omniture

Globe pelopori data sebagai mata wang di Filipina

Globe Telecom
2021-03-30 12:38 376

MANILA, Filipina, 30 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat telekomunikasi Filipina yang terkemuka, Globe memperkenalkan inovasi yang pertama dalam pasaran, GB (gigabait) kepada Mata, semasa Festival Inovasi Globe yang pertama. Ciri ini disediakan untuk pelanggan mudah alih dan jalur lebar Globe, yang membolehkan gigabait data pelanggan yang tidak digunakan ditukarkan kepada mata Globe Rewards.

Globe Rewards ialah program kesetiaan syarikat telekomunikasi ini yang tiada tandingan yang dapat digunakan untuk membeli barang keperluan seperti makanan, barangan runcit, produk telekomunikasi, malah perkakasan dan menderma kepada pertubuhan kebajikan. Globe Rewards sangat popular di negara ini memandangkan rakyat Filipina menggunakan mata mereka sebagai wang tunai untuk mengatasi kesan akibat pandemik COVID-19.

Ini memberi lebih nilai untuk wang baik kepada pelanggan mudah alih mahupun jalur lebar kerana dengan "data sebagai mata wang", tiada data pelanggan yang tidak digunakan akan disia-siakan.

"Impak daripada pandemik di negara ini adalah sangat besar. Maka, kami mencipta semula cara rakyat Filipina menggunakan data mereka kerana kami percaya inilah masa yang terbaik untuk membantu pelanggan kami yang telahpun terumbang ambing akibat daripada krisis ini. Ini dapat membantu melanjutkan nilai sebenar untuk apa yang dibayar oleh mereka," kata Issa Guevarra-Cabreira, Timbalan Ketua Pegawai Komersial Globe.

Biarpun pelanggan Prabayar berpeluang mendapat 1 mata untuk setiap GB yang ditukarkan, pelanggan Pascabayar akan berpeluang menukarkan 1GB kepada 10 mata Globe Rewards. Begitu juga dengan pelanggan Globe At Home Prepaid WiFi yang dapat menukarkan 3GB kepada 3 mata Globe Rewards.

"Data boleh ditukarkan kepada mata pada bila-bila masa dalam tempoh sah promosi atau sebelum tarikh penggalan pelan tersebut. Penukaran data yang tidak digunakan kepada mata Globe Rewards boleh dilakukan menggunakan aplikasi Globe One," tambah Guevarra-Cabreira.

Mata Globe Rewards boleh digunakan di lebih 13,000 gedung untuk membeli belah, menjamu selera, hiburan, pelancongan dan produk Globe di seluruh negara.

Pelanggan boleh menggunakan mata Globe Rewards untuk membeli belah di Lazada, memesan makanan daripada GrabFood, menonton filem Korea menggunakan Viu, malah bermain permainan melalui pin Razer Gold.

"Pelanggan boleh menonton video, bermain permainan, membeli belah secara dalam talian, malah membeli insurans tanpa perlu berbelanja, kesemuanya dalam keselamatan di rumah mereka. Terdapat dunia yang lebih besar untuk diterokai dengan Globe Rewards yang dicipta semula," kata Guevarra-Cabreira.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Globe, kunjungi www.globe.com.ph.

Latar Belakang Globe Telecom 

Globe Telecom, Inc. ialah syarikat telekomunikasi khidmat-penuh yang terkemuka di Filipina dan disenaraikan secara terbuka dalam Bursa Saham Filipina dengan simbol saham GLO. Syarikat ini menampung keperluan telekomunikasi dan teknologi pengguna serta perniagaan mencakupi seluruh suit produk dan perkhidmatan termasuk perkhidmatan mudah alih, tetap, jalur lebar, sambungan data, internet dan perkhidmatan terurus. Ia mempunyai kepentingan yang besar dalam teknologi kewangan, penyelesaian pemasaran digital, pendanaan modal usaha niaga untuk syarikat pemula dan penjagaan kesihatan maya. Pada tahun 2019, Globe menjadi penandatangan United Nations Global Compact, komited untuk melaksanakan prinsip-prinsip kemampanan sejagat. Prinsipalnya ialah Ayala Corporation dan Singtel, peneraju-peneraju industri yang diiktiraf di dalam negara dan wilayah ini. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.globe.com.ph. Ikuti @enjoyglobe di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Source: Globe Telecom
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services