omniture

Forum Media Eurasia ke-11 (EAMF) Bakal Berlangsung di Ibu Negara Kazakhstan, Astana pada 25 April 2013

Eurasian Media Forum Organizing Committee
2013-04-24 14:32 129

ASTANA, Kazakhstan, 24 April 2013 /PRNewswire/ -- Menurut Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev, "Sejak ia diadakan buat kali pertama 10 tahun lalu, Forum Media Eurasia telah berkembang menjadi platform dialog unik untuk bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu penting masa kini di peringkat dunia. Pakar-pakar terkemuka seluruh dunia yang dihimpunkan di forum tersebut membentuk reaksi intelektual global kepada cabaran-cabaran moden kurun ke-21"

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130418/610565-a )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130418/610565-b )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130418/610565-c )

Untuk menonton Sidang Media Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/58721-eurasian-media-forum-meet-in-kazakhstan

Sindrom Cyprus, pengunduran tentera NATO dari Afghanistan, keselamatan maklumat, trend media kurun ke-21 dan banyak lagi isu bakal menjadi agenda utama dalam EAMF 2013. Para Pembentang di Forum Media itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri Greece T. Pangalos, calon presiden Republik Islam Iran H. Amirahmadi, Setiausaha Agung Majlis Akhbar Israel A. Bachar, ahli Parlimen Britain G. Galloway, Menteri Penasihat Hal-Ehwal Politik kepada Presiden Afghanistan M. Maroufi dan lain-lain lagi.

Delegasi dari lebih 40 buah negara, termasuk perwakilan-perwakilan utama dari domain media antarabangsa, mengambil bahagian dalam EAMF 2013. Pertemuan wartawan dari pelbagai ceruk rantau dunia dari Iran ke United Kingdom, Palestin dan Rusia diadakan di EAMF dalam suasana terbuka dan ramah. Delegasi dari lebih 50 buah negara telah pun mendaftar bagi mengambil bahagian dalam Forum tahun ini.

- Kami yakin bahawa penanda aras baharu Forum Media Eurasia ini, seperti tahun-tahun sebelumnya, bakal dimeriahkan dengan perbincangan-perbincangan hangat dan debat-debat membina, - seperti yang diyakini oleh pihak penganjur Forum Media. Oleh kerana ia begitu terkemuka, cabaran teras yang kita semua hadapi hari ini terletak betul-betul di dalam lingkungan asas ideologi masyarakat moden dan aturan dunia. Krisis ini berperanan menonjolkan masalah-masalah yang selama ini sengaja diabaikan walaupun ia semakin menular dengan serius. Namun begitu, konsep nilai keadilan dan moraliti tidak boleh lagi dianggap sebagai perkara yang kurang penting berbanding pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, perbincangan tentang harga dan makna kesejahteraan ekonomi bukan hanya menjurus kepada wacana isu-isu semasa, tetapi juga masa hadapan anak-anak, negara dan bangsa kita. Forum Media Eurasia bertindak sebagai platform yang berkesan bagi perbincangan ini. Sudah tentulah agenda Forum yang bakal berlangsung ini takkan mampu menyentuh semua masalah dalam dunia moden; namun, trend yang paling utama dalam agenda forum itu telah dirangkumi dengan agak menyeluruh. Perkara yang paling penting adalah Forum Media Eurasia ini, seperti tahun-tahun sebelumnya, mencetuskan perbincangan yang adil dan terbuka yang mungkin dapat diteruskan ke peringkat-peringkat lain.

Kami ingin memaklumkan anda bahawa hanya tiga hari sahaja yang tinggal sebelum pendaftaran penyertaan EAMF ditutup.

Pendaftaran untuk Forum Media Eurasia ke-11, agenda dan maklumat yang lebih terperinci boleh ditemui di laman web http://www.eamedia.org.

Video: http://www.multivu.com/mnr/58721-eurasian-media-forum-meet-in-kazakhstan

Sumber: Jawatankuasa Penganjur Forum

Source: Eurasian Media Forum Organizing Committee
Keywords: Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news