omniture

Hisense Melonjak Nilai Jenamanya, Sasar Capai Hasil $47 Bilion menjelang 2025

Hisense
2021-05-21 18:44 315

LONDON, 21 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Kantar dan Google melancarkan "Laporan Kedudukan Pembina Jenama Global Cina BrandZ 50 Teratas 2021" ("2021 Top 50 BrandZ Chinese Global Brand Builders Ranking Report"). Dalam satu tinjauan terhadap tabiat pengguna melibatkan lebih 860,000 pengguna global, Hisense meraih kedudukan No. 7 dalam senarai tersebut dan menduduki kedudukan No. 1 dalam industri perkakas rumah, justeru mengekalkan kedudukan dalam senarai 10 jenama terbaik selama 5 tahun berturut-turut. Dalam "Jenama-jenama Terkenal Cina 20 Teratas dalam Pasaran Baru Muncul," Hisense menduduki kedudukan No. 8 dan No. 1 dalam industri perkakas rumah.

Hisense ranked No.7 in BrandZ TOP 50 Chinese Global Brand Builders 2021
Hisense ranked No.7 in BrandZ TOP 50 Chinese Global Brand Builders 2021

Biarpun terkesan akibat pandemik ini, Hisense meneruskan pelaburan pembinaan jenamanya untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara. Pada tahun 2020, hasil luar negara Hisense mencecah $7.93 bilion yang menyumbang sebanyak hampir 40% daripada hasil keseluruhan manakala pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya mencecah 18.2%. Data untuk suku pertama tahun 2021 menunjukkan bahawa bahagian hasil luar negara Hisense telah melebihi 42%. Menurut matlamat strategi globalisasi Hisense, Hisense menyasarkan untuk mencapai hasil sebanyak $47 bilion menjelang tahun 2025, dengan pasaran luar negara menyumbang sebanyak 50% daripada keseluruhannya.

Hisense ranked No.8 in BrandZ TOP 20 Chinese Brand Stars 2021
Hisense ranked No.8 in BrandZ TOP 20 Chinese Brand Stars 2021

"Pengglobalisasian Hisense perlulah sesuatu yang komprehensif melibatkan pembangunan, pembuatan, penjenamaan dan pemasaran produk," kata Jia Shaoqian, Presiden Hisense Group.

Hisense memulakan perdagangan luar negaranya pada tahun 1985 dan menubuhkan secara rasminya sebuah syarikat Afrika Selatan pada tahun 1996 bagi membina tapak pengeluaran luar negara pertamanya. Sehingga kini, Hisense mempunyai 90,000 kakitangan di 54 syarikat di seluruh dunia dengan 16 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta 16 tapak pengeluaran. Bermula daripada inovasi teknologi yang canggih hinggalah reka bentuk produk setempat, Hisense mempercepatkan proses penyetempatan dan globalisasi secara berperingkat-peringkat dengan terus mengukuhkan pembinaan jenama.

Pemerolehan jenama-jenama tempatan yang terkenal merupakan bahagian penting dalam strategi globalisasi Hisense, sesuatu yang mencabar untuk keupayaan pengurusan silang budaya Hisense. Dengan mengambil contoh pemerolehan Toshiba Visual Solutions Corporation ("TVS"), Hisense telah mengamalkan prinsip pengurusan setempat. Semua jawatan jabatan diurus oleh pengurus Jepun manakala jawatan timbalan dilantik daripada ibu pejabat yang turut merangsang kevitalan tenaga kerja dengan positif.

Hisense juga meraih pengiktirafan kerana menyumbang untuk masyarakat setempat. Projek Taman Perindustrian Perkakas Hisense di Afrika Selatan merupakan kes luar biasa yang disebut oleh UNOSSC kerana Hisense bukan sahaja memacu pembangunan industri pembuatan setempat yang mampan, tetapi turut mencipta peluang pekerjaan, lalu meningkatkan pembangunan kewangan dan sosial dengan jayanya di Afrika Selatan.

Dari segi pembinaan jenama, Hisense bertegas untuk membina Sport IP, menggunakan sukan sebagai penghubung kepada pengguna untuk meningkatkan komunikasi emosi. Sejak tahun 2016, Hisense telah menaja acara-acara terkenal seperti Euro 2020 dan FIFA World Cup. Selain itu, Hisense telah mempercepatkan pengglobalisasian dan rejuvenasi jenamanya serta mencapai peningkatan yang ketara dalam bahagian pasaran serta ekuiti jenamanya dengan berganding bahu bersama kelab bola sepak global PSG dan organisasi e-sukan FNATIC.

Hisense sponsored EURO 2016 and EURO 2020 consecutively
Hisense sponsored EURO 2016 and EURO 2020 consecutively

Kini, Hisense telah berkembang daripada pengeluar TV menjadi penyedia sistem penyelesaian paparan Berbilang-senario. Selain daripada industri perkakas rumah, Hisense turut membangunkan rawatan kesihatan pintar, bandar pintar dan kehidupan pintar bagi membina jenama yang paling dipercayai dan bernilai di dunia.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Survey, Polls & Research