omniture

CGTN: Melewati Gunung-ganang: Kehidupan di Xinjiang

CGTN
2021-04-21 11:59 136

BEIJING, 21 April 2021 /PRNewswire/ -- Pergunungan Tianshan, terbentang seluas ribuan batu merentas sempadan barat laut China, yang membahagikan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang kepada dua iaitu bahagian utara yang agak mewah dan bahagian selatan yang kurang maju. Selama beberapa ketika, rakyat di bahagian selatan dengan penduduk etnik minoriti yang lebih besar tidak faham mengenai pembangunan pesat yang dialami di bahagian utara manakala penduduk di bahagian utara pula mempunyai kurang pandangan yang tepat mengenai bahagian selatan, apatah lagi penduduk di luar wilayah tersebut.

Setelah berdekad-dekad menjalani pembangunan dan interaksi, penduduk dari kedua-dua bahagian gunung tersebut saling mengenali antara satu sama lain. Gunung-ganang itu merupakan sempadan fizikal yang dapat dilintasi, namun begitu, "suntikan prejudis yang datang dari gunung-ganang ke dalam benak fikiran kami menghalang kami daripada melihat kebenaran," menurut Han Bin, pengarah dokumentari "Beyond the Mountains: Life in Xinjiang" ("Melewati Gunung-ganang: Kehidupan di XInjiang").

Serangan pengganas yang telah melanda wilayah berkenaan selama hampir tiga dekad lamanya mengakibatkan penduduk di dalam dan luar wilayah berkenaan terkejut dan cemas. Sebilangan orang dari wilayah dan kawasan lain di China tanpa sengaja memandang penduduk Uygur dengan kanta yang dicemari, ujar Chen Ruijun, seorang pegawai firma pembinaan yang menyokong pembangunan Xinjiang pada tahun 2008 dan 2009 tatkala rusuhan golongan pelampau berleluasa di wilayah tersebut. Ketakutan dan prakonsepsi yang mengiringinya beransur-ansur reda dengan pemahaman yang lebih luas dan pembangunan yang lebih pesat.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rangkuman liputan media Barat yang agak besar mengenai China telah memberi gambaran negatif ekoran kekurangan maklumat serta kurangnya kepercayaan. Xinjiang, yang menjadi tempat kediaman lebih 12 juta penduduk Uygur, telah mengalami palitan stigma dan putar belit yang lebih besar. Laporan asing mengenai Xinjiang sebahagian besarnya bertumpu sekitar pertuduhan mengenai apa yang digelar sebagai "pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan Cina"

Justeru itu, Xinjiang yang sebenar tenggelam dalam tajuk berita utama yang keterlaluan dan sensasi yang tidak berkesudahan mengenai "kem tahanan" dan "buruh paksa" dalam sektor tesktil, pengeluaran buah tomato, malah kuasa solar, antaranya. Retorik sedemikian, yang dipenuhi prasangka dan andaian, menjadi gunung yang tidak dapat ditakluki dalam benak ramai orang.

"Beyond the Mountains: Life in Xinjiang," dokumentari selama 80 minit, diceritakan melalui himpunan cerita individu yang bersama-sama membabadkan proses perubahan di wilayah tersebut. Ia juga mengenai penghapusan stereotaip dan pembersihan salah tanggapan untuk penduduk di dalam dan luar wilayah tersebut.

Filem berkenaan memaparkan landskap mengagumkan tanah yang luas ini selain kehidupan harian moden penduduknya daripada kumpulan etnik yang berbeza. Ia mengandungi empat bahagian "Changing times" ("Zaman yang berubah"), "Following the money" ("Menjejaki wang"), "New generations" ("Generasi baharu") dan "Man and nature" ("Manusia dan alam semula jadi") yang mempersembahkan pelbagai aspek Xinjiang hari ini dan penduduknya.

Sabyt Abukhadir tinggal di Daerah Zhaosu Xinjiang utara yang mana generasi-generasi penduduknya bergantung pada padang ragut tanah tinggi yang subur dan beralun bagi menyara kehidupan. Cucu beliau Erjanat Nurkidir mengkhusus dalam bidang tarian di Ili Normal University. Kedua-duanya mengalami pertengkaran kerana Sabyt percaya bahawa menari hanyalah untuk kanak-kanak perempuan. Pertengkaran tersebut tidak berakhir sehinggalah Sabyt melihat Erjanat menari di atas pentas. "Cucu saya sangat bagus sehingga membuatkan saya menitiskan air mata," kata beliau.

Di bahagian selatan Xinjiang, perubahan mentaliti sedemikian jauh lebih sukar. Ramai wanita di empat wilayah Xinjiang selatan tidak pernah keluar rumah. "Wanita yang keluar rumah untuk bekerja tidak akan berkahwin," menurut pemikiran tradisional di sana.

Namun demikian, bagi Zileyhan Eysa, seorang petani dari Daerah Kuqa, Aksu, mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan utara untuk bekerja di sebuah kilang tekstil dengan harapan dapat memperoleh wang supaya ibunya yang sakit tenat boleh mendapatkan rawatan yang sewajarnya. "Jika saya tidak datang ke sini, Ibu pasti sudah meninggal dunia," kata beliau.

Selain daripada cerita-cerita yang menggambarkan perubahan Xinjiang yang mana golongan muda mengerah semangat yang berkobar-kobar untuk membawa perubahan terhadap pemikiran, dokumentari berkenaan turut menceritakan kisah-kisah orang yang berusaha melindungi tanah yang disayangi oleh mereka. Yang Zongzong mempunyai hobi yang sangat "aneh" – mencari dan mengkatalog setiap spesies tumbuhan. "Bagi saya, ia mengenai penghargaan terhadap keindahan sesuatu yang paling biasa," kata beliau. Setakat ini, beliau telah mengumpul 10,000 hingga 20,000 spesimen, mengkaji morfologi, genetik dan sifat khusus persekitarannya. Pertumbuhan tanaman banyak dipengaruhi oleh persekitaran, maka sebarang perubahan iklim yang direkodkan oleh pertumbuhannya menunjukkan pertukaran dalam perubahan iklim dan keadaan semula jadi.

Kisah mengenai dedikasi dan memecahkan adat tradisi ini bukanlah mengabaikan masa lampau melainkan ia adalah untuk memandang ke arah masa depan yang lebih progresif.

Pautan: https://news.cgtn.com/news/2021-04-16/Beyond-the-Mountains-Life-in-Xinjiang--Zui80BwyOc/index.html

CGTN: Melewati Gunung-ganang: Kehidupan di Xinjiang
CGTN: Melewati Gunung-ganang: Kehidupan di Xinjiang

Source: CGTN
Keywords: Public Interest