omniture

TCS memulakan Hala Tuju Jenama Baharu untuk Memperkasakan Pertumbuhan Masa Depan yang Dijana Transformasi

Tata Consultancy Services
2021-03-31 20:09 1

Pernyataan Jenama Baharu oleh Tata Consultancy Services, 'Building on Belief', Meletakkan Pengalamannya yang Luas dalam Transformasi Bermatlamat sebagai Kekuatan di Sebalik Kisah Jenamanya 

NEW YORK dan MUMBAI, India, 31 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Tata Consultancy Services (TCS) (BSE: 532540, NSE: TCS), penyedia perkhidmatan IT global terkemuka serta organisasi perundingan & penyelesaian perniagaan, hari ini memperkenalkan pernyataan jenamanya yang baharu, 'Building on Belief',(Dibina atas Kepercayaan) bagi melancarkan misinya dan menjalin hubungan dengan pelanggan ketika ia memulakan pertumbuhan seterusnya yang bermatlamatkan transformasi.

Visi baharu jenama ini menekankan peranan aktif dan kolaboratif yang dimainkan oleh TCS dalam kerjasamanya dengan pelanggan untuk jangka masa yang panjang, memanfaatkan pengetahuan kontekstual, pelaburan dalam penyelidikan dan inovasi serta kepakaran teknologi untuk membantu mereka berkembang dan mencapai matlamat transformasi. Ia juga mencerminkan kepercayaan TCS bahawa bersama-sama dengan para pelanggannya, ia dapat mempergunakan pengetahuan kolektif untuk berinovasi demi mencorakkan masa depan yang lebih baik untuk individu, komuniti dan planet ini.

"Setiap perjalanan inovasi dan transformasi bermula dengan kepercayaan bahawa ia akan menjadikan dunia ini lebih baik," kata Rajesh Gopinathan, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TCS."Kami bekerjasama dengan pelanggan kami untuk merealisasikan kepercayaan dan tujuan tersebut. Ia menggambarkan kami sebagai sebuah organisasi dan cita-cita kami yang berani ketika memulakan pertumbuhan pada dekad seterusnya." 

'Building On Belief', melambangkan janji jenama berdasarkan beberapa kekuatan teras TCS yang sedia dimaklumi untuk merealisasikan pendekatan jangka panjang berdasarkan satu tujuan yang memberi manfaat kepada pelanggan melalui keluasan jangkauan dan penglibatan yang berterusan; inovasi dan pandangan yang strategik, lestari dan bertanggungjawab serta keupayaan untuk memanfaatkan pengetahuan kolektif bagi mewujudkan penyelesaian bermatlamatkan teknologi untuk impak yang transformatif dan boleh diukur.

"Kami telah bekerjasama dengan pelanggan kami selama beberapa dekad dengan matlamat yang sama untuk - memanfaatkan kuasa inovasi, pengetahuan dan teknologi bagi mengubah perniagaan," kata Rajashree R, Ketua Pegawai Pemasaran TCS"Pernyataan tujuan dan artikulasi jenama baharu ini membuka jalan kepada kami untuk berinteraksi dengan pelanggan sebagai rakan kongsi pertumbuhan serta transformasi mereka dan menyatukan kuasa pengetahuan kontekstual dan kepakaran kami untuk membantu mereka menguasai perjalanan transformasi tersebut. Kami teruja untuk membawakan artikulasi baharu jenama ini kepada pelanggan, rakan sekutu kami dan semua pemegang taruh yang lain."

Pada bulan Januari, laporan oleh Brand Finance mendapati bahawa nilai jenama TCS meningkat sebanyak $1.4 bilion pada tahun 2020, secara tahunan; pertumbuhan nilai jenama yang tertinggi dalam perkhidmatan IT. TCS juga termasuk dalam 3 jenama perkhidmatan IT terbaik di dunia dan merupakan jenama yang paling pesat berkembang dalam industri sejak sedekad yang lalu (2010-2020). Dalam tempoh yang sama, TCS telah dipilih sebagai Superbrand di AS kerana reputasi jenamanya dan turut dipilih sebagai Superbrand di UK.

