3D Printing Sentiment Index Tahunan Menunjukkan Peningkatan Dalam Pelaksanaan dan Kematangan Percetakan 3D
UTRECHT, Belanda, 1 April 2021 /PRNewswire/ -- Penyelidikan terkini daripada sebuah kajian global menunjukkan pelaksanaan percetakan 3D dan kecanggihan kes penggunaannya meningkat pada tahun 2020. Pandemik ini memberi inspirasi kepada jurutera inovatif di seluruh dunia untuk menerapkan pembaharuan yang tidak dijangka dan penggunaan berinspirasi untuk percetakan 3D bagi memastikan kesinambungan perniagaan. 2021 3D Printing Sentiment Index telah diumumkan hari ini oleh Ultimaker, peneraju global dalam percetakan 3D profesional. Penyelidikan yang dikendalikan oleh firma penyelidikan bebas, Savanta ini, menyediakan pandangan komprehensif tentang potensi semasa dan masa depan untuk percetakan 3D dalam dua belas pasaran utama di seluruh dunia yang merangkumi pelbagai bidang dan profesion yang paling luas termasuk pendidikan. Tinjauan ini dijalankan di Amerika Syarikat, Mexico, United Kingdom, Jerman, Perancis, Switzerland, Itali, Belanda, China, Jepun, Korea Selatan dan Australia.
Pelaburan yang diperlukan
Penyelidikan baharu ini menunjukkan bahawa kesedaran tentang percetakan 3D meningkat di seluruh dunia kepada 71%. Kesedaran di China adalah yang tertinggi (84%), diikuti oleh Switzerland (83%), Belanda (76%) dan AS (76%). Sentimen keseluruhan tentang percetakan 3D juga adalah positif: 65% daripada responden yang tahu tentang percetakan 3D, percaya ia akan menjadi teknologi yang meluas dalam industri mereka dalam tempoh lima tahun akan datang (peningkatan sebanyak 7%). Ini berpadanan dengan peningkatan dalam keutamaan: lebih suku daripada responden (27%) menyatakan percetakan 3D adalah keutamaan pelaburan (peningkatan sebanyak 7% berbanding Indeks sebelumnya) dan hampir separuh (49%) percaya ia akan menjadi suatu fungsi penting perniagaan.
Pada masa ini, pelaksanaan percetakan 3D adalah tertinggi di A.S., U.K., Jerman dan Perancis. Mexico juga sedang mengalami peningkatan; yang berkemungkinan disebabkan oleh banyak peluang penyumberan luaran daripada negara-negara jiran di Amerika Utara. Antara jutaan penggunanya, plastik dan polimer ialah bahan yang paling lazim digunakan, dengan penggunaan PETG (Polietilena Tereftalat Glikol), PET (Polietilena Tereftalat) dan PETT (Polietilena Tereftalat Trimetilena Bersama) meningkat sebanyak 31% (peningkatan sebanyak 4%).
Secara keseluruhan, indeks tersebut mendedahkan A.S, U.K. dan Jerman mempunyai harapan tertinggi untuk melaksanakan pembuatan bahan tambahan dan memanfaatkan peluangnya. Kedudukan negara-negara lain adalah seperti berikut:
1. Amerika Syarikat |
4. Perancis |
7. Jepun |
10. Belanda |
2. United Kingdom |
5. China |
8. Korea Selatan |
11. Itali |
3. Jerman |
6. Mexico |
9. Switzerland |
12. Australia |
Butiran lebih lanjut tentang peringkat negara boleh didapati di sini.
Kesukaran memupuk kreativiti
Walaupun 1 daripada 3 perniagaan yang ditinjau kini menggunakan percetakan 3D, namun ia hanya diterapkan sepenuhnya dalam kurang daripada 1 dalam 10 perniagaan. Ini memberi peluang besar untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan penggunaan yang lebih tinggi. Pandemik COVID-19 ini berkemungkinan mendorong penggunaannya kerana pencetakan 3D terbukti menjadi alternatif yang boleh dipercayai untuk inovasi dan pembuatan tempatan yang pantas. Oleh itu, kematangan penggunaan meningkat pada tahun 2020, dengan syarikat-syarikat berkembang daripada sebuah pasukan kecil menggunakan teknologi (Tahap Juara) kepada aplikasi yang dilaksanakan dengan baik, kadang-kadang bahkan di seluruh perniagaan, yang menunjukkan ROI yang boleh diukur (Tahap Pusat Kecekapan meningkat sebanyak 3% dan Tahap Penerapan Sepenuhnya meningkat sebanyak 2%).
