LONDON, 23 April 2013 /PRNewswire/ --
- Laporan Baharu Mengenalpasti Standard Dunia dan Trend Baharu untuk Lembaga Pengarah yang Lebih Berkesan
- Kajian utama baharu yang dibuat ke atas komposisi dan budaya bilik lembaga pengarah sedunia mengkaji bagaimana struktur lembaga pengarah berubah
- Di seluruh dunia, lembaga-lembaga pengarah menjadi semakin kecil – dan lembaga pengarah yang lebih kecil lebih cenderung meningkatkan prestasi harga saham
- Kepelbagaian, dalam erti kata yang paling luas, adalah kunci kepada lembaga pengarah yang lebih berkesan
- Syarikat-syarikat dengan nisbah pengarah eksekutif kepada pengarah bukan eksekutif (NED) yang lebih tinggi cenderung untuk bekerja dengan lebih baik dan NED yang datang daripada sektor berbeza atau merupakan CEO di syarikat lain juga adalah kunci pada prestasi yang berjaya
- Persengketaan pelabur dan eksekutif dalam 'shareholder spring' telah diperbesar-besarkan dan kerjasama positif antara pemegang saham dan ahli lembaga adalah lebih ketara
Langkah mengecilkan saiz lembaga pengarah menyebabkan usaha mempelbagaikan ahli lembaga pengarah menjadi lebih sukar, menurut satu laporan utama baharu yang dikeluarkan hari ini (Isnin 22 April 2013) oleh firma perundangan global Eversheds. Kajian ini menunjukkan bahawa, walaupun syarikat-syarikat dengan lembaga pengarah yang lebih kecil cenderung untuk menghasilkan prestasi harga saham yang lebih baik, pengerusi dan jawatankuasa pencalonan perlu mengimbangi saiz dengan sebilangan faktor penting yang lain yang boleh menunjukkan prestasi harga saham yang lebih tinggi, seperti melantik lebih ramai eksekutif dalam lembaga pengarah dan menggalakkan kepelbagaian yang lebih luas dalam erti kata yang lebih besar.
'Laporan Lembaga Eversheds: Lembaga yang Lebih Berkesan' adalah sebuah kajian global yang menganalisis prestasi harga saham lebih 500 buah syarikat besar di Eropah, AS, Asia-Pasifik, Timur Tengah dan Brazil antara tahun 2011 dan 2012 bagi menyelidik ciri-ciri bilik lembaga pengarah sedunia. Laporan ini juga menampilkan wawancara mendalam dengan 85 orang ahli lembaga pengarah kanan dari seluruh dunia. Ia ekoran daripada Laporan Lembaga Eversheds pertama yang diterbitkan pada tahun 2011, kajian pertama yang membandingkan komposisi lembaga pengarah dan prestasi harga saham dengan penyelidikan dijalankan sejak tahun 2007 lagi.
Laporan ini mengetengahkan trend sedunia dalam komposisi lembaga pengarah dalam 5 tahun kebelakangan ini, terutamanya trend ke arah pembentukan lembaga pengarah yang lebih kecil, dengan perkembangan ini berkadar secara konsisten dengan harga saham syarikat yang lebih tinggi merentasi rantau antarabangsa dan sektor industri. Kajian ini menunjukkan bahawa secara purata lembaga pengarah kini 8% lebih kecil jika dibandingkan dengan lembaga pengarah 5 tahun lalu, dengan perubahan terbesar berlaku dalam tempoh 3 tahun lalu, turun ke 7% dari tahun 2009 ke 2012. Penurunan dalam saiz lembaga pengarah ini juga memberi kesan terhadap setiap NED yang menerima jangkaan yang lebih tinggi. Hampir semua ahli lembaga pengarah (93%) yang diwawancara untuk laporan ini percaya sebuah lembaga pengarah yang efektif seharusnya mempunyai kurang daripada 12 orang ahli.
Kajian ini menunjukkan bahawa kepelbagaian adalah aspek penting bagi lembaga pengarah yang berjaya; dengan majoriti ahli lembaga pengarah (61%) percaya yang kepelbagaian dalam erti kata yang meluas mempunyai impak penting ke atas prestasi lembaga pengarah. Ini termasuklah kepelbagaian set kemahiran, kepakaran di luar sektor, pengalaman antarabangsa, usia dan latar belakang dan juga jantina. Tumpuan pada kepelbagaian ini, bila digabungkan dengan saiz lembaga pengarah yang mengecil, bermakna membuat keputusan mengenai komposisi lembaga pengarah menjadi semakin mencabar bagi para pengerusi dan jawatankuasa pencalonan.
Kajian ini juga mengenalpasti syarikat-syarikat dengan jumlah pengarah eksekutif yang lebih ramai dalam lembaga pengarah mereka cenderung untuk mempunyai prestasi harga saham yang lebih baik, begitu juga dengan syarikat-syarikat yang mempunyai lebih banyak pengarah dalam lembaga mereka yang mempunyai pengalaman dalam sektor industri yang berbeza. Meskipun terdapat kaitan antara kepelbagaian pengalaman dalam sektor dengan prestasi yang lebih baik, trend masa kini adalah melantik NED dengan pengalaman sektor industri yang sama dalam setiap wilayah kecuali di Hong Kong. Perkara ini masih berlaku walaupun separuh daripada para pengarah yang diwawancara mengakui bahawa kepelbagaian pengalaman dalam sektor boleh membantu prestasi dan boleh menangkis "pemikiran kumpulan". John Heaps, pengerusi di Eversheds, memberikan komen:
"Sejak Laporan Lembaga Pengarah Eversheds yang pertama diterbitkan pada tahun 2011, perhatian media yang meningkat dan keadaan ekonomi yang mencabar bermaksud lembaga-lembaga pengarah kini diperhatikan dengan lebih teliti. Mengimbangi keputusan pertumbuhan yang strategik dengan pelbagai faktor risiko dan peraturan yang lebih ketat sudah menjadi cabaran pada lembaga-lembaga pengarah seluruh dunia pada tahun 2013.
