omniture

ZTE Keluarkan Laporan Kelestarian 2020

Mencapai Kejayaan Bersama dalam Ekonomi Digital dan Mencipta Nilai Lestari untuk Masyarakat
ZTE Corporation
2021-05-21 14:57 243

SHENZHEN, China, 21 Mei 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan Laporan Kelestarian 2020nya.


Laporan ini menunjukkan bahawa ZTE, susulan kedudukan strategiknya sebagai "pemacu ekonomi digital", memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya secara proaktif pada tahun 2020. Semasa memanfaatkan teknologi untuk memerangi pandemik Covid-19, ZTE berusaha sedaya upaya untuk menggalakkan pembangunan ekonomi digital dan meneruskan pertumbuhan mesra alam. Sementara itu, syarikat ini menyumbang kepada masyarakat global dan terus meningkatkan amalan tadbir urus korporatnya serta merancang untuk masa depan.

ZTE mengeluarkan laporan kelestariannya setiap tahun selama 13 tahun berturut-turut.

Memanfaatkan 5G untuk memerangi pandemik Covid-19 dengan cara yang menyeluruh

Pada awal tahun 2020, dalam menghadapi wabak Covid-19 yang berlaku secara tiba-tiba, ZTE mengaktifkan segera mekanisme tindak balas kecemasan bagi pencegahan dan kawalan pandemik. Semasa melaksanakan langkah-langkah pencegahan pandemik dengan ketat bagi melindungi kesihatan dan keselamatan kakitangan, ZTE menggalas tanggungjawab sosial korporat dan mengambil tindakan untuk memerangi Covid-19 melalui penggunaan pelbagai teknologi.

Semasa peringkat awal pandemik Covid-19 pada tahun 2020, ZTE menyelaraskan sumber dengan pantas di seluruh dunia, meliputi pengeluaran dan pengedaran, pembinaan rangkaian, komunikasi terjamin, perkhidmatan di lapangan, aplikasi perkhidmatan dan banyak lagi. Ia membina rangkaian 4G/5G dengan operator untuk lebih 210 hospital di 82 bandar dalam 26 wilayah di tempat asalnya, merapatkan jurang komunikasi yang diperlukan untuk sokongan kehidupan. Ketika pandemik ini menjadi semakin buruk, ZTE berganding bahu bersama rakan-rakan kongsi industri bagi membangunkan aplikasi yang inovatif termasuk teleperubatan berasaskan 5G, logistik pintar, kelas berasaskan awan 5G dan keselamatan tiga dimensi, seterusnya memanfaatkan teknologi untuk menewaskan Covid-19.

Di samping itu, berdepan dengan cabaran pandemik global, ZTE menubuhkan 12 cawangan sukarelawan di Wuhan, Chengdu, Chongqing dan bandar-bandar lain di China serta di Myanmar, India dan negara-negara lain. Kesemua sukarelawan ini memberi sokongan padu untuk memulihkan pandemik dan kecemasan lain. Dalam masa yang sama, ZTE Foundation menyumbang bahan-bahan pencegahan pandemik termasuk pelitup muka, gogal, pakaian pelindung dan ventilator kepada barisan hadapan pandemik di China dan lebih 50 negara serta wilayah di serata dunia.

Mengejar kecekapan teras yang lebih tinggi dan mencapai kejayaan bersama dalam ekonomi digital 

Ekonomi digital mempercepatkan integrasi ke dalam industri-industri lain dan telah menjadi pemacu pembangunan ekonomi global yang baharu. Berlatarbelakangkan hal ini, ZTE komited untuk menjadi pemacu ekonomi digital dengan mencipta dan berkongsi peluang pembangunan bersama pihak-pihak yang berkaitan untuk bersama-sama menggalakkan pembangunan ekonomi digital yang sihat.

Presiden ZTE Corporation, Xu Ziyang mengulas, "Pada tahun 2020, pandemik benar-benar mengubah cara orang ramai menjalani kehidupan dan bekerja, menjadikan perkhidmatan ICT sebagai satu keperluan sama seperti udara, air dan kuasa elektrik. Seterusnya, perusahaan perlu mempercepatkan transformasi digital dan pintar, bukan sahaja untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan, tetapi untuk menjadi lebih tangkas dan pintar, lantas dapat menangani ketidaktentuan dengan lebih baik dalam persekitaran luaran, pasaran dan teknologi."

Laporan ini menyatakan bahawa ZTE, untuk menjadi "pemacu ekonomi digital", menganggap inovasi teknologi sebagai daya pemacu utama pembangunan korporat. Kekal berada di landasan untuk mengejar kecekapan teras yang lebih tinggi, syarikat ini terus berinovasi dalam cip, algoritma, seni bina, pangkalan data dan sistem operasi, antara lain, yang meletakkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan yang lebih mantap. ZTE telah melabur sebanyak lebih daripada RMB 10 bilion setiap tahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan menjelang penghujung Mac 2021, telah memfailkan 80,000 permohonan paten global, dengan lebih daripada 38,000 diluluskan. Menurut laporan "Who is leading the 5G patent race?" ("Siapa yang menerajui perlumbaan paten 5G") yang diterbitkan pada bulan Februari oleh IPlytics yang berpangkalan di Berlin, ZTE telah dimasukkan ke dalam senarai 3 teratas global untuk kepimpinan lestarinya dalam Paten Penting-Standard (SEP) yang diisytihar 5G kepada ETSI.

