omniture

Forum Media Eurasia Ke-11

Eurasian Media Forum Organizing Committee
2013-04-19 00:24 148

ASTANA, Kazakhstan, 19 April 2013 /PRNewswire/ --

Forum Media Eurasia Ke-11 bakal diadakan di ibu negara Kazakhstan, Astana pada 25 dan 26 April 2013.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130418/610565-a )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130418/610565-b )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130418/610565-c )

Forum Media Eurasia (EAMF) adalah sebuah organisasi bukan politik yang ditubuhkan pada tahun 2002 dengan inisiatif Dr. Dariga Nazarbayeva bagi menggalakkan persefahaman bersama antara Timur dan Barat melalui sebuah dialog.

Lokasi untuk EAMF 2013 adalah Pusat Media Kazakhstan, sebuah bangunan baharu di kawasan tebing kiri yang telah dibina dan dilengkapi peralatan dan kemudahan canggih bertaraf dunia dan menempatkan semua pihak media massa utama negara itu.

Tahun ini Forum Media Eurasia dijangka untuk mengalu-alukan ketibaan lebih lima ratus orang tetamu dari lima puluh buah negara.

Agenda EAMF 2013 termasuklah isu keselamatan wilayah selepas pengunduran askar campuran dari Afghanistan, keselamatan maklumat dalam kemajuan pesat media massa sosial, perbincangan tentang situasi di Timur Tengah, prospek untuk EXPO 2017 dan pembangunan Ruang Ekonomi Sama di Eurasia serta beberapa masalah moden lain yang mendesak.

Tokoh masyarakat terkenal, wartawan, ahli politik, penulis, saintis dan pemimpin pendapat am yang dikenali seluruh dunia akan bercakap dalam persidangan Forum Media ke-11 itu. Dikalangan mereka adalah wartawan AS pemenang Anugerah Pulitzer Roy Gutman, penulis buku laris dan pemerhati New York Times Greg Palast, penyampai berita Russia Today Oksana Derevyanko, Timbalan Perdana Menteri Greece dan ahli PASOK Theodoros Pangalos, Presiden Majlis Amerika-Iran (AIC) Hooshang Amirahmadi, penyampai TV dalam program In the Context Maksim Shevchenko, penyampai berita Bahasa Inggeris untuk Al Jazeera Stephen Cole, penyampai TV Bahasa Inggeris Al Jazeera dan penerbit Riz Khan dan lain-lain lagi.

Para peserta yang dikenali daripada persidangan-persidangan lalu termasuklah mantan Presiden Iran Mohammad Khatami, mantan Perdana Menteri Rusia Yevgeny Primakov, mantan penasihat keselamatan kebangsaan AS Zbigniew Brzezinski, mantan ketua Ibu Pejabat Agung bagi Kuasa Perikatan Eropah Jeneral Wesley Clark dan ramai tetamu lain.

Jawatankuasa pengelola untuk Forum Media Eurasia ke-11 dengan sukacitanya mengalu-alukan para peserta ke persidangan yang bakal berlangsung ini.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran penyertaan dalam forum ini, sila ikuti pautan ini http://www.eamedia.org

Untuk melihat sidang akhbar multimedia sila klik di sini - http://www.multivu.com/mnr/58721-eurasian-media-forum-meet-in-kazakhstan

Sumber: Jawatankuasa Pengelola Forum Media Eurasia

Source: Eurasian Media Forum Organizing Committee
Related Links:
Keywords: Advertising Publishing/Information Service