omniture

Jepun Memiliki Pasport yang Paling Berkuasa tetapi Hanya Dalam Dunia Pasca Pandemik

Henley & Partners
2021-04-13 16:00 34

LONDON, 13 April 2021 /PRNewswire/ -- Ketika pelaksanaan program vaksinasi semakin meningkat di negara-negara tertentu, pembukaan semula perjalanan antarabangsa adalah bukan lagi sesuatu yang mustahil. Keputusan terkini daripada Henley Passport Index — kedudukan asal semua pasport di dunia mengikut bilangan destinasi yang boleh diakses oleh para pemegangnya tanpa visa terlebih dahulu — memberi pemahaman eksklusif tentang kemungkinan berlakunya kebebasan perjalanan pasca pandemik apabila negara-negara di seluruh dunia telah mula membuka sempadan mereka secara terpilih kepada pelawat antarabangsa.

Tanpa mengambil kira sekatan perjalanan akibat Covid-19 yang sementara dan semakin meningkat, Jepun berada kukuh pada kedudukan tempat pertama dalam indeks tersebut — berdasarkan data eksklusif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) — dengan para pemegang pasport Jepun boleh mengakses 193 buah destinasi di seluruh dunia tanpa visa secara teori. Singapura kekal berada pada tempat ke-2, dengan skor sebanyak 192 buah destinasi tanpa visa/visa semasa ketibaan, manakala Jerman dan Korea Selatan sekali lagi berkongsi tempat ke-3, masing-masing dengan akses ke 191 buah destinasi.

Seperti yang ditunjukkan dalam kebanyakan sejarah 16 tahun indeks ini, sebahagian besar daripada 10 kedudukan teratas adalah dipegang oleh negara-negara EU. Kedua-dua UK dan AS terus berdepan dengan kedudukan pasport yang semakin merosot sejak mereka menduduki tempat teratas pada tahun 2014, kini sama-sama berkongsi tempat ke-7, dengan skor sebanyak 187 buah destinasi tanpa visa/visa semasa ketibaan.

Keputusan terkini tersebut menunjukkan jurang yang terbesar dalam kebebasan perjalanan sejak indeks tersebut dimulakan pada tahun 2006, dengan para pemegang pasport Jepun dapat mengakses lebih 167 destinasi berbanding warganegara Afghanistan yang hanya boleh mengunjungi 26 buah destinasi di seluruh dunia tanpa memerlukan visa terlebih dahulu.

Walaupun terdapat pergerakan yang amat kecil dalam Henley Passport Index bagi lima suku tahunan yang lalu sejak penularan Covid-19, dengan menyoroti sejarah indeks ini dapat mendedahkan beberapa dinamik menarik dalam dekad yang lalu. Suku kedua tahun 2021 menyaksikan China membuat peningkatan tertinggi berbanding dekad yang lalu buat pertama kalinya. Kedudukan China telah meningkat sebanyak 22 anak tangga daripada tempat ke-90 sejak tahun 2011 dengan skor sebanyak 40 buah destinasi tanpa visa/visa semasa ketibaan kepada tempat ke-68 dengan skor sebanyak 77 buah destinasi. Walau bagaimanapun, UAE yang terus menunjukkan peningkatan yang menakjubkan merupakan kisah perubahan yang paling luar biasa dalam indeks tersebut. Pada tahun 2011, UAE menduduki tempat ke-65 dengan skor sebanyak 67 buah destinasi tanpa visa/visa semasa ketibaan, tetapi kini ia menduduki tempat ke-15 dengan skor 174 buah destinasi melalui usaha berterusan yang dilakukannya bagi mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara-negara di seluruh dunia.

Dr. Christian H. Kaelin, Pengerusi Henley & Partners dan merupakan pencipta kepada konsep indeks pasport ini menyatakan bahawa tahun lalu telah menunjukkan tiada kerajaan yang sempurna — malah negara-negara yang amat berkuasa dan terkaya di dunia turut menghadapi kesukaran — serta banyak negara gagal melindungi rakyat mereka. "Walaupun tiada siapa yang menjangkakan tahap mobiliti akan kembali kepada ketika pra-pandemik dalam masa terdekat, namun harapan pada masa sekarang sudah pasti adalah lebih besar berbanding beberapa bulan yang lalu. Kedudukan terkini ini menjadi peringatan bahawa pemulihan dan pembangunan ekonomi adalah bergantung pada mobiliti global, termasuk kebebasan perjalanan peribadi serta kuasa pasport yang tidak boleh diambil lewa."

Memandang ke hadapan terhadap perkara yang bakal berlaku dalam tahun 2021, para pakar mengulas dalam Laporan Mobiliti Global S2 2021 yang dikeluarkan oleh Henley & Partners pada hari ini, mencadangkan bahawa kemampuan menyesuaikan diri dan responsif adalah amat penting bagi kelangsungan kehidupan dan kejayaan masa hadapan. Dr. Parag Khanna, Pengasas dan Rakan Kongsi Pengurusan FutureMap menyatakan bahawa pada separuh kedua tahun ini akan menyaksikan jutaan orang akan dibenarkan melakukan perjalanan semula. "Pola peralihan migrasi di dunia pasca-Covid (apabila berlaku) akan menjadi tidak linear dan mungkin tidak dapat diramalkan. Ia akan mencerminkan realiti dunia terhadap pelbagai krisis yang bakal berlaku, daripada pandemik hinggalah kepada perubahan iklim dan polarisasi politik. Negara-negara yang menghadapi tekanan fiskal serta kekurangan pekerja mahir dan pelaburan akan berusaha untuk menarik dan merekrut semua orang daripada usahawan permulaan yang dapat merangsang inovasi hinggalah kepada para doktor dan jururawat yang boleh meningkatkan perkhidmatan kesihatan awam. Perang global untuk mendapatkan bakat kini sedang berlaku."

Baca Laporan Mobiliti Global S2 2021 yang lengkap dan Siaran Akhbar yang lengkap.

Hubungan Media:
Sarah Nicklin
Ketua Perhubungan Awam Kumpulan
sarah.nicklin@henleyglobal.com


 

 

 

Source: Henley & Partners
Keywords: Banking/Financial Service Travel Survey, Polls & Research