omniture

Xinhua Silk Road: Forum untuk Inovasi dan Keusahawanan Shanghai Y50 ke-2 galakkan pembangunan pendigitalan Shanghai Timur China

Xinhua Silk Road
2021-05-20 17:03 206

BEIJING, 20 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Memandangkan pendigitalan menjadi trend pembangunan yang utama, Shanghai berusaha untuk membina sebuah bandar digital dan menyokong sepenuhnya inovasi dan keusahawanan dengan lebih banyak peluang disediakan, keadaan yang lebih baik serta persekitaran yang lebih baik, menurut Forum untuk Inovasi dan Keusahawanan Shanghai Y50 kedua yang diadakan pada 15 Mei di Shanghai, timur China.

Photo taken on May 15, 2021 shows the second Shanghai Y50 Forum For Innovation and Entrepreneurship held in east China's Shanghai.
Photo taken on May 15, 2021 shows the second Shanghai Y50 Forum For Innovation and Entrepreneurship held in east China's Shanghai.

Dimulakan dari April 2020, forum tahun ini yang bertema "Berkembang Maju di Shanghai dan Raih Pencapaian Baharu - Inovasi Mensinergikan Kekuatan untuk Pendigitalan Shanghai" ("Thriving in Shanghai and Scoring New Heights - Innovation Synergizes Strength for Shanghai's Digitalization"), menyediakan platform kepada usahawan muda untuk berkongsi idea mereka dan menjadi pendorong yang hebat dan kelebihan yang baharu untuk inovasi dan keusahawanan belia Shanghai.

Shanghai dijangka akan ditukarkan menjadi tempat ujian untuk teknologi baharu bagi membolehkan usahawan mencipta inovasi, menurut Wu Qing, Naib Datuk Bandar Shanghai.

Hakikatnya, menyasarkan untuk membina sebuah bandar digital dengan pengaruh dunia, Shanghai bekerja keras untuk mewujudkan kerangka bandar digital dengan menangani dengan jayanya hambatan aplikasi data dan mengaktifkan pembangunan senario aplikasi.

Bagi mempercepatkan penggalakan pengindustrian digital dan pendigitalan industri, Shanghai mencadangkan untuk mempercepatkan pembinaan kelompok industri digital yang bertaraf dunia seperti litar bersepadu dan kecerdasan buatan. Statistik yang dikeluarkan oleh Shanghai Integrated Circuit Industry Association menunjukkan bahawa pada tahun 2020, industri litar bersepadu Shanghai telah mencapai hasil jualan sebanyak 207.133 bilion yuan, dengan peningkatan sebanyak 21.37 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berhubung pendigitalan kehidupan, Shanghai jelas mencadangkan untuk mewujudkan sistem perkhidmatan awam digital yang mudah, memperkayakan pembekalan untuk industri kebudayaan digital dan kreatif serta membimbing pengusaha pasaran untuk mengambil bahagian dalam senario transformasi digital bagi merangsang kevitalan bandar melalui pendigitalan.

Dari segi transformasi digital terhadap infrastruktur awam, Shanghai akan memperdalam pembinaan Platform Dalam Talian Bersepadu dan pengurusan seragam yang relevan, lalu menambah baik lagi laman utama Platform untuk rakyat dan pengguna perusahaan dengan kecekapan yang tinggi, kata Wu.

Pada masa akan datang, Shanghai akan mempercepatkan pembukaan senario data dan menggalakkan selanjutnya transformasi digital dalam segenap aspek dan bidang seperti pembuatan, penyelidikan teknologi, perkhidmatan kewangan dan edaran perdagangan, tambah Wu.

Semasa berlangsungnya forum tersebut, Shanghai 50 Youth Innovation and Entrepreneurship Institute turut ditubuhkan, bagi menggalakkan pengendalian forum yang diseragamkan dan diinstitusikan serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih baik demi inovasi dan keusahawanan di Shanghai.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/321574.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications