omniture

OPPO Dengan Rasminya Mempertingkat Pasaran Aplikasi dan Pelan Graviti OPPO

oppo
2021-05-19 22:17 171

SHENZHEN, China, 19 Mei  2021 /PRNewswire/ -- OPPO, jenama peranti pintar global yang terkemuka, melancarkan App Market Versi 9.0 OPPO pada 7 Mei. Versi terbaharu ini diperkenalkan untuk membantu pembangun memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna. App Market OPPO juga mempertingkatkan Gravity Plan, memberi lebih banyak keupayaan penyasaran setempat dan dasar sokongan trafik.

Ciri-ciri Baharu untuk Pengurusan Aplikasi

Perkhidmatan kitar hayat penuh, lebih dari sekadar muat turun

Dengan penggunaan aplikasi yang semakin meningkat, pengguna lebih memilih pasaran aplikasi yang dapat menawarkan kandungan berkualiti tinggi dan menyokong keselamatan data, bukan hanya sekadar muat turun. Oleh itu, App Market OPPO menyediakan pengguna dengan pengalaman muat turun menyeluruh dengan laporan keselamatan aplikasi (App), cadangan pembersihan (Cleanup), kemaskini penjimatan-data, serta ulasan dan ganjaran pemasangan aplikasi.

OPPO menganggap pembangun sebagai rakan kongsi yang paling berharga. App Market telah dilancarkan di beberapa negara termasuk India, Vietnam, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina, yang mencecah 130 juta pengguna aktif bulanan pada Mac 2021.

Membuka berbilion sumber pendedahan, dan menyokong pembangun dengan lebih efektif

Untuk kebanyakan pembangun di Asia Tenggara, akses berterusan kepada operasi trafik dan pengguna menjadi semakin mencabar. OPPO telah secara proaktif membina tapak yang kukuh di setiap pasaran dengan ekosistem pembangun tersendiri, bagi menyokong para pembangun dalam menangani cabaran yang bakal dihadapi.

OPPO Gravity Plan menyediakan rakan kongsi dengan beberapa siri sokongan sumber seperti pembangunan, pemerolehan trafik, pemasaran dan promosi. Ia kini telah dipertingkatkan untuk membuka lebih banyak keupayaan mekanisme operasi, skim promosi dan sokongan trafik.

1. Kerjasama Kempen

Pembangun kini dapat melancarkan promosi dengan menerapkan kempen kepada pelbagai pasaran tempatan, sebagai satu usaha untuk mencapai lebih ramai pengguna. Dengan hanya menggunakan templat sedia ada, ianya  membolehkan aplikasi mereka diketengahkan di App Market OPPO, dengan kedudukan yang lebih menonjol merangkumi pelbagai kategori.

OPPO Dengan Rasminya Pertingkat Pasaran Aplikasi dan Pelan Graviti OPPO
OPPO Dengan Rasminya Pertingkat Pasaran Aplikasi dan Pelan Graviti OPPO

2. Kerjasama Kandungan

App Market OPPO bertujuan untuk membantu pembangun memberikan aplikasi kepada pengguna dengan infografik imej dan video yang lebih menarik. Ia juga membantu pembangun memperoleh trafik berkualiti tinggi melalui saranan pendedahan berkualiti tinggi di halaman utama.

Di masa akan datang, App Market OPPO akan terus menyokong pembangun dengan dasar ekosistem yang mesra pengguna. Kami juga komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membina satu kerjasama ekosistem Internet terbuka untuk pertumbuhan bersama.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pengurus perniagaan App OPPO
Emel: foxli@oppo.com

Pengurus perniagaan Game OPPO
Emel: xuesheng@oppo.com

Source: oppo
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services