omniture

Para Pelabur Mencari Pelan B Kewarganegaraan Melalui Pelaburan Disebabkan EB-5 AS Berisiko

CS Global Partners
2021-05-18 22:11 1935

LONDON, 18 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Program Pelabur Imigran AS yang dikenali sebagai program visa EB-5 akan berakhir pada 30 Jun melainkan ia diperbaharui oleh Kongres. Program EB-5 itu membolehkan pelabur asing menyuntik modal segar kepada ekonomi negara tersebut dan memperoleh ganjaran dengan akses ke AS melalui Kad Hijau dan status penduduk tetap. Kongres AS menubuhkan EB-5 lebih 30 tahun yang lalu dan inisiatif ini telah menjana lebih $41 bilion dalam pelaburan modal, simpanan serta mewujudkan lebih 820,000 pekerjaan.

Menurut penasihat kewarganegaraan yang berpangkalan di London iaitu CS Global Partners, program ini menelan belanja hampir satu juta USD, mengambil masa beberapa bulan untuk pemprosesan dan mempunyai had permohonan sebanyak 10,000 visa bagi setiap tahun fiskal. Ketua Pegawai Eksekutif firma penasihat tersebut iaitu Micha Emmett menyatakan bahawa para pelabur antarabangsa kini sedang mencari program yang sama seperti Kewarganegaraan melalui Pelaburan yang membolehkan pelabur yang telah disaring memperoleh kewarganegaraan dan kemudiannya pasport negara tuan rumah mereka, tidak seperti EB-5.  

"Ramai pelabur sudah menerima hakikat realiti baharu dan kini sedang mencari pelan B yang lebih kukuh," kata Emmett. "Dengan cara dunia memerhatikan AS menangani pandemik yang diikuti dengan masalah peralihan kuasa politik, keluarga-keluarga mahukan pilihan yang lebih stabil dan selamat. Buat masa ini, bagi para pelabur kaya, pilihan yang menarik ialah Kewarganegaraan melalui Pelaburan."

Konsep kewarganegaraan melalui pelaburan ini berasal dari Saint Kitts dan Nevis, sebuah destinasi dengan cuaca yang cerah dan tanah berpasir di Caribbean. Negara ini amat mengalu-alukan kedatangan para pelabur migran sejak beberapa dekad dan menjalankan salah satu Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan yang diuruskan dengan terbaik dan paling lama di dunia, sejak tahun 1984. Program ini diiktiraf sebagai "standard platinum" dalam pasaran global program kewarganegaraan melalui pelaburan. Para pelabur menjalani proses permohonan dalam talian yang membolehkan pemberian kewarganegaraan penuh dalam masa 60 hingga 90 hari bagi kebanyakan kes, satu pencapaian yang mengagumkan dan tersenarai sebagai yang terpantas oleh CBI Index Financial Times.

Setelah pemohon melabur dalam pilihan Dana Pertumbuhan Lestari (SGF) yang popular, ia memberikan faedah yang amat banyak seperti perjalanan tanpa visa dan visa semasa ketibaan ke hampir 150 buah negara dan wilayah serta membolehkan untuk tinggal dan bekerja seumur hidup di negara tersebut. Yang paling penting, para pelabur dan keluarga mereka memperoleh kewarganegaraan yang boleh diwariskan kepada generasi seterusnya.

"Kita hidup pada masa yang ramai rakyat Amerika memilih kewarganegaraan kedua dan melepaskan pasport AS mereka disebabkan kenaikan cukai, sekatan perjalanan yang berterusan dan sistem penjagaan kesihatan yang terbeban. Pelabur asing melihat keadaan ini dan inginkan sesuatu yang lebih baik," tambah Emmett.

Para pelabur yang berminat untuk menjadi warganegara ekonomi Saint Kitts dan Nevis boleh memanfaatkan tawaran masa terhad di bawah SGF yang membolehkan keluarga yang mempunyai empat orang ahli mendapatkan kewarganegaraan pada harga AS$150,000 berbanding $195,000.

pr@csglobalpartners.com 
www.csglobalpartners.com 

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel