omniture

Suruhanjaya Diraja AlUla mengesahkan peluang pelan induk bernilai USD 15 bilion untuk perkongsian awam-swasta

Kingdom of Saudi Arabia
2021-04-28 22:28 2619

- Dengan anggaran jumlah nilai pembangunan melebihi USD 15 bilion (SAR 57 bilion), projek pembangunan semula oasis terbesar di dunia ini – Pelan Induk Perjalanan Merentasi Masa – akan mewujudkan peluang dalam pelaburan yang bertanggungjawab

- USD 3.2 bilion (SAR 12 bilion) akan dikhususkan untuk pembangunan infrastruktur utama yang mengutamakan peluang bagi pelaburan swasta

- Dana permulaan sokongan kerajaan bernilai USD 2 bilion telah dilaburkan dalam projek kritikal yang menghapuskan risiko pada peluang pelaburan

ALULA, Saudi Arabia, 28 April 2021 /PRNewswire/ -- Pada ulang tahun pengumuman Wawasan 2030, Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) hari ini mengesahkan bahawa projek pembangunan semulanya – Pelan Induk Perjalanan Merentasi Masa – mewakili peluang bernilai USD 15 bilion (SAR 57 bilion) untuk pelaburan yang bertanggungjawab dalam projek perkongsian awam-swasta.

Annabel's popup restauarant as part of Winter at Tantoura
Annabel's popup restauarant as part of Winter at Tantoura

Pelan Induk Perjalanan Merentasi Masa ialah suatu rancangan jangka panjang untuk melindungi sejarah manusia dan alam semula jadi yang berusia 200,000 tahun di kawasan bersejarah sepanjang 20 km di AlUla berteraskan pembangunan semula lima buah daerah warisan. Ia bermatlamat untuk menetapkan penanda aras bagi pelaburan yang bertanggungjawab dan memberi impak dalam pembangunan destinasi dengan membina kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar dalam cetakan birunya. Pelan induk ini bertujuan untuk mewujudkan peluang pelaburan yang kukuh di AlUla yang menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi dan penciptaan pekerjaan di Arab Saudi serta peluang yang lebih luas untuk komuniti tempatan – semua matlamat utama dalam Wawasan 2030 Arab Saudi.

"Dengan anggaran pembangunan keseluruhan bernilai melebihi USD 15 bilion, Pelan Induk Perjalanan Merentasi Masa ini menjadi satu peluang yang penting untuk menyerlahkan potensi penuh AlUla. Dengan menghapuskan risiko pada peluang pelaburan melalui dana permulaan bernilai USD 2 bilion (SAR 7.5 bilion) kami dan mewujudkan rangka kerja tadbir urus yang kukuh, kami telah mewujudkan platform bagi pembangunan yang bertanggungjawab dan lestari untuk membangunkan semula lokasi unik yang menampilkan Tapak Warisan Dunia UNESCO," kata Amr AlMadani, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Diraja AlUla. "Dengan USD 3.2 bilion yang diperuntukkan untuk mengutamakan infrastruktur paling penting, pembangunan AlUla akan berteraskan pembinaan asas yang kukuh serta melindungi aset budaya dan warisan AlUla."

Dianggarkan USD 3.2 bilion akan disuntik untuk membangun infrastruktur keutamaan AlUla, komponen utama bagi membuka masa depan AlUla sebagai destinasi pembangunan lestari, yang merangkumi landasan trem rendah karbon sepanjang 46 km (22 km untuk fasa pertama); meningkatkan kapasiti kuasa yang bersih dengan permintaan sekurang-kurangnya sebanyak 50% yang dibekalkan melalui tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2035; meningkatkan kapasiti air minum dengan sistem bekalan air yang berpusat dan dipertingkatkan termasuk bekalan air baharu iaitu air yang dinyahmasinkan dan program pemuliharaan air yang dibuat khas; dan meningkatkan kapasiti air sisa dengan peningkatan loji rawatan air sisa di Mughayra.

