omniture

HeiQ melancarkan pelitup muka berteknologi tinggi dengan menampilkan teknologi tembaga canggih yang menyahaktifkan virus COVID-19 dalam masa lima minit

HeiQ
2021-05-05 16:00 118

ZURICH, 5 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Peneraju global dalam inovasi tekstil dan bahan iaitu HeiQ, melancarkan HeiQ MetalliQ, pelitup muka pembedahan berteknologi tinggi dan bergaya futuristik yang memusnahkan semua virus dan bakteria yang diuji dengan keberkesanan hingga 100%.

 

HeiQ MetalliQ Type IIR surgical mask with an antiviral copper coated surface that deactivates 97.79% SARS-CoV-2 in five minutes.
HeiQ MetalliQ Type IIR surgical mask with an antiviral copper coated surface that deactivates 97.79% SARS-CoV-2 in five minutes.

 

HeiQ MetalliQ bukan sahaja kelihatan metalik. Pelitup muka dengan reka bentuk yang dipatenkan ini sebenarnya mengandungi salutan tembaga tulen ultra nipis melalui proses enapan wap berteknologi tinggi yang dikenali sebagai HeiQ MetalliX, menukar jumlah tembaga dalam masa seminit kepada wap yang membolehkan ia dienapkan secara sekata ke sekeliling setiap fiber. HeiQ MetalliX ialah suatu teknologi yang sedang menunggu kelulusan paten yang dicipta oleh rakan inovasi HeiQ iaitu syarikat teknologi bahan Australia, Xefco. Kajian yang dijalankan oleh Peter Doherty Institute for Infection and Immunity di Melbourne, Australia (Doherty Institute) menunjukkan bahawa fabrik yang dirawat dengan teknologi HeiQ MetalliX secara ketara telah menyahaktifkan virus berjangkit SARS-CoV-2 (virus yang menyebabkan COVID-19) dalam masa sesingkat 5 minit sahaja.

Protokol ujian ini mensimulasi interaksi kehidupan sebenar titisan aerosol yang mencemari produk tekstil seperti pelitup muka. Setiap sampel terdedah kepada pemuatan tinggi SARS-CoV-2 diikuti dengan inkubasi pada suhu bilik selama 5, 15 dan 30 minit sebelum jumlah virus berjangkit SARS-CoV-2 yang berbaki diukur. Sampel fabrik yang dirawat dengan HeiQ MetalliX menunjukkan pengurangan virus sebanyak lebih 97.79% dalam masa lima minit, 99.95% dalam masa 15 minit dan lebih 99.99% dalam masa 30 minit berbanding dengan kawalan inokulum.

"Pasukan pakar kami meneruskan usaha penting mereka untuk meminimumkan kesan novel koronavirus." Dr. Julie McAuley, Pegawai Kanan Penyelidikan Doherty Institute menyatakan, "Menguji keupayaan rawatan permukaan yang berbeza untuk mengurangkan jangkitan virus SARS-CoV-2 ialah satu cara penyelidikan kami dapat membantu memberi pemahaman bagi menghentikan penularan COVID-19", tambah Dr. McAuley.

Tembaga ialah unsur yang terbentuk secara semula jadi dan terdapat pada kerak bumi, tanah, lautan, tasik dan sungai. Ia juga merupakan unsur surih yang berlaku secara semula jadi dalam semua manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ciri-ciri antivirus, antibakteria dan antifungus tembaga telah diketahui selama berabad-abad lamanya dan telah ditunjukkan oleh banyak kajian makmal. Bahan yang dirawat dengan HeiQ MetalliX melepaskan ion tembaga yang menyahaktifkan virus dan bakteria. Ujian yang dilakukan terhadap bahan yang dirawat ini juga menunjukkan ia membunuh Staphylococcus aureus dan Klebsiella pneumoniae sebanyak 100% serta menyahaktifkan virus H1N1 sebanyak 99.95% dan Koronavirus Manusia 229E sebanyak 99.9%.

Dibuat di EU, HeiQ MetalliQ dikilangkan di HeiQ Medica di Sepanyol yang turut menjadi tempat bagi HeiQ menjalankan aktiviti R&D untuk peranti perubatan. Sepanjang pembangunan teknologi HeiQ MetalliX, Xefco bekerjasama erat dengan rakan penyelidikan lamanya iaitu Institute for Frontier Materials (IFM) di Deakin University yang merupakan sebahagian daripada Hab Penyelidikan ARC bertaraf dunia untuk Future Fibres yang HeiQ turut menjadi ahlinya.

"Anda boleh 'heiq' segala-galanya untuk memberi fungsi tambahan kepada produk harian. Kali ini kami meningkatkan kemajuan kami sekali lagi dalam perlindungan antivirus dengan penampilan yang dipertingkatkan dan premium. Berita gembira kini tiba. Ketika kita bebas daripada sekatan pergerakan, kita mahukan lebih perlindungan dan turut melindungi orang lain. HeiQ MetalliQ direka secara tepat untuk memberi tahap keyakinan yang lebih tinggi. Selain itu, ia mempunyai penampilan futuristik, menjadikannya sebagai alternatif yang lebih baik kepada pelitup muka pembedahan dalam pelbagai aspek," kata Carlo Centonze, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif HeiQ Group.