Untuk maklumat lanjut tentang artikulasi dan tujuan jenama baharu, sila klik di sini: https://www.tcs.com/buildingonbelief

Tentang Tata Consultancy Services (TCS) 

Tata Consultancy Services ialah sebuah organisasi penyelesaian perniagaan, perundingan dan IT yang telah bekerjasama dengan kebanyakan perniagaan terbesar di dunia dalam perjalanan transformasi mereka sejak 50 tahun yang lalu. TCS menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan berasaskan perundingan, dikuasakan secara kognitif dengan portfolio perniagaan, teknologi dan kejuruteraan yang bersepadu. Ini disampaikan melalui model Location Independant Agile™ yang unik, yang diiktiraf sebagai penanda aras kecemerlangan dalam pembangunan perisian.

Sebagai sebahagian daripada kumpulan Tata yang merupakan kumpulan perniagaan multinasional terbesar di India, TCS mempunyai lebih 469,000 perunding terlatih yang terbaik di dunia di 46 buah negara. Syarikat tersebut telah menjana pendapatan gabungan sebanyak USD22 bilion pada tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2020 dan disenaraikan di BSE (sebelum ini dikenali sebagai Bursa Saham Bombay) dan NSE (Bursa Saham Nasional) di India. Pendirian proaktif TCS tentang perubahan iklim dan usahanya dengan komuniti yang memenangi anugerah di seluruh dunia telah menempatkannya pada kedudukan utama dalam Indeks Kelestarian Dow Jones (Dow Jones Sustainability Index, DJSI), Indeks Kelestarian Global MSCI dan Indeks Memuncul FTSE4Good. Untuk maklumat lanjut, sila lawati kami di www.tcs.com.

Hubungan media TCS: 

Asia Pasifik

E-mel: charlene.lee@tcs.com | Telefon: +65 9138 4370

Australia dan New Zealand

E-mel: kelly.ryan@tcs.com | Telefon: +61 422 989 682

Benelux

E-mel: joost.galema@tcs.com | Telefon: +31 615 90387

Kanada

E-mel: tia.thomas@tcs.com| Telefon :+ 1 647 790 7602

Eropah

E-mel: mattias.afgeijerstam@tcs.com | Telefon: +46 723 989 188

India

E-mel: arushie.sinha@tcs.com | Telefon: +91 22 6778 9960

E-mel: saxena.kritika@tcs.com| Telefon: +91 22 6778 9999

Jepun

E-mel: douglas.foote@tcs.com | Telefon: +81 80-2115-0989

Amerika Latin

E-mel: martin.karich@tcs.com | Telefon: +569 6170 9013

Timur Tengah & Afrika

E-mel: s.hasneen@tcs.com | Telefon: +971567471988

Negara-negara Utara

E-mel: roland.bagen@tcs.com | Telefon: +46 70 317 80 24

UK

E-mel: peter.devery@tcs.com | Telefon: +44 20 3155 2421

Amerika Syarikat / Kanada

E-mel: william.thomas@tcs.com | Telefon: +1 203-984-3978

Semua kandungan / maklumat yang ada di sini adalah hak milik eksklusif Tata Consultancy Services Limited (TCS). Kandungan / maklumat yang terkandung di sini adalah benar pada masa ia diterbitkan. Tiada bahan di sini yang boleh disalin, diubah suai, dikeluarkan semula, diterbitkan semula, dimuat naik, dihantar, disiar atau diedarkan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada TCS. Penggunaan kandungan / maklumat tanpa kebenaran yang dipaparkan di sini boleh melanggar hak cipta, tanda dagangan dan undang-undang lain yang berkuat kuasa dan boleh mengakibatkan penalti jenayah atau sivil.

Hak Cipta © 2021 Tata Consultancy Services Limited 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1477373/TCS_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Tata Consultancy Services
Related Stocks:
Bombay:532540
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications