telah menganjurkan acara-acara istimewa global seperti Persidangan Nobel Laureates Hegra dan Winter di festival kebudayaan Tantora yang menampilkan barisan artis seperti Andrea Bocelli dan Lang Lang. Selain itu, projek hospitaliti istimewa yang diumumkan sebelum ini juga merangkumi pembangunan resort-resort mewah melalui kerjasama dengan Accor, Habitas, Aman dan Jean Nouvel.

 

Twenty-six fragments of a dog’s bones were found at a burial site in the basalt volcanic uplands of AlUla in north-west Saudi Arabia, along with bones from 11 humans. Dated at circa 4200 to 4000 BCE, this is the earliest known domesticated dog in Arabia.
Twenty-six fragments of a dog’s bones were found at a burial site in the basalt volcanic uplands of AlUla in north-west Saudi Arabia, along with bones from 11 humans. Dated at circa 4200 to 4000 BCE, this is the earliest known domesticated dog in Arabia.

 

 

An AlUla rock art panel shows two dogs hunting an ibex, surrounded by cattle. The weathering patterns and superimpositions visible on this panel indicate a late Neolithic age for the engravings, within the date range of the burials at the recently excavated burial sites.
An AlUla rock art panel shows two dogs hunting an ibex, surrounded by cattle. The weathering patterns and superimpositions visible on this panel indicate a late Neolithic age for the engravings, within the date range of the burials at the recently excavated burial sites.

 

 

An AlUla rock art panel shows two dogs hunting an ibex, surrounded by cattle. The weathering patterns and superimpositions visible on this panel indicate a late Neolithic age for the engravings, within the date range of the burials at the recently excavated burial sites.
An AlUla rock art panel shows two dogs hunting an ibex, surrounded by cattle. The weathering patterns and superimpositions visible on this panel indicate a late Neolithic age for the engravings, within the date range of the burials at the recently excavated burial sites.

 

 

This mother-of-pearl pendant, found at a Neolithic-Chalcolithic burial site in the basalt volcanic uplands of AlUla in north-west Saudi Arabia, is leaf-shaped with a single pierced hole and incised decoration. As yet, no direct parallels of that era have been identified for the pendant in north-west Arabia.
This mother-of-pearl pendant, found at a Neolithic-Chalcolithic burial site in the basalt volcanic uplands of AlUla in north-west Saudi Arabia, is leaf-shaped with a single pierced hole and incised decoration. As yet, no direct parallels of that era have been identified for the pendant in north-west Arabia.

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1473491/image_1_1.jpg?p=medium600  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1473492/image_2_1.jpg?p=medium600  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1473493/image_3_1.jpg?p=medium600  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1473494/image_4_1.jpg?p=medium600  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1473495/image_5_1.jpg?p=medium600

Source: Royal Commission for AlUla for Saudi Arabia
Keywords: Art Entertainment Sports Animals/Pets Outdoors/Camping/Hiking