RCU komited untuk menghapuskan risiko pada pelaburan masa depan rakan kongsi dan akan menyokong pembangunan aset warisan serta infrastruktur utama. Ia telah melabur dalam projek pembangunan bernilai USD 2 bilion termasuk perluasan Lapangan Terbang Antarabangsa AlUla, meningkatkan infrastruktur keselamatan negara dan membangunkan aset pelancongan utama termasuk hartanah Ashar serta Maraya iaitu bangunan ikonok pelbagai kegunaan.

Dalam pada itu, strategi pembangunan yang lebih luas untuk AlUla – yang merangkumi pelbagai pelan induk – akan menjadi asas bagi industri pelancongan yang kukuh dengan sejumlah 9,400 bilik hotel bakal tersedia menjelang tahun 2035 manakala 5,000 daripadanya akan disediakan mengikut Pelan Induk Perjalanan Merentasi Masa ini.

Potensi pelancongan AlUla dibuktikan melalui minat yang ditunjukkan oleh pengusaha hotel dan pereka termasuk jenama mewah global seperti Aman, Accor/Banyan Tree dan Habitas. AlUla akan turut menjadi tuan rumah kepada hartanah terbaik yang direka oleh firma seni bina terkemuka Atelier Jean Nouvel yang akan menghidupkan semula legasi seni bina Nabata purba yang berusia 2,000 tahun.

Strategi pembangunan AlUla dibimbing oleh Piagam Kelestarian AlUla yang menetapkan asas untuk pematuhan strategi neutral karbon dan prinsip ekonomi kitaran, polisi kebingkasan yang kukuh dalam pembangunan warisan dan kawasan berpersekitaran sensitif, begitu juga dengan pengurusan banjir dan air yang dipertingkatkan serta penanaman pokok. Pelan induk ini juga akan menyumbang kepada Inisiatif Hijau Arab Saudi melalui perluasan kawasan hijau dan terbuka AlUla yang berkeluasan hingga 10 juta meter persegi.

Dengan peluang pelaburan yang memenuhi kriteria tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat yang kukuh, AlUla mewujudkan peluang pelaburan dalam sektor ekonomi Kerajaan Arab Saudi yang baharu dan bertenaga. Sebagai sebahagian daripada pelan induk ini, AlUla menawarkan portfolio peluang pelaburan yang luas dalam pelbagai kelas aset: projek budaya terkenal; infrastruktur sosial, utiliti dan mobiliti, hospitaliti, projek komersial dan kediaman. Pelan induk ini akan dibangunkan dalam tiga fasa yang akan siap pada tahun 2023, 2030 dan 2035.

Amr AlMadani menambah: "Pelaburan yang bertanggungjawab boleh memberikan peluang perniagaan dan pulangan pelaburan yang kukuh, sambil turut membantu dalam menangani kebimbangan sosial dan alam sekitar yang mendesak. Bagi rakan kongsi kami di seluruh dunia, ini merupakan peluang untuk menerajui pertumbuhan alam sekitar, sosial dan ekonomi baharu."

Pelan Induk Perjalanan Merentasi Masa ini merupakan yang pertama dalam satu siri rancangan untuk AlUla dan memfokus kepada pemulihan warisan alam semula jadi dan kebudayaan AlUla secara bertanggungjawab. Apabila siap sepenuhnya, strategi pembangunan yang lebih besar untuk AlUla pada tahun 2035 bermatlamat untuk mewujudkan 38,000 pekerjaan baharu dalam populasi yang meningkat hingga 130,000 orang, yang akan menyumbang sebanyak USD 32 bilion (SAR 120 bilion) kepada KDNK Kerajaan Arab Saudi. Peluang yang unik akan menggalakkan dan mempercepat lagi perniagaan dan pelaburan daripada rakan kongsi yang berkongsi nilai-nilai RCU tentang kelestarian, pembangunan yang bertanggungjawab dan keterangkuman masyarakat.

