omniture

HI-NANO: Teknologi baharu Hisense nyahaktif COVID-19 dengan kadar sehingga 93.54%

Hisense
2021-03-31 15:22 225

PARIS, 31 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Teknologi HI-NANO Hisense diperakui berkesan untuk merangsang novel coronavirus (SARS-CoV-2) dengan kadar perencatan 93.54% oleh Texcell, sebuah organisasi penyelidikan kontrak global. Ujian telah dijalankan di makmal Texcell di Paris pada Februari 2021. Selain itu, turut disahkan oleh kumpulan pengujian yang terkemuka di dunia SGS, HI-NANO dapat menghapuskan dengan berkesan lebih 99.37% virus influenza H1N1 dalam tempoh 2 jam dalam kebuk 30 m3. Sebagai sebuah syarikat teknologi yang bertanggungjawab, Hisense (000921.SZ) bermatlamat untuk menghasilkan udara yang sihat dan bersih kepada pengguna di seluruh dunia.

Texcell has verified the inhibitory effect on the novel coronavirus (SARS-CoV-2) of Hisense’s HI-NANO technology.
Texcell has verified the inhibitory effect on the novel coronavirus (SARS-CoV-2) of Hisense’s HI-NANO technology.

Teknologi HI-NANO Hisense menyahaktif virus dan bakteria

Penjana ion HI-NANO ialah teknologi yang dibangunkan sendiri oleh Hisense yang telah diaplikasikan dalam banyak siri produk penyamanan udara Hisense termasuk Fresh Master, Silentium Pro, Energy Pro, New Energy, Easy Smart, Wingsand dan sebagainya.

Ia menghasilkan ion dwi kepekatan tinggi sehingga 1 juta/ cm3. Bakteria dan virus kehilangan aktivitinya selepas diserap oleh ion dwi yang mengakibatkan kesan perencatan.

Kekuatan HI-NANO:

  • Kecekapan tinggi: HI-NANO membebaskan dua hingga tiga kali ganda bilangan ion apabila dibandingkan dengan penjana ion biasa. Prestasi penghapusan virus dengan kadar penyingkiran 90% dalam tempoh sejam dan 99% dalam tempoh dua jam telah disahkan.
  • Keselamatan dan tidak berbahaya: ia hanya menghasilkan separuh daripada ozon (0.007mg/m3) dibandingkan dengan penjana ion biasa yang mengakibatkan sedikit mudarat terhadap alam sekitar.
  • Tahan lama: Penjana tersebut dapat mengekalkan prestasi berkualiti tinggi selama 20 tahun.

Penyaman udara Fresh Master Hisense yang dilengkapi dengan teknologi HI-NANO boleh didapati di Itali, Jerman, Sepanyol, Portugal, Belanda, Serbia, Ukraine, Rusia, Romania, Poland dan Denmark tidak lama lagi pada Mei 2021.

Hisense Fresh Master air conditioner equipped with HI-NANO technology is to go on sale in multiple European markets in May 2021.
Hisense Fresh Master air conditioner equipped with HI-NANO technology is to go on sale in multiple European markets in May 2021.

Sebagai sebuah syarikat teknologi dipacu inovasi, Hisense menginovasikan siri penyaman udaranya dengan ciri-ciri berteknologi tinggi seperti penghapusan virus, penyegaran udara, pengurangan hingar dan bantuan tidur yang dapat memenuhi permintaan individu. Hisense dapat mencapai 5.15 juta unit jualan penyamanan udara global pada tahun 2020 yang menduduki tempat ketujuh. Ia telah menjadi salah satu jenama penyaman udara paling laris terjual di seluruh dunia.

Teknologi mesra alam diaplikasikan bagi mengurangkan emisi gas rumah hijau 

Hisense berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan produk pembersihan udara yang canggih kepada pelangganya, di samping turut memberi tumpuan untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau demi persekitaran atmosfera yang lebih baik.

Pembangunan teknologi mesra alam Hisense dalam produk penyaman udara:

  • Penambahbaikan teknologi penyongsang DC penuh 3D dapat mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak lebih daripada 30%.
  • Dengan bahan penyejuk R32 dan R290 rendah karbon diaplikasikan pada produk, emisi karbon dioksida global dapat dikurangkan dengan berkesan sehingga 1.16 juta tan.

Hisense is committed to creating a better living environment for everyone around the globe.
Hisense is committed to creating a better living environment for everyone around the globe.

Hisense percaya bahawa teknologi dapat memberi impak penting dalam melindungi udara yang kita kongsikan dan memastikannya sihat dan bersih buat semua. Hisense komited untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih baik buat semua orang di serata dunia.

Source: Hisense
Related Stocks:
OTC:HNKLY Shenzhen:000921
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control New products/services Survey, Polls & Research