omniture

Komposer Filem Hollywood Mark Chait Mulakan Perjalanan "Pencarian Muzik sepanjang Jalan Puisi" di Zhejiang


Zhejiang People's Broadcasting Station Music FM
Zhejiang Provincial Department of Culture and Tourism
2021-03-29 07:51 158

HANGZHOU, China, 29 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Komposer filem Hollywood Mark Chait akan memulakan perjalanan "Searching for Music along Poetry Road" ("Pencarian Muzik sepanjang Jalan Puisi") di Zhejiang. Tahun ini, Chait akan menggubah sebuah simfoni berasaskan landskap budaya daripada empat "Jalan Puisi". Sebaik sahaja lagu tersebut dilancarkan, para pemuzik dari seluruh dunia akan berkolaborasi dalam persembahan dalam talian ini.

Projek "Pencarian Muzik sepanjang Jalan Puisi" dibangunkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Zhejiang dan dijangka berlangsung hampir selama setahun. Sepanjang tempoh ini, Chait akan mengembara menuju empat "Jalan Puisi" bagi memperoleh ilmu pengetahuan mengenai budaya Shangshan (10000-8400 tahun dari sekarang), Kuahuqiao (8000-7000 tahun dari sekarang), Hemudu (7000-6000 tahun dari sekarang) dan Liangzhu (5300-4300 tahun dari sekarang) yang mendalam. Beliau akan mengalami warisan budaya tak ketara seperti Opera Selatan dan Yue, celadon dan teh serta mendengar bunyi ombak di Tasik Barat dan juga Sungai Qiantang dan Nanxi. Inspirasi yang dikumpul sepanjang perjalanan tersebut akan dirangkumkan dalam sebuah simfoni yang berjudul "Picturesque Zhejiang" ("Zhejiang yang Indah"). Sebuah dokumentari dengan nama yang sama, Searching for Music along Poetry Road, akan merakamkan perjalanan Chait dalam mencari ilham.

Sebagai pemenang Anugerah Emmy yang berprestij dan Anugerah Telly sebanyak tiga kali, Chait telah mencipta banyak penggubahan yang terkenal di dunia. The Power of One, judul lagu Pokemon 2000 Warner Bros merupakan lagu terkenal carta Billboard selama lapan minggu. Penuh harapan untuk menghasilkan muzik yang mengadunkan antara unsur Barat dan Cina.

COVID-19 telah membawa kepada berakhirnya komunikasi secara bersemuka antara negara-negara. Walau bagaimanapun, menurut Xu Peng, Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Zhejiang, muzik boleh dianggap sebagai bahasa yang tidak mengenal sempadan dan melangkaui sebarang bentuk batasan geografi yang wujud. Penggubahan ini akan membantu lebih ramai orang mempelajari mengenai China serta Zhejiang dan akhirnya menjadikannya sebagai destinasi pelancongan mereka yang seterusnya.

Hasil pemikiran Chait yang diperoleh daripada pengembaraan beliau hadir dalam bentuk simfoni khususnya untuk Zhejiang yang kemudiannya akan dipersembahkan kepada dunia. Pada peringkat ini, Chait akan mempersembahkan lagu tersebut di lokasi utama Zhejiang. Para pemuzik yang terkenal akan diundang untuk berkolaborasi dalam persembahan di lokasi-lokasi di Eropah, Amerika Utara, Asia Timur dan Australia, bagi menawarkan acara muzik dalam talian bertaraf antarabangsa untuk mempersembahkan "Picturesque Zhejiang" ke seluruh pelosok dunia.

 

Source:
Zhejiang People's Broadcasting Station Music FM
Zhejiang Provincial Department of Culture and Tourism
Keywords: Entertainment Music Travel