"Dengan latar belakang tersebut, kami mahu memberikan tinjauan yang lebih mendalam terhadap ciri-ciri lembaga pengarah yang berkesan. Laporan baharu kami meneliti komposisi Lembaga yang berubah, ciri-ciri lembaga pengarah di syarikat yang berprestasi lebih baik, penglibatan pemegang saham dan pengurusan risiko. Kami percaya hasil kajian dalam Laporan Lembaga kedua kami akan memberi sumbangan yang berharga terhadap perdebatan mengenai tadbir urus korporat yang baik di dalam bilik lembaga pengarah."
"Memang sesuatu yang menggalakkan apabila penyelidikan kami menunjukkan bahawa kepelbagaian masih lagi menjadi keutamaan yang penting, dengan para pengarah kini mengubah arah perdebatan melangkaui jantina dan juga melibatkan usia, sektor dan set kemahiran serta pengalaman antarabangsa. Namun, trend lembaga pengarah yang lebih kecil bermakna mencapai kepelbagaian seperti ini bakal menjadi cabaran yang semakin sukar."
Isu kepelbagaian jantina dalam bilik lembaga pengarah juga diselidik dalam kajian global ini, dan penemuannya mendapati bahawa dalam tempoh 5 tahun lepas, terdapat peningkatan sebanyak 50% dalam peratusan pengarah wanita dalam lembaga pengarah di setiap rantau. Namun begitu, peningkatan ini berlawanan dengan konteks asas rendah dan pelantikan wanita kebanyakannya adalah untuk jawatan bukan eksekutif, berbanding dengan pelantikan kedudukan eksekutif. Peningkatan yang terbesar adalah di Eropah (156%) dan di Hong Kong (133%).
Persengketaan yang dikenali sebagai 'shareholder spring' telah menarik minat pihak media. Namun, kajian itu menunjukkan bahawa kejadian ini telah diperbesar-besarkan dan realitinya adalah terdapat bukti kerjasama yang lebih positif antara pemegang saham dan ahli lembaga pengarah. Hanya 14 daripada 140 syarikat yang dianalisis menerima kurang daripada 80% kelulusan pemegang saham untuk pakej saraan eksekutif mereka, dengan purata kelulusan pemegang saham pada kedudukan 90%. Kebanyakan pengarah yang diwawancara mengakui bahawa penglibatan pemegang saham memang memberi impak terhadap strategi dan pemberian gaji ahli lembaga pengarah, dan menyarankan penglibatan awal untuk isu-isu yang sukar. Salah satu sebab yang dipetik untuk sokongan pemegang saham yang tinggi ini adalah komunikasi proaktif yang awal antara ahli lembaga pengarah dan para pemegang saham.
Untuk memohon salinan 'Laporan Lembaga Eversheds: Lembaga yang Lebih Berkesan', sila layari : http://bit.ly/YZtn6n.
Nota kepada editor
Mengenai 'Laporan Lembaga Eversheds: Lembaga yang Lebih Berkesan'
Laporan Lembaga Eversheds yang pertama telah diterbitkan pada tahun 2011 dan memberi tinjauan dalam hubungan antara komposisi lembaga pengarah dan prestasi harga saham bagi beberapa syarikat terbesar di seluruh dunia, semasa dan selepas krisis kewangan, meliputi tempoh dari tahun 2007 hingga 2009.
Untuk kajian global keduanya mengenai komposisi lembaga pengarah - 'Laporan Lembaga Eversheds: Lembaga yang Berkesan' – Eversheds ingin memberi tinjauan yang lebih mendalam terhadap ciri-ciri lembaga pengarah yang berkesan. Firma perundangan global ini telah mengemaskini dan memperluaskan kajian empirik bagi melaksanakan analisa yang lebih terperinci syarikat-syarikat terkenal di UK, Benua Eropah, AS, Asia-Pasifik, Timur Tengah dan Brazil. Laporan ini juga menganalisis angka-angka harga saham dan menggabungkan pandangan mendalam daripada lebih 100 ahli lembaga pengarah kanan dari seluruh dunia.
Mengenai Eversheds LLP
Eversheds LLP dan pejabat-pejabat seluruh dunianya mempunyai lebih 4,500 kakitangan yang menawarkan perkhidmatan pada sektor swasta dan awam komuniti perniagaan dan kewangan. Akses pada semua perkhidmatan ini disediakan melalui 43 cawangan antarabangsa dalam 26 bidang kuasa. Eversheds menggabungkan pengetahuan pasaran tempatan dan akses dengan kepakaran, sumber dan kebolehan antabangsa yang disediakan oleh salah satu firma perundangan terbesar di dunia.
Sumber: Eversheds