omniture

Discover PHL: Biro Konvensyen dan Pelawat Philadelphia Melancarkan Laman-Laman Web Baharu bagi Memajukan Pertumbuhan Konvensyen dan Lawatan Antarabangsa ke Bandar itu

Philadelphia Convention & Visitors Bureau
2013-04-19 20:17 240

PHILADELPHIA, 19 April 2013 /PRNewswire/ -- Biro Konvensyen dan Pelawat Philadelphia (PHLCVB) hari ini mengumumkan pelancaran laman web rasmi pelawat konvensyen dan antarabangsa untuk destinasi ini, www.discoverPHL.com. Laman web baharu ini, yang memaparkan kemeriahan Philadelphia melalui fotografi menawan berskrin penuh, isi kandungan yang menyeluruh dan penjenamaan segar, direka bagi memenuhi keperluan para pelawat penting ke Philadelphia – pelawat antarabangsa, peserta konvensyen dan perancang mesyuarat.

PHLCVB juga telah melancarkan www.discoverPHL.cn, sebuah laman web terjemahan bahasa Cina sepenuhnya yang dihoskan di China – yang pertama bagi mana-mana destinasi pelancongan AS, sebuah laman mudah alih yang kukuh, laman-laman web terjemahan sepenuhnya dalam empat bahasa (Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Portugis) dan sebuah aplikasi mudah alih pada platform iOS.

"Kami sentiasa teruja dan ingin menceritakan kisah Philadelphia kepada seluruh dunia dan discoverPHL.com membolehkan ia berlaku," kata Datuk Bandar Philadelphia Michael A. Nutter. "Philadelphia berada di kedudukan ke-12 dalam senarai destinasi pelancongan antarabangsa AS dan pelancaran alatan dalam talian terbaharu ini hanyalah salah satu daripada perkara yang sedang dilaksanakan bagi menarik lebih ramai lagi pelancong antarabangsa untuk datang ke bandar kelahiran semula yang moden ini."

"Kami telah mengambil setiap langkah bagi memastikan laman web dan produk-produk sokongan kami kukuh dan mudah dicapai oleh semua pengguna kami," kata presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PHLCVB Jack Ferguson. "Sama ada berkhidmat untuk perancang mesyuarat, atau mengalu-alukan peserta konvensyen dan pelawat antarabangsa, laman-laman web kami bakal menjadi titik permulaan bagi mengilhamkan orang ramai mengenali Philadelphia."

Antara ciri-ciri baharu laman ini:

  • Sumber Mesyuarat dan Konvensyen. Alatan baharu untuk para perancang mesyuarat bagi menyediakan acara-acara di Pusat Konvensyen Pennsylvania dan lokasi-lokasi lain.
  • Enjin Tempahan. Enjin tempahan hotel baharu diperkuasakan oleh Booking.com. Enjin tempahan ini telah dipilih kerana capaian globalnya dan ketersediaan kepada para pengguna dalam 41 bahasa dan mata wang.
  • Acara dan Jualan Yang Dijana oleh Ahli – Ahli-ahli PHLCVB kini boleh menambah acara-acara dan jualan-jualan yang boleh dicari, meningkatkan pendedahan mereka dan memacu kedatangan pelawat laman.
  • Peta dan Jadual Perjalanan – Rancang jadual perjalanan, cari hotel mengikut kategori, lihat restoran dalam kejiranan tertentu dan lebih lagi, melalui sebuah peta interaktif baharu.
  • Kesukaan. Cipta sebuah akaun dan petakan semua Kesukaan anda – restoran, tarikan pelancong, hotel dan sebagainya, yang boleh disimpan dan dicapai pada masa yang lain, termasuk menggunakan peranti mudah alih.

MMGY Global, salah sebuah firma pemasaran pelancongan terbesar di dunia, telah ditugaskan bagi membina discoverPHL.com. Mereka berkepakaran dalam program pelancongan digital dan pembangunan laman web untuk jenama pelancongan global.

Hubungi:
Khaila Edward
+1-215-636-3412
Khaila@discoverPHL.com

Source: Philadelphia Convention & Visitors Bureau
Keywords: Travel Web Site New products/services