omniture

Pameran Perabot Terkenal Antarabangsa ke-45 (Dongguan) Labuh Tirai dengan Catatan Rekod Baharu Pengunjung

International Famous Furniture Fair (Dongguan)
2021-03-31 13:04 210

DONGGUAN, China, 31 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Menampilkan 10 dewan pameran untuk lebih daripada 1,500 jenama di kawasan berkeluasan 770,000 meter persegi, Pameran Perabot Terkenal Antarabangsa ke-45 (Dongguan) ("Dongguan 3F" atau "3F"), telah melabuhkan tirai untuk pameran terkininya, yang diadakan mulai 15-19 Mac di Pusat Pameran Antarabangsa Moden Guangdong di Dongguan, yang mencatatkan rekod baharu dengan 192,551 pengunjung secara keseluruhan. 

45th International Famous Furniture Fair (Dongguan)("Dongguan 3F" or "3F") closes with new record of visitors: 192,551 visitors in total.
45th International Famous Furniture Fair (Dongguan)("Dongguan 3F" or "3F") closes with new record of visitors: 192,551 visitors in total.

Banyak pempamer mengambil bahagian dalam acara tahun ini seperti Ashley, Treca, Magniflex, DeRUCCI, COOMO dan Lacquer Craft, yang telah mempamerkan koleksi kelengkapan rumah yang lengkap di ruang pameran mereka. Sementara itu, beberapa pempamer bukan sahaja membawa penyelesaian baharu, tetapi juga konsep baharu kelengkapan rumah kepada pengunjung.

Chen Sheng, Naib Presiden SCIHOME, pembuat sofa profesional di China berkata bahawa sorotan utama pameran syarikat tahun ini adalah untuk menyediakan penyelesaian sehenti dengan menggabungkan portfolio produk yang berbeza secara fleksibel. Syarikat berkenaan mewujudkan empat barisan pengeluaran pada tahun 2020 untuk perniagaan kelengkapan rumahnya yang disesuaikan dan bersepadu serta merancang untuk menambah empat lagi barisan pengeluaran pada tahun 2021 memandangkan ia telah menyaksikan potensi pasaran ini.

Huang Haitao, Pengarah Pemasaran Rongfeng International Home Furnishing berkata syarikat telah mempersembahkan idea kelengkapan rumah bersepadu yang baharu dengan menampilkan ruang pamerannya seperti pameran seni untuk jenamanya CITYNEST.

Selain daripada mengalu-alukan sejumlah besar peserta yang pelbagai dan bersemangat sepanjang acara selama lima hari tersebut, Dongguan 3F turut mengadakan beberapa forum dan aktiviti untuk memfokuskan reka bentuk termasuk sebuah upacara untuk Golden Wing Award. Anugerah berkenaan diwujudkan bagi meraikan kejayaan dan pencapaian dalam industri perabot China, memperjuangkan kuasa reka bentuk sebagai enjin yang memacu pembangunan industri ini. Lapan anugerah utama dan dua puluh anugerah sub-item diumumkan di upacara berkenaan yang diadakan pada 16 Mac lalu. Golden Wing Award tahun ini dianugerahkan kepada Horizon Shanghai Expocasa, yang turut memenangi anugerah emas bagi Reka Bentuk Produk Cemerlang dalam kategori Kabinet.

Dongguan 3F diadakan untuk menghubungkan rantaian bekalan huluan dan hiliran bagi mempamerkan pelbagai jenis jenama dan produk daripada seluruh industri ini. Sebagai acara definitif bagi industri kelengkapan rumah Cina, ia juga merupakan platform yang paling penting untuk peluang penyumberan perabot di negara ini. Pameran seterusnya akan diadakan di Dongguan mulai 18-21 Ogos 2021. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://jul.gde3f.com/ 

Hubungan Media

Jabatan Antarabangsa
+86-0769-85989921
fbf@gde3f.com

Source: International Famous Furniture Fair (Dongguan)
Related Links:
Keywords: Construction/Building Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards Trade show news