BEIJING, 12 April 2021 /PRNewswire/ -- Laporan daripada CCTV+:
Beberapa platform China Media Group mula menyiarkan "The War in the Shadows" pada hari Jumaat, episod akhir daripada tetralogi yang dikeluarkan oleh China Global Television Network (CGTN) yang membabadkan perang menentang keganasan di Wilayah Berautonomi Uygur Xinjiang di barat laut China.
Ia menayangkan penderitaan penduduk Xinjiang yang melalui kehidupan akibat keganasan di wilayah ini, mengungkap cerita-cerita dalaman di sebalik perjuangan selama berdekad.
"The war in the shadows: Challenges of fighting terrorism in Xinjiang (Perang dalam bayangan: Cabaran menentang keganasan di Xinjiang)" – mendedahkan pemikiran pelampau dan cabaran yang dihadapi oleh usaha China dalam menangani keganasan di dalam dan luar Xinjiang. Filem ini memakan masa 55 minit dan mengandungi empat bahagian: "The network (Rangkaian)," "Enemies within (Musuh dalam selimut)," "The textbooks (Buku teks)," dan "The black hands (Tangan-tangan hitam)."
Mengandungi sejumlah besar wawancara eksklusif dan rakaman yang ditayangkan buat pertama kalinya, dokumentari ini menggunakan fakta-fakta untuk menyangkal pembohongan negara-negara barat mengenai "anti keganasan berlebihan" dan "genosid" di Xinjiang.
Ia mendedahkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh gerakan pelampau dan pemisah yang termasuk "Orang Talam Dua Muka" dalam kalangan pegawai-pegawai tinggi, serta bagaimana muzik dan video yang menyokong keganasan keras dan menghasut kebencian etnik meresap ke wilayah ini. Selain itu, ia juga menceritakan kesukaran yang telah dihadapi oleh pegawai-pegawai polis selama berdekad.
"Walaupun sudah tiada kes keganasan keras di Xinjiang dalam tempoh empat tahun yang lalu, media Barat masih belum menghentikan serangan memburuk-burukkan terhadap Xinjiang. Melalui dokumentari baharu ini, kami sangat berharap dapat menggunakan sikap tenang dan objektif untuk meneliti sejarah, untuk membantu dunia memahami kebenaran insiden keganasan keras di Xinjiang dari pelbagai peringkat," kata Han Bin, ketua pengarah "The War in the Shadows".
Zhou Weiping, penyelidik dengan Institut Kajian Sempadan Cina di bawah Akademi Sains Sosial Cina berkata, "Melalui usaha keras para pegawai dan penduduk di Xinjiang, wilayah ini menyaksikan tiada insiden keganasan keras dalam tempoh empat tahun lalu, yang sangat sukar dicapai. Dan keutamaan dokumentari terbaharu ini ialah untuk memaklumkan dunia dan orang ramai tentang sebab kami menentang keganasan di Xinjiang, yang sangat bermakna."
Ribuan serangan pengganas dari tahun 1990 hingga 2016 telah membunuh sebilangan besar orang yang tidak bersalah dan beratus pegawai polis di Xinjiang.
Pautan video: https://youtu.be/0km8LuzDgy8