omniture

Edheroes: Siapakah yang Boleh Menyelamatkan Pendidikan Dalam Era Pandemik Dan Bagaimana?

Rybakov Family Foundation
2021-04-27 08:00 22

 

MOSCOW, 27 April 2021 /PRNewswire/ -- Apakah yang telah mengubah masyarakat pada tahun lalu, sejak semua pusat asuhan, sekolah dan universiti di 192 buah negara ditutup kerana pandemik COVID-19? Menurut data daripada Bank Dunia, pandemik telah menjejaskan lebih 90% murid dan pelajar di seluruh dunia: hampir 1.6 bilion kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur. Pelaburan ke dalam pendidikan telah berkurangan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Mathieu Brossard, Ketua Pendidikan Pejabat Penyelidikan-Innocenti UNICEF baru-baru ini di Forum EdHeroes, 75% daripada murid di seluruh dunia tidak mendapat pendidikan seperti yang mereka terima sebelum ini, kerana kekurangan Internet atau elektrik. Kesan sosial dan ekonomi akan kekal dalam jangka masa yang lama: kekurangan dari segi kualiti dan ketersediaan pendidikan, produktiviti dan sara hidup.

 

Evgeny Gordeev (center), entrepreneurs from the Equium business club and teachers from school #26 in Pyatigorsk
Evgeny Gordeev (center), entrepreneurs from the Equium business club and teachers from school #26 in Pyatigorsk

Suatu trend dalam masyarakat telah mula berkembang sebagai tindak balas daripada keadaan ini: kohort EdHeroes baharu sedang muncul dan berkembang. Mereka merupakan sekumpulan individu aktif daripada pelbagai latar belakang profesion, yang melibatkan diri dalam bidang pendidikan "secara luaran" untuk meningkatkan kualiti dan menjadikan ia dapat diakses oleh lebih ramai kanak-kanak.

"Pandemik telah menyebabkan gangguan besar-besaran di seluruh dunia dan tiada yang lebih penting daripada pendidikan. Kekacauan yang mengerikan ini memberi kami peluang untuk memikirkan semula bagaimana kami boleh melengkapkan diri untuk memastikan bahawa setiap pelajar mencapai potensi mereka, dan matlamat inilah yang mendorong kami mengajak ramai individu daripada pelbagai latar belakang untuk menyumbang ke arahnya dan berpotensi untuk mendorong kami memperakui kebaikan yang akan terhasil dari saat-saat yang sukar ini,"– kata Vikas Pota, Pengasas Pendidikan T4.

Trend 1. Para usahawan semakin terlibat dalam pendidikan Evgeny Gordeev, rakan kongsi pengurusan untuk agensi komunikasi Breffi telah melancarkan inisiatif "Graduan yang Bersyukur" di sekolah beliau di pekan kecil Pyatigorsk, Rusia. Beliau mengaturkan murid-murid untuk bertemu dengan orang yang mungkin boleh menjadi model contoh mereka dan memberi inspirasi ketika motivasi dan kualiti pendidikan menjadi semakin berkurangan. Beliau juga telah melancarkan anugerah yang bergelar "Guru Nadi Persekolahan", memberi peluang kepada graduan untuk mengundi guru-guru yang mempunyai pengaruh terbesar terhadap diri mereka. Para graduan ini telah menubuhkan sebuah dana anugerah daripada duit poket mereka sendiri. Gordeev berhasrat untuk mencipta francais sosial supaya graduan daripada mana-mana sekolah boleh mencipta salah satu daripada hadiah ini. Anugerah "Guru Nadi Persekolahan" pertama kali diberikan pada bulan Mac 2021 melalui inisiatif yang dilaksanakan oleh Igor Rybakov, usahawan dan pengasas Yayasan Rybakov, yang menubuhkan dana endowmen bernilai $1 juta di sekolah lamanya di Magnitogorsk. Sebuah dana anugerah telah diperuntukkan daripada dana endowmen ini.

Trend 2. Kempen kutipan dana yang mengurangkan jurang teknologi apabila dikaitkan dengan akses kepada pendidikan, suatu jurang yang semakin meluas disebabkan oleh pandemik. Sebagai contoh, lebih 46,000 peranti telah disumbangkan dan lebih 70,000 peranti telah didermakan oleh syarikat-syarikat sebagai sebahagian daripada kempen BBC, "Make a Change, Give a Laptop" (Lakukan Perubahan, Sumbangkan Sebuah Komputer Riba). Tambahan £917,890 telah disumbangkan kepada badan amal dan sekolah oleh syarikat tempatan, pemegang amanah, individu dan yayasan berserta 2,000 item sokongan data yang turut disumbangkan sebagai hasil daripada kempen ini.

Trend 3. Para pendidik bertindak di luar daripada peranan mereka sebagai guru dan mencipta projek pendidikan berskala besar. Mereka telah dapat mengurangkan kesan negatif pandemik kepada komuniti tempatan dengan ketara. Selepas 7 tahun menyelaraskan program pendidikan untuk kanak-kanak, salah seorang pemenang Anugerah Prasekolah Rybakov, Adina Elena Benghea dari Romania mengasaskan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan STURZ untuk Pendidikan Keluarga bagi mempopularkan pembangunan psikomotor kanak-kanak. Pada tahun 2020, beliau telah melancarkan program pendidikan dalam talian iaitu Psychomotor yang membantu ibu bapa dan guru menangani cabaran emosi, fizikal dan kognitif yang dihadapi oleh kanak-kanak pada masa-masa yang sukar ini. "Saya melihat peningkatan minat terhadap pendidikan oleh para usahawan dan individu. Walau apa cara pun, peralihan ke dalam talian menghimpunkan kita bersama-sama dengan lebih baik untuk menempatkan sumber dengan mudah menuju ke arah matlamat yang lebih besar".

Untuk maklumat lanjut, sila hantarkan e-mel kepada: pr@rybakovfoundation.org

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1495634/evgeny_gordeev__center___entrepreneurs_from_the_equium.jpg?p=medium600

Source: Rybakov Family Foundation
Keywords: Education Not for profit