Dalam masa yang sama, mendukung objektif "Memperkasa industri-industri melalui inovasi dan mencapai kejayaan bersama dalam ekonomi digital", ZTE berazam untuk merapatkan jurang digital antara senario perniagaan tradisional dan aplikasi teknologi digital, menyediakan industri-industri dengan penyelesaian berasaskan senario yang benar-benar mencipta nilai dan menjadi peneraju dalam transformasi digital industri-industri. Pada tahun 2020, dengan bergantung pada rangkaian terbaiknya, "penyelesaian awan dan rangkaian yang jitu" serta platform pemungkin, ZTE, berserta lebih 500 rakan kongsi dalam bidang perindustrian, industri pengangkutan, tenaga, kerajaan, kewangan, kebudayaan dan pelancongan antara lain, menjalankan aplikasi inovatif dan amalan perniagaan 5G serta mencipta kira-kira 100 senario untuk aplikasi 5G yang inovatif. Ia memenuhi tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh sebagai peneraju industri dengan kekuatan inovatif yang mantap.

Sebagai contoh, dalam bidang perindustrian, projek kilang pintar, yang bersama-sama disempurnakan oleh ZTE dan Yunnan Sunho Aluminum, menggalakkan transformasi dan penaiktarafan Sunho dengan "pembuatan pintar" dan membolehkan perusahaan industri tradisional itu menjimatkan kos kendalian, mengurangkan tenaga kerja dan meningkatkan kecekapan. Dari segi rawatan kesihatan, ZTE menawarkan penyelesaian rawatan kesihatan pintar 5G yang menggabungkan aplikasi inovatif sedemikian seperti demonstrasi operasi, perundingan jarak jauh, pusingan wad secara jarak jauh serta diagnosis terbantu-AI dan mudah alih bagi melindungi setiap nyawa manusia.

Dari segi pendidikan pula, syarikat ini menyediakan pelbagai senario dan aplikasi yang inovatif untuk pendidikan seperti bilik darjah jarak jauh 5G + 4K, pendidikan XR berasaskan awan 5G, pengajaran 5G + AR dan bilik darjah holografik 5G+, bagi mencetuskan sifat ingin tahu dalam diri kanak-kanak dan memasang impian mengenai masa depan.

Dalam bidang kewangan, pangkalan data teragih yang dibangunkan sendiri oleh ZTE, GoldenDB, bertindak sebagai asas yang selamat dan andal untuk sistem perkhidmatan perbankan, melindungi setiap transaksi untuk lebih 300 juta pelanggan. Di samping itu, dengan menggunakan teknologi inovatif kepada telefon pintar serta terminal maklumat peribadi dan di rumah, ZTE menjadikan gaya hidup pintar 5G semua-senario suatu kenyataan dengan pelbagai terminal pintar 5G yang beraneka demi kejayaan bersama dalam ekonomi digital.

Melaksanakan konsep pembangunan mesra alam bagi mencapai matlamat "keneutralan karbon" 

Dengan "keneutralan karbon" mencapai kata sepakat dalam ekonomi-ekonomi utama di seluruh dunia, ZTE mengambil bahagian dengan aktif dalam penyahkarbonan ekonomi global dan menggalakkan lagi pengkomersialan 5G mesra alam dalam beberapa bidang bagi membantu semua industri memasuki saluran pembangunan mesra alam dengan pantas.

"Kami benar-benar percaya bahawa perairan yang jernih dan gunung ganang yang menghijau merupakan aset yang tidak ternilai harganya dan berusaha mengurangkan impak ke atas alam sekitar kita daripada sumber tersebut. Kami menggunakan bahan-bahan mentah yang lebih mesra alam dan meningkatkan teknik pengeluaran," tegas Xie Junshi, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi ZTE dalam laporan tersebut. "Kami menggunakan teknologi yang lebih canggih bagi menggalakkan prestasi produk. Kami komited terhadap kecekapan spektrum yang terbaik, kecekapan tenaga yang terbaik dan kecekapan operasi rangkaian yang terbaik bagi memudahkan pembangunan lestari."

Dengan kedatangan era 5G, penggunaan tenaga daripada stesen utama dan terminal 5G dianggap sebagai isu utama untuk pembangunan industri yang lestari. ZTE meneroka cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga daripada stesen utama dengan aktif dan mengatur lebih daripada 500 paten inovasi 5G mesra alam. Syarikat ini menumpukan perhatian untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan penggunaan melalui cip prestasi tinggi yang dibangunkan sendiri, operasi berkecekapan tinggi, reka bentuk struktur utama dan kekuatan teknologi. Selain itu, ZTE telah membantu lebih daripada 20 operator bagi membina lebih 500,000 tapak mesra alam berkecekapan tinggi di negara-negara dan wilayah-wilayah seperti China, Itali, Vietnam, Myanmar, Pakistan, Afrika Selatan dan Etiopia. Pada tahun 2020, ZTE melancarkan PowerPilot – penyelesaian cekap-tenaga rangkaian 4G dan 5G. Tenaga yang dijimatkan oleh penyelesaian PowerPilot ialah dua kali ganda lebih banyak daripada penyelesaian penjimatan tenaga berasaskan AI konvensional dan ia dapat menjimatkan tenaga sehingga 20% dalam rangkaian berbilang mod, lantas mengurangkan perbelanjaan operasi dengan berkesan. Ketika ini, penyelesaian ini berjaya dikomersialkan di lebih daripada 700,000 tapak di lebih 20 rangkaian seluruh dunia.

