omniture

Laporan Keadaan Media Global 2021 Cision (Edisi APAC) Dedahkan Trend Utama Yang Memberi Kesan ke atas Wartawan dan Golongan Profesional PR

Versi yang dilanjutkan ini termasuk data tambahan dan pandangan daripada wartawan dalam 7 pasaran di seluruh APAC.
Cision Ltd
2021-05-27 16:46 172

HONG KONG, 27 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Dengan krisis yang tanpa henti, tahun 2020 memberi kesan mendalam ke atas bilik berita di serata dunia dengan pelbagai cabaran yang terus mempengaruhi media hari ini - bermula daripada strategi editorial dan tingkah laku kerja hinggalah kehendak dan pengharapan mereka terhadap golongan profesional perhubungan awam (PR).

Laporan Keadaan Media 2021 Cision (Edisi APAC)
Laporan Keadaan Media 2021 Cision (Edisi APAC)

Bagi memberi pandangan yang lebih mendalam mengenai landskap media semasa dan bagaimana pasukan PR dapat menjadi rakan kongsi yang lebih baik kepada wartawan untuk maju ke hadapan, syarikat induk PR Newswire, Cision telah mengeluarkan 2021 Global State of the Media Report (APAC Edition) (Laporan Keadaan Media Global 2021) (Edisi APAC)) yang amat dinanti-nantikan hari ini. Laporan ini padat dengan trend baru muncul yang tidak mampu anda abaikan, amalan terbaik untuk kebiasaan yang semakin berkembang dan detik-detik "aha" yang boleh diambil tindakan segera.

Ini merupakan kajian tahunan ke-12 oleh Cision dan berdasarkan tinjauan melibatkan lebih daripada 2,800 wartawan dalam 19 pasaran* di seluruh dunia mulai 1 Februari hingga 1 Mac 2021. Sebagai tambahan kepada penyediaan gambaran global, edisi APAC laporan ini menawarkan pandangan yang lebih mendalam mengenai landskap media hari ini di rantau yang mencakupi Australia, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam.

Perkara Utama daripada Laporan Keadaan Media 2021 Cision (Edisi APAC)
Perkara Utama daripada Laporan Keadaan Media 2021 Cision (Edisi APAC)

 

Lihat laporan penuh

Laporan ini menampilkan: 

  • Cabaran utama yang memberi kesan ke atas media hari ini
  • Pengaruh teknologi ke atas cara wartawan menilai cerita
  • Jenis cerita yang dicari-cari oleh wartawan pada tahun ini
  • Hari dan waktu terbaik dan terburuk untuk membuat pic maklumat dan membuat susulan
  • Cara paling pantas untuk berada dalam senarai "sekat/jangan membuat panggilan" wartawan
  • Panduan dalaman untuk membina dan mengekalkan perkongsian yang membuahkan hasil bersama wartawan

Dapatan Penting: 

  • Pandangan wartawan mengenai kepercayaan orang awam terhadap media semakin bertambah baik sepanjang lima tahun yang lalu, namun cabarannya masih berterusan. Lebih daripada separuh (53%) wartawan merasakan orang awam hilang kepercayaan terhadap media sepanjang tahun lalu, menurun daripada 59% dalam tinjauan 2020 Cision.
  • Wartawan telah dibanjiri mahupun dikecewakan oleh pic cerita. Golongan profesional PR perlu membina senarai media yang bersasaran tinggi. Lebih daripada 1 dalam 4 wartawan (27%) menerima lebih 100 pic maklumat seminggu dengan sebahagian besar daripadanya berakhir di 'tong sampah maya' kerana tidak relevan. Selain itu, bertentangan dengan kepercayaan yang popular, peratusan yang agak besar mengatakan bahawa mereka gemar menerima pic maklumat pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
  • Wartawan mahukan golongan profesional PR membantu menjadikan tugas mereka lebih mudah. Hampir separuh daripada wartawan membuat liputan lebih daripada 5 topik khusus dan memfailkan lebih daripada 7 cerita setiap minggu. Mereka mencari siaran akhbar (menurut 78% daripada mereka) dan kajian asal (68%) berserta elemen multimedia (foto, video dan sebagainya) serta jemputan untuk menemu bual pakar atau menghadiri acara.
  • Golongan profesional PR perlu menjangkakan, memantau dan bertindak segera terhadap cerita yang menjadi trend. Dengan meningkatnya persaingan untuk mendapatkan bilangan pembaca, wartawan menilai dengan teliti sama ada sesuatu idea cerita mempunyai faktor penarik yang akan dapat diterjemahkan kepada trafik dan perkongsian sosial (dan akhirnya pendapatan iklan).
  • Golongan profesional PR harus mengelakkan daripada mencetuskan keadaan yang paling mengganggu wartawan. Spam, pic maklumat yang kedengaran seperti brosur pemasaran, kekurangan ketelusan dan membuat susulan berulang kali merupakan antara perkara yang paling menjengkelkan wartawan.  

