omniture

Airbiquity dan NXP Memperluas Kerjasama Teknologi untuk Menangani Cabaran Para Pembuat Kereta dengan Menguruskan Perisian dan Data pada Kenderaan Pintar Terhubung

Airbiquity
2021-04-23 17:48 5

Syarikat-syarikat ini Bersatu Dalam Menyampaikan Kemas Kini Perisian Automotif dan Pengurusan Data yang Sangat Cekap, Selamat dan Boleh Diskala

SEATTLE, 23 April 2021 /PRNewswire/ -- Airbiquity®, peneraju global dalam perkhidmatan kenderaan terhubung hari ini mengumumkan pengembangan dalam kerjasama teknologi berbilang tahun dengan NXP Semiconductor untuk melakukan praintegrasi dan memaparkan kemas kini perisian automotif serta pengurusan data yang sangat cekap, selamat dan boleh diskala dalam kenderaan pintar terhubung. Usaha integrasi terkini antara kedua-dua syarikat ini memaparkan sokongan kenderaan secara menyeluruh yang penting bagi mengembangkan kenderaan ditakrif perisian menggunakan kemas kini perisian melalui udara (OTA) Airbiquity dan perkhidmatan pengurusan data dengan sebuah get laluan berorientasikan perkhidmatan NXP yang berfungsi sebagai ECU primer dan platform pemprosesan automotif NXP tambahan yang berfungsi sebagai domain ECU sekunder.

Seiring dengan industri automotif yang terus berkembang, kepentingan perisian dan data turut meningkat, begitu juga dengan cabaran pengurusan bagi para pembuat kenderaan. Untuk menangani cabaran ini, ia memerlukan gabungan antara perisian OTA terkemuka dengan penyelesaian pengurusan data serta pemproses rangkaian kenderaan berprestasi tinggi yang dioptimumkan untuk mengendalikan trafik data berkelajuan tinggi. Airbiquity dan NXP berjaya mencapainya dengan melakukan praintegrasi versi terkini perisian OTAmatic® Airbiquity dan platform pengurusan data dengan platform pemproses rangkaian kenderaan NXP S32G2 bagi menyediakan perisian dalam kenderaan yang berpusat berserta pengurusan data yang tersusun - termasuk sokongan untuk kerangka keselamatan automotif Uptane. Platform pemprosesan automotif NXP tambahan yang berfungsi sebagai domain ECU sekunder ialah platform i.MX 8QuadMax untuk unit kepala, platform i.MX 6Quad untuk kluster instrumen, S32K148 untuk kawalan badan dan platform S32S247TV untuk kawalan EV/rangkaian kuasa.

"Penyelesaian OTAmatic Airbiquity direka khusus untuk mendayakan kemas kini perisian OTA serta perkhidmatan pengumpulan data bagi setiap ECU dalam kenderaan," kata Keefe Leung, Naib Presiden Pengurusan Produk Airbiquity. "Kami telah menunjukkan penyelesaian kami yang fleksibel untuk menangani semua keperluan pelanggan kami dan memperluas kerjasama kami dengan NXP, peneraju yang membekalkan pemproses kepada industri automotif, melalui pelaksanaan praintegrasi OTAmatic dengan pelbagai platform milik mereka yang paling popular."

"Kerjasama terkini NXP dengan Airbiquity menangani keperluan untuk memperluas perkhidmatan OTA dan pengurusan data pada semua kenderaan pintar terhubung bagi membantu mendayakan transformasi digital automotif dipacu perisian pada hari ini," kata Brian Carlson, Pengarah Pemasaran Global untuk Penyelesaian Rangkaian dan Kawalan Kenderaan NXP. "Dengan praintegrasi OTAmatic pada pelbagai platform pemprosesan automotif NXP, kami dapat membantu mempercepat usaha integrasi yang meluas pada semua kenderaan dan mewujudkan lebih banyak peluang kepada pembuat kenderaan untuk membawa perkhidmatan kenderaan baharu ke pasaran dengan lebih cepat."

  • Untuk melihat demonstrasi integrasi teknologi NXP-Airbiquity terkini, sila layari https://youtu.be/VhH4TdtZASw
  • Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Airbiquity dan OTAmatic, sila layari www.airbiquity.com
  • Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemproses rangkaian kenderaan NXP dan S32G2, sila layari www.nxp.com/vnp

Tentang Airbiquity
Airbiquity® ialah pelopor dalam teknologi perisian telematik automotif dan penyampaian perkhidmatan kenderaan terhubung berasaskan awan. Sentiasa berada di barisan hadapan inovasi automotif, Airbiquity membangunkan konsep, menyelenggara dan menggunakan penyelesaian kenderaan terhubung yang paling maju dalam industri. Bekerja dengan Airbiquity, pembuat automotif dan pembekal automotif telah mewujudkan program kenderaan terhubung yang sangat berskala, terkawal dan selamat yang memenuhi keperluan pelanggan mereka di lebih 60 buah negara di seluruh dunia. Penawaran terbaru Airbiquity ialah OTAmatic® untuk perisian dan pengurusan data berbilang ECU melalui udara (OTA) yang menampilkan komponen perisian berasaskan kenderaan dan awan serta kerangka keselamatan Uptane untuk perlindungan keselamatan siber yang komprehensif. Ketahui lebih lanjut tentang Airbiquity dan OTAmatic di www.airbiquity.com atau sertai perbincangan di @Airbiquity.

Hubungan Media:
Zach Pickett
airbiquity@barokas.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/177305/airbiquity_logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Airbiquity
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Semiconductors Transportation Licensing/marketing agreements