 

Nama pathogen

Institut ujian

Pengurangan patogen
berjangkit

Masa sentuhan hingga
pengukuran

SARS-CoV-2 (virus yang
menyebabkan
COVID-19)

Peter Doherty Institute
for
Infection and Immunity

97.79%

5 minit

99.95%

15 minit

99.99%

30 minit

Virus influenza A (H1N1)

 Situ Biosciences

99.95%

Mengikut standard ISO
18184

Koronavirus Mausia (229E)

99.9%

Mengikut standard ISO
18184

Staphylococcus aureus

Microbe Investigations
Switzerland (MIS)

100.00%

Mengikut standard ISO
20743

Klebsiella pneumoniae

100.00%

Mengikut standard ISO
20743

 

Imej: Pelitup muka pembedahan HeiQ MetalliQ Jenis IIR dengan permukaan bersalut tembaga antivirus yang menyahaktifkan SARS-CoV-2 sebanyak 97.79% dalam masa lima minit (imej daripada HeiQ)

Tentang HeiQ

Ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai anak syarikat Swiss Federal Institute of Technology Zurich (ETH) dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Saham London (LSE: HEIQ), HeiQ merupakan peneraju inovasi tekstil yang mencipta beberapa teknologi tekstil paling berkesan, tahan lama dan berprestasi tinggi di pasaran hari ini. Misi HeiQ adalah untuk meningkatkan kehidupan berbilion-bilion manusia melalui inovasi rintis dalam tekstil dan bahan. Dengan menggabungkan tiga bidang kepakaran – penyelidikan saintifik, pembuatan bahan khusus dan penjenamaan bahan pengguna – HeiQ merupakan rakan inovasi yang ideal untuk mencipta produk tekstil yang berbeza dan lestari serta memperoleh nilai tambah pada peringkat jualan. Dengan jumlah kapasiti sebanyak 35,000 tan setahun, HeiQ mempunyai kilang di AS, Switzerland dan Australia yang membekalkan produk kimia khususnya ke lebih 60 buah negara di seluruh dunia.www.heiq.com 

Tentang Xefco™

Xefco ialah sebuah syarikat milik Australia yang mencipta teknologi tekstil dan penyalutan inovatif. Dengan memanfaatkan rangkaian rakan penyelidikan global, Xefco membangunkan penyelesaian pembuatan canggih dan menggunakan sains bahan canggih yang memfokus kepada peningkatan fungsi, pembuatan lestari dan pengurangan penggunaan sumber. Diperbadankan pada tahun 2018, teknologi Xefco kini digunakan oleh beberapa jenama fesyen dan pakaian teknikal yang terkemuka di dunia, menyediakan manfaat fungsi yang terbukti, meningkatkan prestasi, keselesaan dan perlindungan dengan mengurangkan impak alam sekitar. Xefco terus mengembangkan portfolio teknologinya dengan visi untuk mewujudkan masa depan yang lebih lestari bagi industri tekstil dan pakaian. www.xefco.com

Tentang Doherty Institute

Mencari penyelesaian untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan penyakit berjangkit serta memahami kerumitan mikrob dan sistem imun memerlukan pendekatan inovatif dan usaha yang bersungguh-sungguh. Inilah sebabnya University of Melbourne – peneraju dunia dalam pendidikan, pengajaran dan penyelidikan yang cemerlang – dan The Royal Melbourne Hospital – sebuah institusi terkemuka di peringkat antarabangsa yang menyediakan penjagaan, penyelidikan dan pembelajaran – bekerjasama untuk menjadikan Peter Doherty Institute for Infection and Immunity (Doherty Institute); sebuah pusat kecemerlangan untuk para saintis dan klinisian terkemuka bekerjasama bagi meningkatkan kesihatan manusia di seluruh dunia.

www.doherty.edu.au

Tentang Deakin University

Institute for Frontier Materials (IFM) ialah sebuah institut penyelidikan sains bahan terkemuka di Deakin University, Australia. Dengan kira-kira 300 orang ahli akademik dan penyelidik HDR, visi IFM adalah untuk memimpin dan memberi inspirasi kepada inovasi dalam sains bahan dan kejuruteraan yang mempunyai manfaat transformasi kepada masyarakat. Ditubuhkan pada tahun 1974, Deakin merupakan salah sebuah universiti Australia yang paling progresif dan maju yang menerajui dalam penggunaan teknologi digital dan pembelajaran dalam talian yang inovatif serta menggabungkan keupayaan ini di seluruh kawasan kampus khasnya di Melbourne, Geelong dan Warrnambool. Deakin telah mencapai keseimbangan antara penyelidikan berkualiti tinggi dengan pengalaman pendidikan yang diiktiraf secara konsisten sebagai salah sebuah universiti terbaik di negara ini. Disenaraikan sebagai antara 1 peratus universiti Terbaik di dunia, kolaborasi Deakin menekankan perkongsian yang saling menguntungkan dan memberi impak kepada dunia nyata dalam bidang keutamaan nasional yang tinggi yang merangkumi kesihatan dan kesejahteraan, teknologi yang lebih pintar, kelestarian, memajukan masyarakat dan budaya serta membina komuniti yang selamat dan terjaga. www.deakin.edu.au 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1500933/heiq_metalliq_mask_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1500934/heiq_metalliq_mask_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1500935/HeiQ_Logo.jpg?p=medium600

 

HeiQ MetalliQ Type IIR surgical mask with an antiviral copper coated surface that deactivates 97.79% SARS-CoV-2 in five minutes.
HeiQ MetalliQ Type IIR surgical mask with an antiviral copper coated surface that deactivates 97.79% SARS-CoV-2 in five minutes.

 

 

SILA HUBUNGI
Loraine Stantzos
VP Marketing Communications
loraine.stantzos@heiq.com 
+41 56 250 68 50

Source: HeiQ
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services