Selain itu, kes penggunaan percetakan 3D telah menjadi lebih maju kerana syarikat-syarikat berusaha untuk meneruskan operasi perniagaan mereka di tengah-tengah cabaran yang sedang berlaku. Kes penggunaan ini membantu para jurutera di seluruh dunia untuk menyokong rantaian bekalan yang terganggu dengan cara yang inovatif. Hasilnya, 55% daripada perniagaan yang menggunakan percetakan 3D menghasilkan alat-alat ganti penggunaan akhir dan hampir tiga suku digunakan untuk menghasilkan peralatan, mengoptimumkan organisasi bengkel dan memperkemas logistik. Prototaip berkurang sebanyak 8%, namun kekal sebagai penggunaan yang paling biasa bagi percetakan 3D.
"Para pengeluar di seluruh dunia perlu melakukan penyesuaian dengan pantas apabila pandemik ini mengubah rantaian bekalan mereka. Dari inovasi prototaip hingga ke mencetak peralatan mereka sendiri untuk memastikan mesin terus berjalan, mereka yang berfikiran terbuka menyesuaikan secara paling berkesan. Hal ini benar-benar menunjukkan cara hebat para inovator di seluruh dunia berusaha keras untuk memastikan kesinambungan perniagaan, pengeluaran dan kehidupan seharian walaupun terdapat cabaran luaran. Kemungkinan untuk percetakan 3D benar-benar tiada penghujungnya, oleh itu amat menarik untuk melihat penyelesaian hebat daripada pereka dan jurutera. Kami amat berbangga kerana Ultimaker membantu perniagaan memastikan kesinambungan walaupun menghadapi kesukaran, melalui penerapan percetakan 3D," kata Jürgen von Hollen, Ketua Pegawai Eksekutif Ultimaker.
Cabaran
Meskipun percetakan 3D mendorong hasil yang positif semasa pandemik ini, masih terdapat halangan yang melambatkan pelaksanaannya secara meluas. Walaupun halangan ini lebih rendah sedikit berbanding tinjauan pada tahun 2020, keupayaan operasi (67%), pengetahuan pekerja (65%) dan membina kes perniagaan yang kukuh (40%) masih membataskan syarikat dalam meneroka peluang-peluang. Keupayaan operasi yang paling membimbangkan syarikat adalah percetakan yang lebih laju, penyepaduan dengan kaedah dan perisian sedia ada (ekosistem) serta kebolehpercayaan/ketepatan cetakan tersebut.
Tentang penyelidikan
Kajian ini dijalankan secara dalam talian oleh Savanta pada bulan Disember 2020 yang lalu. Sampel ini meliputi 2,525 orang profesional yang terdiri daripada 1,692 orang profesional yang tahu tentang teknologi tersebut, daripada dua belas buah negara: Amerika Syarikat, Mexico, United Kingdom, Jerman, Perancis, Switzerland, Itali, Belanda, China, Jepun, Korea Selatan dan Australia serta melengkapkan tinjauan tersebut. Para profesional mewakili semua peringkat perniagaan, serta pelbagai industri, termasuk tetapi tidak terhad kepada penjagaan kesihatan, pembuatan, seni bina dan automotif.
Ultimaker
Ditubuhkan pada tahun 2011, Ultimaker menawarkan penyelesaian terbuka dan mudah digunakan yang terdiri daripada pencetak 3D, perisian dan bahan-bahan yang membolehkan para pereka dan jurutera profesional mengubah kaedah perkilangan mereka. Ia membolehkan mereka berinovasi walau di mana mereka berada dan pada bila-bila masa sambil kekal fleksibel untuk bertindak balas terhadap permintaan pasaran. Lebih 400 orang pekerja bekerjasama untuk mempercepat peralihan dunia kepada perkilangan digital.
Infografik - https://mma.prnasia.com/media2/1476460/3d_printing_infographic.jpg?p=medium600