NORSBERG, Sweden, 22 April 2013 /PRNewswire/ --
Dalam tempoh lima tahun lalu Nolek telah membelanjakan sejumlah besar wang dan masa bagi membangunkan SniffIT Technology® miliknya. Versi analog produk itu pertama kali dilancarkan di pasaran pada tahun 2010. Sejak itu, Nolek berusaha ke arah pendigitalan produk tersebut, memperhalusi sel penyukatan dan lain-lain peningkatan berdasarkan maklum balas pengguna. Kini produk tersebut sedia untuk dilancarkan di pasaran.
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130319/610687-a )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130319/610687-b )
Siri baharu pengesan kebocoran mudah alih SniffIT Digital® benar-benar melakar semula corak pasaran pengesan kebocoran. Pengesan kebocoran SniffIT Digital® adalah penghidu mudah alih berkepekaan tinggi paling tepat di dunia hari ini, namun harganya adalah yang terendah dalam rangkaian julat kepekaan pengesan yang seangkatan dengannya.
"...Anjakan teknologi yang dicapai Nolek dengan penghidu ini mudah dibayangkan dengan membandingkan perbezaan antara telefon bimbit pertama yang dipasang di dalam kereta dengan iPhone moden. Kami telah menukar produk yang diketahui oleh pasaran sebagai kotak yang besar, mahal dan berat yang bersambung hos dan menjadikannya sebuah produk yang benar-benar mudah alih iaitu tidak melebihi saiz tangan manusia dan secara perbandingannya - sangat ringan. Pada masa yang sama siri pengesan kebocoran SniffIT Digital® mempunyai kepekaan yang lebih tinggi dan boleh menyukat kebocoran dengan lebih pantas, lebih baik dan didatangkan dengan pelbagai fungsi tambahan yang tidak mampu ditawarkan oleh teknologi kuno.
Kami sangat berbangga dengan siri baharu pengesan kebocoran SniffIT Digital® kami dan kami tahu para pelanggan kami gembira untuk menyertai kami dalam anjakan teknologi ini. Kami sudah mendapat maklum balas yang sungguh mengagumkan daripada pasaran dan kami teruja untuk menawarkan siri produk revolusi ini kepada para pengguna lama dan baharu seluruh dunia..."Komen Pär Thomaeus, Pengurus Jualan bagi Produk Standard di Nolek.
Siri pengesan kebocoran SniffIT Digital® akan dilancarkan dalam dua versi. SniffIT X1 Pro & Lite untuk mengesan kebocoran helium dan hidrogen, dan SniffIT X3 Pro & Lite untuk gas-gas penyejukan. SniffIT X1 Digital® boleh mengesan kebocoran gas helium dan hidrogen serendah 1*10 mbar.l/s. SniffIT X3 Digital® boleh mengesan kebocoran gas-gas penyejukan hingga serendah 0,5g/y.
Dalam tahun akan datang, versi-versi baharu siri SniffIT Digital® bakal ditambahkan bagi mengesan gas-gas lain seperti gas asli mampat (CNG).
Untuk pertanyaan mengenai siri SniffIT Digital®, sila hubungi: par.thomaeus@nolek.com, +46-8531-94200
Sumber: Nolek