omniture

Pengeluar AC Terkemuka Gree Dinamakan Pemenang Utama 'Global Cooling Prize 2021'

Gree Electric Appliances, Inc
2021-05-03 14:04 159

ZHUHAI, China, 3 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Gree Electric Appliances, Inc. of Zhuhai (Gree) (000651.SZ), pengeluar pendingin hawa dan perkakas rumah terkemuka di dunia, telah dinamakan sebagai pemenang utama Global Cooling Prize 2021 untuk teknologi pendingin "Sumber Karbon Sifar" inovatifnya.

Pengeluar AC Terkemuka Gree Dinamakan Pemenang Utama 'Global Cooling Prize 2021'
Pengeluar AC Terkemuka Gree Dinamakan Pemenang Utama 'Global Cooling Prize 2021'

"Gree ialah kumpulan perindustrian global pelbagai teknologi yang telah mengembangkan perniagaannya kepada barangan pengguna isi rumah dan peralatan perindustrian dan ia menekankan inovasi dan R&D yang berterusan untuk meningkatkan kehidupan masyarakat. Teknologi pendingin hawa yang mesra iklim ini yang dianugerahkan Pemenang Utama di Global Cooling Prize akan mengurangkan kesan pelepasan karbon pendingin hawa sedia ada sebanyak 80 peratus," kata Cik. Dong Mingzhu, Pengerusi dan Presiden Gree Electric Appliances.

Global Cooling Prize telah bersama-sama dilancarkan dalam tahun 2018 oleh Rocky Mountain Institute, Kerajaan India dan Mission Innovation, yang komited untuk membangunkan teknologi penyejuk inovatif yang merintis yang mempunyai kesan iklim lima kali (5X) lebih rendah berbanding unit pendingin hawa standard yang tersedia di pasaran hari ini (termasuk pelepasan karbon tidak langsung yang dihasilkan oleh elektrik grid dan pelepasan karbon langsung yang berkaitan dengan kesan rumah hijau bahan penyejuk), untuk menyelesaikan ancaman kepada iklim yang disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat kepada pendingin hawa kediaman.

Teknologi pendingin "Sumber Karbon Sifar" inovatif Gree menggabungkan penyejukan mampatan wap yang maju, didorong secara langsung oleh fotolvoltan, pendinginan penyejatan, ventilasi dan banyak lagi, yang menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui dan sumber penyejukan bebas dengan cekap.

Kesan iklim terhadap reka bentuk baharu Gree dengan teknologi pendingin "Sumber Karbon Sifar" ialah satu perlima daripada pendingin hawa konvensional. Melalui inovasi dan reka bentuk pintar, teknologi mesra iklim Gree merupakan kejayaan utama dalam pengehadan kecekapan tenaga pada pendingin hawa konvensional.

Dengan penduduk yang berkembang pesat dan pencepatan urbanisasi, dijangkakan menjelang 2050, permintaan global untuk pendingin hawa bilik akan meningkat daripada 1.2 bilion unit dalam tahun 2016 kepada 4.5 bilion unit. Apabila penyelesaian pendingin yang mesra iklim dipromosi dan digunakan secara berkesan, emisi yang bersamaan dengan 100 bilion tan karbon dioksida dapat dielakkan, membantu dunia mengurangkan 0.5°C pemanasan global menjelang 2100 sambil meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat yng tinggal dalam cuaca panas dan lembab.

Latar Belakang Gree

Ditubuhkan dalam tahun 1991, Gree ialah kumpulan perindustrian global pelbagai teknologi yang telah mengembangkan perniagaannya kepada barangan pengguna isi rumah dan peralatan perindustrian di bawah tiga jenama: GREE, KINGHOME, dan TOSOT.

Untuk maklumat lanjut kunjungi http://global.gree.com/.

 

 

Source: Gree Electric Appliances, Inc
Related Stocks:
Shenzhen:000651
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics HVAC Retail Awards