JAKARTA, Indonesia, 28 April 2021 /PRNewswire/ -- Lebih daripada 100 juta orang hidup tanpa akses kepada air yang selamat di Asia Tenggara disebabkan oleh pencemaran, penggunaan berlebihan, kemarau akibat perubahan iklim, kemerosotan ekosistem akuatik, empangan dan pencemaran. Satu laporan baru-baru ini, The Right to Safe Water in Southeast Asia – yang diterbitkan oleh The Raoul Wallenberg Institute of Human Rights and Humanitarian Law (RWI), China Dialogue dan seorang penyelidik dari Universiti Ibnu Khaldun, Bogor, Indonesia – menunjukkan bahawa negara-negara yang menghormati, memenuhi, dan melindungi hak asasi untuk air yang selamat berada di kedudukan yang lebih baik untuk menangani isu bekalan air, dan memastikan kenikmatan sepenuhnya buat semua hak asasi manusia.
"Laporan Right to Safe Water menonjolkan bahawa negara-negara ASEAN, pujian buat mereka, telah mengambil langkah-langkah penting dalam mengenalpasti hak kepada air minum yang selamat sebagai bentuk yang tidak boleh dibahagikan dan asas untuk mencapai banyak lagi hak asasi manusia antarabangsa", kata Pegawai Program RWI yang mengkhusus dalam hak asasi manusia dan persekitaran, Victor Bernard.
Mengiktiraf hak kepada air minum yang selamat sebagai hak kendiri atau sebagai sebahagian daripada hak kepada persekitaran yang sihat.
ASEAN mengiktiraf hak untuk "air minum dan sanitasi yang selamat" dan untuk "persekitaran yang selamat, bersih dan lestari" sebagai prasyarat untuk merealisasikan hak kepada standard kehidupan yang mencukupi dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN 2012. Namun, ASEAN tidak memiliki perjanjian atau instrumen undang-undang khusus untuk menyokong hak ini.
Penulis The Right to Safe Water mencadangkan supaya negara ASEAN dapat:
Muat turun "The Right to Safe Water in Southeast Asia" DI SINI
Hubungi:
Yudha Pratama
yudha.pratama@rwi.lu.se
+6227092823
Victor Bernard
victor.bernard@rwi.lu.se
+6227092823
Laman Web:
http://www.rwi.or.id/