omniture

GenScript, Parkway Laboratories dan Diagnostics Development (DxD) Hub berkolaborasi sediakan Khidmat Ujian Antibodi Peneutralan SARS-CoV-2 cPass(TM) di Singapura

Genscript
2021-04-14 09:15 282

SINGAPURA, 13 April 2021 /PRNewswire/ -- GenScript Biotech Corporation ("GenScript", Kod Saham: 1548.HK), Parkway Laboratories dan Diagnostics Development (DxD) Hub mengumumkan kolaborasi mereka untuk menyediakan ujian antibodi peneutralan SARS-CoV-2 cPass™ di Singapura melalui panel pakar Parkway dan klinik pengamal perubatan am swasta (GP).

GenScript Biotech Corporation, Parkway Laboratories and the Diagnostics Development (DxD) Hub collaborate to provide the cPass™ SARS-CoV-2 neutralizing antibody test in Singapore.
GenScript Biotech Corporation, Parkway Laboratories and the Diagnostics Development (DxD) Hub collaborate to provide the cPass™ SARS-CoV-2 neutralizing antibody test in Singapore.

Antibodi peneutralan merupakan peraturan kecil antibodi yang mengikat di tapak pada virus dan merencat kemasukan virus tersebut ke perumah. Tidak seperti banyak kit ujian antibodi berasaskan makmal COVID-19 yang tersedia secara komersial, cPass™ boleh mengesan antibodi peneutralan fungsian. Secara tradisi, pengukuran antibodi peneutralan memerlukan penggunaan virus hidup, sel, operator berkemahiran tinggi dan prosedur makmal yang rumit yang memerlukan masa selama beberapa hari di dalam makmal bagi memperoleh keputusan dan mengehadkan penggunaannya secara meluas. Sebaliknya, kit cPass™ boleh dilakukan di kebanyakan makmal standard dengan masa pusing balik yang singkat (kira-kira 1 jam). cPass™ juga boleh digunakan untuk ujian dengan daya pemprosesan tinggi dan automatik sepenuhnya.

Kit Pengesanan Antibodi Peneutralan SARS-CoV-2 cPass™ dibangunkan bersama-sama oleh Duke-NUS Medical School (Duke-NUS), sekolah perubatan kemasukan siswazah intensif penyelidikan, GenScript dan DxD Hub. Kit ini menerima kebenaran sementara oleh Lembaga Sains Kesihatan (HSA) Singapura, tanda CE-IVD di Eropah dan kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) A.S.

"Sebagai sebuah syarikat bioteknologi yang terkemuka, kami mengambilnya sebagai tanggungjawab kami untuk menyumbang dalam memerangi COVID-19 dengan teknologi kami serta kolaborasi global bersama rakan kongsi. Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan Parkway dan DxD di Singapura untuk menawarkan perkhidmatan kepada komuniti tempatan kami dengan cPass™," kata Johnson Wang, Presiden di Rantau Asia Pasifik di GenScript.

"Parkway Laboratories telah menjalin kerjasama erat dengan DxD Hub sejak bermulanya pandemik COVID-19 ketika pengguna awal platform diagnostik baharu yang memberikan doktor-doktor barisan hadapan kami dengan alat pengesanan yang diperlukan untuk membuat keputusan klinikal yang bijak. Kini kami berasa gembira dapat meneruskan perkongsian ini dan mengalu-alukan cPass™ ke dalam armamentarium diagnostik SARS-CoV-2 kami bagi menyediakan pengukuran antibodi peneutralan. Ini akan memberi maklumat berharga mengenai pemvaksinan untuk pesakit kami," kata Dr Daniel Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, Parkway Laboratories.

Dr Sidney Yee, Ketua Pegawai Eksekutif DxD Hub, berkata: "Sebagai platform nasional yang bertujuan untuk mempercepatkan realisasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada diagnostik yang disahkan secara klinikal, kami gembira melihat perkongsian awam-swasta ini bertindak dengan sangat cepat untuk menjadikan ujian diagnostik cPass™ inovatif tersedia kepada para doktor di Singapura."

Profesor Wang Linfa daripada Program Penyakit Berjangkit Baru Muncul, Duke-NUS Medical School yang mencipta cerakinan ini berkata: "Tidak seperti ujian antibodi tersedia secara komersial yang lain yang mengesan antibodi mengikat umumnya, platform cPass™ dicipta untuk memantau khususnya antibodi peneutralan fungsian dan merupakan satu-satunya ujian antibodi yang diluluskan oleh Lembaga Sains Kesihatan (HSA) Singapura dan Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) FDA bagi tujuan berkenaan."

