omniture

Yahoo! Bekerjasama dengan Vserv.mobi untuk Pengewangan Mudah Alih Seluruh Asia Tenggara

Vserv.mobi
2013-04-22 09:43 155

SINGAPORE, MUMBAI, LONDON dan SAN FRANCISCO, 22 April 2013 /PRNewswire/ --

Yahoo! Inc. (YHOO) telah menempa hubungan strategik dengan Vserv.mobi, sebuah peneraju rangkaian pengiklanan mudah alih sedunia, untuk mengewangkan inventori premium Yahoo. Hubungan kerjasama ini akan merentasi seluruh pasaran utama di Asia Tenggara termasuk di Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam. (Baca pengumunan)

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120725/546333 )

Mengulas tentang hubungan kerjasama ini, Vikas Gulati, Timbalan Presiden - Pembangunan Perniagaan Asia Tenggara, Vserv.mobi, berkata, "Bersandarkan wawasan strategik kami yang sentiasa mencari keberuntungan bagi semua pemegang saham kami, kami percaya bahawa pengumuman hari ini bakal mengaut keuntungan lumayan bagi kedua-dua ekosistem Yahoo! dan pihak pengiklan. Sebagai penerbit digital premium dengan jumlah penonton setia yang luar biasa, Yahoo! akan mampu menawarkan seluruh inventori mudah alih mereka kepada tapak pengiklan kami yang luas di seluruh Asia Tenggara, sambil mengewangkannya dengan hasil optimum di dalam wilayah tersebut."

Dippak Khurana, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama, Vserv.mobi, menambah lagi, "Dengan hubungan kerjasama ini,para pengiklan kami mampu memiliki kelebihan dengan kombinasi kukuh para pengikut rangkaian kami yang disasarkan mengikut kebolehan dengan inventori premium Yahoo."

Ditubuhkan pada tahun 2010, Vserv.mobi adalah sebuah Rangkaian Pengilkanan Mudah Alih Global yang memenangi anugerah, dan telah dinamakan sebagai Syarikat Media Terbaik di MMA Smarties dan disenaraikan dalam Anugerah Red Herring Top 100. Dengan platform utama syarikat itu, AppWrapper™ dan AudiencePro™, Vserv mempersembahkan usul bernilai yang menarik bagi seluruh ekosistem mudah alih, termasuk pengiklan jenama, penerbit premium, pembina aplikasi dan pembekal telekomunikasi. Baru-baru ini syarikat itu telah mengumumkan pertumbuhan pesatnya di Asia Tenggara, dengan Permintaan Pengiklanan bertambah 6 kali ganda di dalam wilayah tersebut. Pengumuman ini juga telah mengutarakan rancangan syarikat itu untuk proses perluasan dan pengambilan pekerja di seluruh pasaran utama Asia Tenggara pada tahun akan datang.

Mengenai Vserv.mobi

Vserv.mobi adalah sebuah peneraju Rangkaian Pengiklanan Mudah Alih Global dengan tapak yang kukuh dalam pasaran-pasaran yang baru muncul.

Teknologi perintis Vserv, AppWrapper™ memperkenalkan Aplikasi Pengewangan Satu Klik untuk lebih daripada 20,000 aplikasi di seluruh platform. AppWrapper™ adalah Aplikasi Pengewangan Termudah di Dunia - ia membolehkan pengiklanan premium dan model harga yang inovatif untuk mana-mana aplikasi, tanpa pengekodan, dengan hanya satu klik.

Sebuah lagi platform Vserv yang mengubah corak pasaran, AudiencePro™, menggabungkan skala Rangkaian Pengiklanan Mudah Alih global Vserv.mobi dengan data pengguna menyeluruh daripada syarikat-syarikat telekomunikasi, bagi merevolusikan cara para pengiklan mencapai penonton sasaran mereka di seluruh platform mudah alih.

Vserv adalah satu-satunya Rangkaian Pengiklanan dengan Aplikasi media dalam semua telefon bimbit, telefon pintar dan komputer tablet, seterusnya menyediakan para pengiklan dengan jangkauan dan penglibatan yang tiada tandingan. Layari Vserv.mobi untuk maklumat lanjut.

Hubungan Media:

Binay Tiwari
+91-22-29275128
press@vserv.mobi

Sumber: Vserv.mobi

Source: Vserv.mobi
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Joint ventures