"Landskap media global berkembang dalam menghadapi penerimaan berita selama 24/7 yang sangat terpecah-pecah, bilik berita yang semakin menyusut dan kemasukan pemengaruh bukan tradisional," kata Maggie Lower, Ketua Pegawai Pemasaran Cision.

"Setelah melalui tahun yang begitu berbeza, perkongsian antara media dan golongan profesional PR – serta teknologi yang digunakan oleh mereka untuk membangunkan dan mengedarkan kandungan – menjadi semakin kritikal. Pasukan PR yang tidak menggunakan kecerdasan data dan perkhidmatan penyampaian berita (newswire) secara aktif untuk membimbing dan mempromosikan kempen mereka berhadapan dengan risiko ketinggalan di belakang ketika mereka bersaing untuk menjadikan cerita yang mereka kongsikan didengari."

PR Newswire akan menganjurkan webinar 2021 State of the Media (Keadaan Media 2021) pada penghujung bulan Jun. Dengarlah daripada wartawan seluruh APAC mengenai cara mereka menyesuaikan diri dengan landskap media yang pantas berubah. Mereka juga akan berkongsi panduan mengenai cara golongan profesional PR dapat menjadi sumber yang bermanfaat untuk tugas mereka dalam kebiasaan baharu ini. Butiran webinar akan dikongsikan di laman sesawang PR Newswire di sini.

Metodologi

Cision menjalankan Tinjauan Keadaan Media 2021 antara 1 Februari dan 1 Mac 2021. Tinjauan telah dihantar ke emel ahli-ahli Pangkalan Data Media Cision yang diperiksa oleh pasukan penyelidikan media syarikat bagi mengesahkan kedudukan mereka sebagai ahli profesional media, pemengaruh dan penulis blog. Tinjauan ini turut disediakan kepada golongan profesional media dalam pangkalan data PR Newswire for Journalists (PR Newswire untuk Wartawan). Tinjauan tahun ini telah mengumpul respons daripada 2,877 responden dalam 19 pasaran* di seluruh dunia: AS, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Finland, Sweden, Itali, Sepanyol, Portugal, Brazil, Mexico, Australia, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam.

*Laporan ini merupakan versi lanjutan daripada 2021 Global State of the Media Report (Laporan Keadaan Media Global 2021) asal yang diterbitkan pada 15 April, menggabungkan data daripada pasaran-pasaran APAC lain.

Latar Belakang Cision

Sebagai peneraju global dalam bahagian perhubungan awam (PR), pemasaran serta teknologi dan kecerdasan pengurusan media sosial, Cision membantu jenama-jenama dan organisasi-organisasi mengenal pasti, berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan serta pemegang kepentingan untuk memacu hasil perniagaan. PR Newswire, rangkaian yang melibatkan lebih 1.1. bilion pemengaruh, pemantauan mendalam, analitik dan platform media sosial Falcon.io menonjolkan rangkaian penyelesaian yang utama. Selain itu, Cision memeterai perjanjian muktamad untuk memperoleh Brandwatch. Cision mempunyai pejabat-pejabat di lebih daripada 40 negara di seluruh benua Amerika, EMEA dan APAC. Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian Cision yang memenangi anugerah termasuk Cision Communications Cloud® generasi seterusnya, kunjungi www.cision.com dan ikuti @Cision di Twitter.

Source: Cision Ltd
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Survey, Polls & Research