Untuk maklumat lanjut tentang Pelan Induk Perjalanan Merentasi Masa, sila layari: https://ucl.rcu.gov.sa. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan di AlUla, sila layari: https://ucl.rcu.gov.sa/en/investment atau hubungi kami di investalula@rcu.gov.sa. 

Tentang AlUla 

Terletak sejauh 1,100km daripada Riyadh di barat laut Arab Saudi, AlUla merupakan tempat warisan manusia dan alam semula jadi yang luar biasa. Kawasan yang besar ini meliputi keluasan 22,561 km² yang terdiri daripada sebuah lembah oasis yang subur, pergunungan batu pasir yang menjulang tinggi serta tapak warisan budaya purba yang wujud sejak ribuan tahun dahulu.

Tapak yang paling terkenal dan diiktiraf di AlUla ialah Hegra iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama di Arab Saudi. Hegra ialah sebuah bandar purba seluas 52 hektar dan merupakan bandar selatan yang utama bagi Kerajaan Nabata serta mempunyai hampir 100 makam yang terpelihara dengan baik dengan fakad terperinci yang dipotong menjadi singkapan batu pasir. Penyelidikan semasa menunjukkan bahawa Hegra merupakan kota kara Empayar Rom yang paling selatan setelah penaklukan Nabata pada tahun 106 SM.

Selain Hegra, AlUla memiliki sejumlah tapak-tapak bersejarah dan arkeologi yang menarik seperti: sebuah Kota Lama yang dikelilingi sebuah oasis purba iaitu Dadan, ibu negara Kerajaan Dadan dan Lihyan, yang dianggap sebagai salah sebuah bandar milenia pertama SM yang termaju di Semenanjung Arab; ribuan tapak dan inskripsi seni batu purba di Jabal Ikmah; dan stesen Kereta Api Hijaz.

Nota kepada editor:

Ia dieja sebagai AlUla / bukan Al-Ula.

Tentang Suruhanjaya Diraja AlUla 

Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) ditubuhkan oleh dekri diraja pada bulan Julai 2017 untuk memelihara dan membangunkan AlUla, sebuah wilayah yang mempunyai alam semula jadi yang luar biasa dan budaya yang signifikan di barat laut Arab Saudi. Pelan jangka panjang RCU menggariskan pendekatan yang bertanggungjawab, lestari dan sensitif terhadap pembangunan bandar dan ekonomi yang mengekalkan warisan semula jadi dan bersejarah di kawasan ini serta menjadikan AlUla sebagai lokasi yang menarik untuk didiami, bekerja dan dilawati. Ini mencakup pelbagai inisiatif yang merangkumi arkeologi, pelancongan, kebudayaan, pendidikan dan seni yang mencerminkan komitmen untuk memenuhi kepelbagaian ekonomi, pemerkasaan komuniti tempatan dan keutamaan pemeliharaan warisan dari program Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1497999/alula_saudi_arabia_1.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1498000/alula_saudi_arabia_2.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1498001/alula_saudi_arabia_3.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1498002/alula_saudi_arabia_4.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1498003/alula_saudi_arabia_5.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1498004/alula_saudi_arabia_6.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1498005/alula_saudi_arabia_7.jpg?p=medium600

 

Ashar Resort - a flagship hospitality resort in AlUla
Ashar Resort - a flagship hospitality resort in AlUla

 

 

Hegra Heritage Site - AlUla
Hegra Heritage Site - AlUla

 

 

Hot air balloon entertainment activity in AlUla
Hot air balloon entertainment activity in AlUla

 

 

Maraya - multipurposeconcert and entertainment venue in AlUla
Maraya - multipurposeconcert and entertainment venue in AlUla

 

 

Old Town of AlUla
Old Town of AlUla

 

 

Polo entertainment at AlUla
Polo entertainment at AlUla

 

 

Source: Kingdom of Saudi Arabia
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Construction/Building Entertainment Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Travel Venture Capital