omniture

MR Solutions Lancarkan Rangkaian Lengkap Pengimbas MRI Bebas Helium Pra-klinikal

MR Solutions
2013-04-18 03:57 188

LONDON, 18 April 2013 /PRNewswire/ --

Seluruh rangkaian pengimbas MRI bebas helium pra-klinikal telah diumumkan oleh MR Solutions yang berpangkalan di UK berikutan kejayaan pelancaran mesin komersil bebas helium pertama di dunia lewat tahun lepas.

Rangkaian baharu yang terdiri daripada tiga pengimbas, dengan saiz jara 16sm, 31sm dan 72sm, mampu mengimbas haiwan-haiwan bersaiz kecil hingga saiz sederhana. Semua pengimbas ini mempunyai empat kelebihan yang jelas berbanding pengimbas keluaran pesaing lain.

Kelebihan pertama dan yang terpenting, ia menawarkan kemampuan lebih bagus untuk kontras tisu lembut dan kebolehan pengimejan molekul. Kedua, harganya yang berdaya saing kerana ia tidak memerlukan peralatan penyejukan kriogen. Ketiga, oleh kerana ia mempunyai medan magnet tiris yang sangat kecil, ia boleh diletakkan berdekatan pengimbas lain untuk operasi yang lebih lancar dan yang keempat, oleh kerana ia tidak memerlukan penyejukan cecair helium dan peralatan keselamatan, pengimbas ini mudah dipasang dan tidak memerlukan pengubahsuaian bangunan yang mahal.

Pengimbas yang terkecil, dengan saiz jara 16sm, boleh didapati sekarang manakala dua lagi mesin, bersaiz jara 31sm dan 72sm, akan sedia didapati menjelang hujung tahun ini – pesanan untuk mesin-mesin ini akan diterima tidak lama lagi.

Ahli fizik Dr David Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif MR Solutions berkata, "Kami percaya mesin-mesin ini akan merevolusikan pasaran pra-klinikal sedia ada kerana kesemua pengimbas ini menawarkan resolusi pengimbasan bermutu tinggi, mampu-milik dan faedah-faedah pengendalian. Sejak pelancaran pengimbas terkecil dalam rangkaian kami tahun lepas, kami sudah jauh melepasi unjuran jualan dengan permintaan tinggi terhadap banyak lagi produk baharu. Pengenalan dua lagi pengimbas baharu untuk haiwan-haiwan yang lebih besar didorong oleh permintaan daripada para pelanggan kami."

Kejayaan besar dalam menghapuskan keperluan untuk cecair helium menyejukkan magnet superkonduktor ke suhu 4 darjah atas Kelvin (-269F) adalah kemajuan yang dirintis oleh MR Solutions dan rakan kerja magnetnya.

MR Solutions bersama rakan-rakan kongsinya kini sedang membangunkan rangkaian baharu pengimbas pelbagai modaliti pra-klinikal yang juga bebas helium.

MR Solutions merupakan peneraju dalam bidang MRI bertahun-tahun lamanya, bukan saja dengan rangkaian pengimbas atas mejanya tapi juga dengan spektrometer MRI EVO yang mempunyai rangkaian kemampuan paling luas bagi pengimbas pra-klinikal dan pengimbas seluruh badan. Ia adalah spektrometer pilihan sekiranya mahu melaksanakan peningkatan pengimbas atau menambah bilangan pengesan. Ia juga digunakan secara meluas oleh Pengeluar Alatan Asli (OEM).

HUBUNGI:

Simon VanePercy
+44-(0)1737-821890
simon@vanepercy.com

Sumber: MR Solutions

Source: MR Solutions
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment New products/services