Di samping itu, ZTE mengambil bahagian dengan aktif dalam penyelesaian subjek yang berkaitan dengan standard penjimatan tenaga. Pada tahun 2020, bersama-sama GSMA Intelligence, peneraju dalam penyelidikan telekomunikasi, media dan teknologi (TMT) global dan sebahagian daripada GSMA yang lebih luas, ZTE mengeluarkan kertas putih "5G Energy Efficiencies, Green is the New Black". Kertas putih tersebut menganalisis latar belakang dan prinsip pembinaan dan peningkatan kecekapan tenaga rangkaian telekomunikasi dalam era 5G daripada aspek pengurangan kos, pengoptimuman prestasi rangkaian, keselamatan tenaga dan sumbangan kepada pengurangan emisi karbon global. Ia juga menyimpulkan mengenai kebolehlaksanaan penjimatan tenaga dan pengurangan penggunaan melalui inovasi.

Sebagai pengamal pembangunan mesra alam yang aktif, ZTE Corporation turut menggalakkan pengurusan perlindungan alam sekitar secara komprehensif dalam operasi pejabat dan pengeluaran harian syarikat. Syarikat ini berorientasikan sasaran pengurusan dari segi penjimatan tenaga serta emisi ekzos dan ia mengukuhkan lagi teknologi pengeluaran dan peningkatan peralatan bagi mengurangkan penggunaan sumber semula jadi dan impak ke atas alam sekitar.

Berkembang bersama kakitangan dan rakan kongsinya serta menyumbang kepada masyarakat global 

Pada tahun 2020, ZTE meningkatkan lagi transformasi digital dalamannya dan mencipta "Ultimate Cloud Company" awan-sepenuhnya, pintar dan ringan dalam bidang R&D, operasi, pejabat dan pengeluaran. Di samping dapat mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan dan meningkatkan kualiti, syarikat ini menghadapi ketidaktentuan masa depan dengan fleksibel. Semasa berlakunya pandemik ini, perkhidmatan awan ZTE membolehkan lebih daripada 70,000 kakitangan di seluruh dunia bekerja dari rumah. Lebih penting lagi, kecekapan kerja jarak jauh lebih 30,000 kakitangan R&D mencapai lebih daripada 95%.

Dari segi tadbir urus korporat, ZTE mengukuhkan lagi tarikan dan insentif bakat utama, meningkatkan sistem pengurusan pematuhan, meningkatkan sistem pengurusan kawalan dalaman korporat dan mencapai pertumbuhan yang berkualiti tinggi sepanjang laluan tiga fasa iaitu "pemulihan, pertumbuhan dan pengembangan".

Berhubung aspek-aspek sumbangan terhadap masyarakat global, ZTE Foundation sentiasa kekal komited terhadap misinya iaitu untuk "menyokong semangat kebajikan awam, memenuhi tanggungjawab korporat dan menggalakkan pembangunan kebajikan awam." Sepanjang tahun lalu, syarikat ini memfokuskan pada tiga bidang utama: rawatan perubatan, bantuan pendidikan dan bantuan untuk kumpulan kurang bernasib baik serta menganjurkan aktiviti kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan dengan aktif.

Pada tahun 2020, ZTE Foundation melabur sebanyak lebih daripada 14 juta yuan dalam kebajikan awam, melaksanakan 37 projek kebajikan awam dan menjalankan 73 aktiviti kebajikan awam secara sukarela. Indeks Ketelusan Yayasan China 2020 (FTI) Yayasan tersebut, memperoleh markah penuh dalam tiga tahun berturut-turut dan memenangi "Anugerah Inovasi Amal Tahunan" dan "Anugerah Projek Amal Tahunan" di Festival Amal China ke-10.

Melangkah ke hadapan, ZTE akan kekal komited sepenuhnya terhadap pembangunan lestari di seluruh dunia dan sebagai "pemacu ekonomi digital", melaksanakan tanggungjawab sosialnya. Syarikat ini akan terus berkembang bersama-sama kakitangan dan rakan kongsinya, mengharapkan untuk merealisasikan pembangunan bersama antara perusahaan, individu, rakan kongsi dan persekitaran bagi mendayakan komunikasi dan kepercayaan di mana-mana sahaja.

Klik di sini untuk melihat dan memuat turun seluruh laporan:
https://res-www.zte.com.cn/mediares/zte/Files/PDF/white_book/202105191132EN.pdf

Hubungan Media:
Margaret Ma 
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Corporate Social Responsibility