omniture

Yili Labur dalam Pengembangan Signifikan Pengeluaran Mentega New Zealand Berkualiti Tinggi untuk Pasaran Pengguna Global

Yili Group
2021-04-01 14:13 98

HOKITIKA, New Zealand, 1 April 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat gergasi tenusu bertaraf global, Yili (Shanghai:600887) melabur sebanyak $NZ40 juta untuk menggandakan kapasiti pengeluaran mentega pengguna premium di kilang Westland Dairy Company Limited (Westland) miliknya di Pantai Barat New Zealand.

Pelaburan ini akan mentransformasikan keupayaan kilang Hokitika yang sebahagian besarnya merupakan pengeluar mentega komoditi pukal kepada kilang yang mempunyai kapasiti yang ditingkatkan dengan ketara bagi menghasilkan produk untuk pasaran pengguna global bernilai tinggi.

Yili Drives Full Upgrade of New Zealand’s Westland
Yili Drives Full Upgrade of New Zealand’s Westland

Sejak mengambil alih Westland pada tahun 2019, Yili telah mengintegrasikan sepenuhnya syarikat tersebut ke dalam rangkaian globalnya, memberi akses kepada Westland terhadap sumber, saluran pasaran, teknologi dan pendanaan yang luas. Pelaburan daripada projek Goldrush Yili mentransformasikan sistem pengeluaran, pempakejan serta pergudangan Westland dan akan meningkatkan kapasiti pengeluaran mentega pengguna tahunan sehingga 42,000 tan, bagi menggandakan kapasiti semasanya.

Berpangkalan di salah sebuah negara pengeluar mentega yang utama di dunia, Westland telah membina reputasi yang disegani bagi kemahiran pengeluaran produk yang berkualiti tinggi. Ia menjejaki sejarah pembuatan menteganya sejak tahun 1893 apabila syarikat-syarikat akhirnya menjadi sebahagian daripada Westland hari ini yang mana syarikat-syarikat tersebut mula menggunakan kaedah Fritz Churn tradisional untuk menghasilkan mentega berkualiti tinggi dengan rasa yang lazat dan warna keemasan yang tersendiri.

Lebih 95 peratus daripada susu Westland hanya diperoleh daripada lembu yang diberi makan rumput asli yang dilepas untuk meragut di padang rumput di salah satu kawasan tadahan tenusu yang paling unik di dunia. Kawasan ini mempunyai curahan hujan tahunan yang tinggi dan dianggap sebagai persekitaran ladang tenusu yang bersih. Susu yang diberi makan rumput diketahui kaya dengan asid lemak politaktepu Omega-3, asid linoleik berkonjugat dan nutrien lain.

Mentega masin dan tanpa garam Westgold telah dianugerahkan pingat emas di New Zealand Champions of Cheese Awards tahunan sebanyak tiga kali, yang terkini adalah pada tahun 2021. Mentega keluaran Westgold dan Westland kini dijual di lebih daripada 20 negara termasuk China, Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan New Zealand.

Westland Premium Ranch on the West Coast of New Zealand
Westland Premium Ranch on the West Coast of New Zealand

Sebagai salah satu daripada 5 syarikat tenusu terbaik di dunia dan peneraju dalam bidang makanan berkhasiat di Asia, Yili berdedikasi untuk memanfaatkan sumber berkualiti tertinggi dari seluruh dunia bagi memenuhi keperluan pengguna. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Yili telah memberi tumpuan yang ditingkatkan untuk memperluaskan kehadirannya di Asia Tenggara. Syarikat melancarkan ais krim Joyday, AMBPOMIAL Greek Yoghurt di Indonesia dan Singapura serta mengambil alih Chomthana, syarikat ais krim yang terbesar di Thailand, dengan rancangan untuk mengukuhkan dan memberi nafas baharu kepada Cremo, sub-jenama Chomthana. Penaiktarafan Westland bakal membawakan pengguna Asia Tenggara dengan pilihan produk tenusu yang baharu dan berkualiti, sebagai sebahagian daripada usaha Yili untuk memperluaskan akses Westland ke pasaran global dan kesungguhan Yili untuk memperluaskan pasaran Asia Tenggara.

Ketika Yili meneruskan pengembangan antarabangsanya, syarikat ini terus berdedikasi untuk memastikan kerjasama yang saling memberi manfaat bersama kesemua rakan kongsinya, bergantung pada strategi "pemikiran global dan pengurusan setempat" untuk membawa lebih banyak produk berkualiti tinggi kepada pengguna global, meneruskan matlamat "Dunia Perlu Berkongsi Kesihatan" dan menggalakkan pembangunan ekonomi serta kemakmuran setiap pasaran di tempat ia beroperasi.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Banking/Financial Service Food/Beverages Corporate Expansion Financing agreements