omniture

Zuellig Pharma Raih Pingat Emas Ecovadis 2021 Untuk Kelestarian

Zuellig Pharma
2021-04-14 03:14 249

SINGAPURA, 14 April 2021 /PRNewswire/ -- Zuellig Pharma, penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terkemuka di Asia telah dianugerahkan Pingat Emas 2021 daripada pakar penarafan kelestarian EcoVadis.

Zuellig Pharma Clinches Ecovadis Gold Medal 2021 For Sustainability
Zuellig Pharma Clinches Ecovadis Gold Medal 2021 For Sustainability

Mencapai mata mencatat rekod 72/100 menempatkan Zuellig Pharma antara 1 peratus teratas dalam industrinya dan 5 peratus teratas daripada semua syarikat yang dinilai oleh EcoVadis. Program kelestarian Zuellig Pharma dianalisis mengikut piawaian Tanggungjawab Sosial Korporat antarabangsa, di bawah tema Alam Sekitar, Tenaga Kerja, & Hak Asasi Manusia, Etika dan Perolehan Lestari.

"Kami telah bekerjasama secara intensif dengan pemegang kepentingan utama kami bagi mengintegrasikan kelestarian dalam segenap aspek perniagaan kami. Usaha yang disatukan ini telah membuahkan hasil menerusi pengiktirafan antarabangsa daripada EcoVadis ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan kami, klien, pelanggan, pembekal dan rakan kongsi atas dedikasi anda dalam bekerjasama dengan kami untuk membina masa depan yang lebih sihat buat Asia. Kami mengharapkan lebih banyak lagi pencapaian yang bakal diraih ketika kami terus menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah dicapai untuk generasi-generasi masa depan kita," kata John Graham, Ketua Pegawai Eksekutif Zuellig Pharma.

Pada tahun 2020, Zuellig Pharma meneruskan komitmennya terhadap United Nations Global Compact dan menerbitkan Laporan Kelestarian terselaras GRI pertama seumpamanya. Bermula dari dalam, Zuellig Pharma turut menyatukan pekerjanya berkisarkan Kelestarian. Bulan Kelestarian sulung mereka menyaksikan lebih 7,000 pekerja mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti bertumpu masa depan berkisarkan setiap tonggak kelestarian. Ini diperkukuhkan oleh inisiatif Hari Kualiti dan Minggu Keselamatan Dunia yang menyatukan pasukan di sebalik dua topik bahan yang penting ini. Organisasi berkenaan turut mengalu-alukan penglibatan yang aktif daripada pembekalnya menerusi Anugerah Kelestarian Pembekal yang pertama seumpamanya.

"Kerangka kelestarian kami menggariskan empat tonggak impak penting iaitu Meningkatkan Hasil Kesihatan, Memupuk Bakat, Menghormati Alam Sekitar dan Menetapkan Standard Integriti Tertinggi. Tonggak-tonggak impak ini telah membimbing kami dalam perjalanan kelestarian kami dan meletakkan asas kukuh buat kami untuk memberi impak ketara merentas 13 negara yang mendapat khidmat kami. Pencapaian pingat emas kini merupakan hasil yang hebat daripada semua yang telah bekerja keras untuk memperoleh penghargaan yang luar biasa ini," ulas Raymund Azurin, Naib Presiden Kanan Hal Ehwal Kerajaan dan Kelestarian Zuellig Pharma.

EcoVadis ialah penyedia yang dipercayai bagi penarafan kelestarian perniagaan, mewujudkan jaringan global melibatkan lebih daripada 75,000 syarikat yang diberi nilai. Kad mata kelestarian syarikat memberi pandangan yang terperinci mengenai risiko alam sekitar, sosial dan etika dalam lebih daripada 200 kategori pembelian dan lebih 160 negara.

Latar Belakang Zuellig Pharma 

Zuellig Pharma ialah salah satu kumpulan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbesar di Asia dan tujuan kami adalah untuk menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah dicapai. Kami menyediakan perkhidmatan pengedaran, digital dan komersial yang bertaraf dunia bagi menyokong keperluan penjagaan kesihatan yang semakin berkembang di rantau ini. Syarikat ini bermula hampir seratus tahun yang lalu dan telah berkembang menjadi sebuah perniagaan bernilai US$13 bilion yang meliputi 13 pasaran dengan lebih 12,000 pekerja. Kakitangan kami menawarkan perkhidmatan kepada lebih 350,000 kemudahan perubatan dan bekerjasama dengan lebih 1,000 pelanggan termasuk 20 syarikat farmaseutikal yang terkemuka di dunia.

 

Baru-baru ini, kami melancarkan Pusat Inovasi Penyelesaian Kesihatan Zuellig kami untuk membangunkan perkhidmatan baharu dan memenuhi beberapa keperluan penjagaan kesihatan yang mendesak di Asia. Sejak itu, pasukan kami memberi tumpuan untuk mencipta penyelesaian pengurusan data, digital dan penyakit, menyokong pesakit yang mengalami keadaan kronik dan membantu pembayar mengurus kos penjagaan kesihatan.

 

Source: Zuellig Pharma
Keywords: Health Care/Hospital Workforce Management/Human Resources Awards