omniture

DST, Syarikat Telekomunikasi Terbesar Brunei Lancar Aplikasi Mudah Alih Dibangunkan Bersama Multisys

DST
2021-05-13 14:46 139

BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei, 13 Mei 2021 /PRNewswire/ -- MyDST, aplikasi mudah alih dan laman sesawang yang dibangunkan oleh MultiSys Technology Corporation, iaitu pembangun perisian yang terkemuka di Filipina telahpun disiapkan bersama DST baru-baru ini dan berjaya dilancarkan pada April 2021.

MyDST; Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web.
MyDST; Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web.

 

DST dan MultiSys mula mengumumkan kerjasama mereka pada bulan Ogos 2020 memandangkan kedua-duanya berusaha untuk memperluaskan jangkauan pasaran mereka ke rantau ASEAN.

Dengan sinergi tersebut, perkongsian berkenaan mengukuhkan kekuatan syarikat melalui perbezaan budaya, teknologi dan kolaborasi teknikal. Meskipun dengan jarak dan batasan yang dicetuskan oleh pandemik ini, perkongsian berkenaan membuktikan bahawa terdapat nilai dalam kepelbagaian.

"Pembangunan aplikasi semasa ini menonjolkan visi bersama kami untuk berkembang di rantau ini dan turut melambangkan permulaan untuk banyak lagi pembangunan yang menarik pada aplikasi ini. Pembangunan bersama kami merupakan suatu pengalaman yang hebat. Dengan pustaka keadaan penggunaan DST, baik DST mahupun MultiSys berupaya untuk memudahkan integrasi rumit yang menghasilkan antara muka yang lebih mesra pengguna untuk perkhidmatan sedia ada mahupun perkhidmatan yang baru ditambah, seraya dapat meningkatkan pengalaman digital pelanggan kami secara keseluruhan." Dikongsikan oleh Radin Sufri Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif DST.

MyDST bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan kepada semua Pelanggan DST untuk membolehkan mereka mengurus akaun DST mereka yang hanya berada di hujung jari mereka dan tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan DST.

Platform ini mempunyai rangkaian luas ciri-ciri diperibadikan yang akan membolehkan pengguna mengurus berbilang akaun, membuat pembayaran bil menggunakan pelbagai platform pembayaran digital dan memantau penggunaan mudah alih mereka bagi data, baki kredit dan penggunaan isian semula.

Tambahan pula, pengguna boleh melanggan pakej data tambahan, membeli isian semula Easi, memindahkan kredit kepada pelanggan prabayar yang lain, bahkan boleh juga memberi sumbangan.

Lebih banyak ciri keselamatan turut ditambah seperti PIN Mudah Alih, ID Wajah dan Cap Jari.

David Almirol Jr., Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MultiSys berkongsi, "Pengembangan serantau kami yang berterusan menonjolkan sejumlah besar bakat, kemahiran dan kapasiti teknologi negara kami yang bertujuan semata-mata untuk membantu syarikat dan organisasi di dalam dan luar negara bagi memulakan atau memperkukuh perjalanan transformasi digital mereka sendiri. Tatkala kami melangkah ke hadapan, kami akan terus membantu rantau ini mencapai kemajuan melalui teknologi Filipina yang canggih."

Jovy Hernandez, Naib Presiden Kanan & Ketua PLDT & Smart Ent. Business Group dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif ePLDT, inc turut berkongsi sentimen beliau mengenai kolaborasi antara DST dan MultiSys. Beliau berkata, "Kami di PLDT Enterprise teruja dapat menjadi sebahagian daripada kolaborasi bersama MultiSys dan DST ini. Pelancaran aplikasi MyDST meningkatkan pengalaman pelanggan dengan membolehkan mereka mengurus akaun mereka secara dalam talian. Kami gembira dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif ini."

Latar Belakang Datastream Digital Sdn Bhd (DST)

Datastream Digital (DST) ditubuhkan daripada cantasan infrastruktur transformasi industri telekomunikasi Brunei yang disusuli dengan proses transformasi digital utama DST sendiri. Dahulunya merupakan Operator Rangkaian Mudah Alih khidmat-penuh dan Penyedia Perkhidmatan Mudah Alih penuh dan kini, operator yang mengutamakan ciri digital, aset ringan yang bertumpukan pelanggan dengan tiga kaedah iaitu mudah alih, tetap dan semua aspek mendatar secara digital.

Kini berkembang daripada penyedia perkhidmatan mudah alih kepada penyedia perkhidmatan tetap, baik Kediaman dan Perusahaan mahupun kaedah penumpuan mudah alih dan tetap, DST kekal sebagai pengusaha telekomunikasi yang utama di Brunei. Dengan pengembangan perkhidmatan kepada perkhidmatan tetap, ini merupakan bidang yang sedang berkembang untuk mencapai pertumbuhan.

Disokong oleh pengalaman telekomunikasi tradisional selama 25 tahun dan sentiasa mentransformasikan penetapan minda, DST terus memanfaatkan platform digitalnya dan akan terus membina ekosistemnya untuk menyediakan perkhidmatan digital, memberi nilai dan kemudahan sebagai keutamaan kepada pelanggannya di Brunei, dengan visi yang ditetapkan untuk berkembang ke rantau ini sebagai penyedia perkhidmatan digital.

 

Source: DST
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services