Latar Belakang GenScript Biotech Corporation 

GenScript Biotech Corporation (Kod Saham: 1548.HK) ialah kumpulan bioteknologi global. Dibina berdasarkan teknologi sintesis gen terkemukanya, GenScript dibahagikan kepada empat platform utama termasuk platform organisasi penyelidikan kontrak sains hayat (CRO), platform organisasi pembangunan dan pengeluaran kontrak biologik (CDMO), platform terapi sel global dan platform produk biologi sintesis industri.

GenScript ditubuhkan di New Jersey, AS pada tahun 2002 dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong pada tahun 2015. Operasi perniagaan GenScript mencakupi lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia dengan entiti sah terletak di AS, Tanah Besar China, Hong Kong, Jepun, Singapura, Belanda dan Ireland. GenScript menyediakan produk dan perkhidmatan premium, mudah dan andal untuk lebih 100,000 pelanggan. Setakat 31 Disember 2020, GenScript mempunyai lebih daripada 4600 pekerja di seluruh dunia, lebih 39% berkelulusan sarjana dan/atau ijazah Ph.D. Di samping itu, GenScript memiliki beberapa hak harta intelek dan rahsia perdagangan, termasuk 146 paten dan 517 permohonan paten masih menunggu.

Didorong oleh misi korporat "menjadikan orang ramai dan alam semula jadi lebih sihat melalui bioteknologi", GenScript berusaha untuk menjadi syarikat bioteknologi yang paling dipercayai di dunia. Setakat 31 Disember 2020, produk atau perkhidmatan GenScript telah disebut oleh 52,500 artikel jurnal berwasit di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi GenScript: https://www.genscript.com.

Latar Belakang Parkway Laboratories 

Parkway Laboratories ialah salah sebuah makmal swasta yang terkemuka di Singura dengan makmal rujukan pusat yang telah memperoleh pelbagai akreditasi seperti ISO 15189, College of American Pathologist (CAP) dan Joint Commission International (JCI), bagi memastikan perkhidmatan yang tekal dan berkualiti tinggi dalam bidang makmal klinikal, histopatologi dan diagnostik molekul. Di samping itu, ia mengendalikan empat makmal serba lengkap yang terletak di empat buah hospital IHH Healthcare di Singapura bagi menyediakan keputusan yang pantas dan tepat kepada pesakit dan pengamal perubatan. Parkway Laboratories merupakan makmal swasta pertama yang diluluskan oleh MOH untuk memulakan ujian PCR COVID-19 dan kekal menjadi salah satu daripada segelintir makmal volum tinggi di Singapura yang menyokong usaha negara kolektif terhadap PCR COVID-19 dan ujian Serologi. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.parkwaylab.com.sg

Latar Belakang Diagnostics Development (DxD) Hub

Diagnostics Development (DxD) Hub ialah satu inisiatif nasional di Singapura, dipimpin oleh Agency for Science, Technology and Research (A*STAR). DxD Hub bertujuan untuk mempercepatkan transformasi inovasi kepada peranti diagnostik yang disahkan secara klinikal yang sedia untuk penerimaan pasaran. Melalui produk yang memberi impak, memperkasa perusahaan tempatan dan memperkukuh syarikat global di Singapura, DxD Hub menyumbang kepada pembangunan ekosistem peranti diagnostik yang berkesan di Singapura.

Latar Belakang Agency for Science, Technology and Research (A*STAR)

Agency for Science, Technology and Research (A*STAR) ialah agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) sektor awam utama Singapura. Melalui inovasi terbuka, kami berkolaborasi bersama rakan kongsi kami baik dalam sektor awam mahupun swasta untuk memberi manfaat kepada ekonomi dan masyarakat. Sebagai sebuah Organisasi Sains dan Teknologi, A*STAR merapatkan jurang antara bidang akademik dan industri. Kajian kami mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan untuk Singapura dan meningkatkan kehidupan dengan mempertingkat hasil masyarakat dalam rawatan kesihatan, kehidupan bandar dan kemampanan. A*STAR memainkan peranan penting dalam memupuk bakat saintifik dan pemimpin untuk komuniti dan industri penyelidikan yang lebih luas. Aktiviti-aktiviti R&D A*STAR mencakupi sains bioperubatan sehinggalah sains fizikal dan kejuruteraan, dengan entiti-entiti penyelidikan terletak terutamanya di Biopolis and Fusionopolis. Untuk berita berterusan, kunjungi www.a-star.edu.sg.

Ikuti kami di
Facebook | LinkedIn | Instagram | YouTube

Source: Genscript
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Contracts New products/services